Resume dan CV atau penuhnya disebut sebagai Curriculum Vitae ini adalah dua benda yang berbeza. Ramai orang yang masih keliru dan menganggap keduanya adalah sama. Namun, apa yang membezakan antara CV dan juga resume ini? Nak tahu selanjutnya baca artikel ini sampai habis!

  1. CV adalah resume versi lebih terperinci

CV selalunya digunakan untuk mereka yang mempunyai pengalaman kerja lebih dari 5 tahun dimana mereka sudah banyak pengalaman dan jawatan yang disandang sebelum memohon yang jawatan yang baru ini. Contoh, A sudah bekerja di beberapa buah syarikat sebelum bercadang untuk membuat permohonan di syarikat yang baru ini. A pernah bekerja di syarikat M selama 3 tahun sebagai Admin Assistant dan tahun seterusnya di syarikat N selama 4 tahun sebagai Leader. Maksudnya di sini, A sudah mempunyai 7 tahun pengalaman bekerja. Sepanjang 7 tahun pengalaman bekerja itu, A mestilah huraikan apakah tugas, pencapaian dan cabaran yang dihadapi dalam jawatannya itu. Berbeza dengan resume, anda hanya perlu senaraikan 3-4 pengalaman kerja yang berkaitan sahaja dengan jawatan yang anda mohon itu. Bagi fresh graduate yang tiada pengalaman bekerja, huraikan secara ringkas program yang anda telah kendalikan semasa di Universiti dahulu.

2. Bilangan muka surat

Disebabkan CV adalah lebih padat dan terperinci berkenaan dengan pengalaman/kemahiran/pencapaian yang anda miliki, sudah tentulah mukasurat bagi CV adalah lebih banyak berbanding resume. Maksimum mukasurat untuk CV adalah dalam 5 muka surat. Ya, betul CV perlu lebih terperinci tapi bukan sehingga terlalu banyak bilangan mukasuratnya sehingga boleh dijadikan buku, Jangan buat begitu ya! Resume pula, cukup 1 mukasurat sahaja, jika terlebih satu mukasurat tak mengapa tetapi jangan lebih lagi dari itu kerana penulisan di resume sangat ringkas tetapi padat.

3. Beza format

Format dalam CV:

a. Maklumat peribadi

b. Sejarah pekerjaan- sertakan kronologi, jawatan yang disandang (secara terperinci)

c. Maklumat pendidikan

d. Kelulusan professional

e. Anugerah/pencapaian

f. Rujukan (2 orang)

Format Resume:

a. Maklumat untuk dihubung

b.Objektif Kerjaya

c.Pengalaman

d. Latar belakang pendidikan

e. Kemahiran

Nampak sama tapi tak sama ya, jangan keliru ya. Harap dapat membantu anda yang sedang struggle mencari kerja tu! Anda pasti boleh!

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Jom join Telegram Channel kami:

https://t.me/binakerjayaberjaya