Zaman sekarang sangat mudah untuk memperoleh duit, tapi senang juga kita habis duit. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri dan pengurusan wang yang bijak. Bukan semua mampu mengawal pengurusan wang mereka dengan bijak, tetapi jika meletakkan usaha dan kegigihan dalam mencari sumber rezeki, pastinya tidak mustahil. Bercerita tentang menjual barangan terpakai, pernahkah anda terfikir untuk menjual barang anda yang mungkin anda sendiri sudah tidak mahu menggunakannya atas sebab tertentu? Bolehkah kita menjual barangan terpakai?

Pada pendapat saya, tiada masalah untuk kita menjual barang yang sudah digunakan tetapi kita mestilah jujur dengan pelanggan bahawa barang tersebut bukan baru supaya tidak menimbulkan rasa kesal setelah mereka membuat pembelian. Pastikan barang tersebut adalah barang yang masih boleh digunakan dan bukan barang yang haram.

Jom kita lihat apa antara barang terpakai yang boleh dapat demand tinggi dari pelanggan anda!

1. Pakaian/aksesori/kasut

Different apparel on stand in clothing shop

Barangan terpakai ini bukanlah suatu yang buruk kerana persepsi orang berbeza. Ada segelintir orang berpendapat bahawa menjual barangan terpakai boleh mendatangkan kesan negatif semata-mata kerana apa yang dijual bukan yang baru, tetapi ada juga segelintir orang yang lebih suka membeli barangan terpakai kerana mereka merasakan jual beli barangan terpakai adalah sangat berbaloi dan mendatangkan keuntungan kepada mereka. Sebagai peniaga, anda perlu mengetahui kehendak pelanggan anda dan membuat kajian terlebih dahulu.

Menjual barangan terpakai ini anda perlu ambil maklum bahawa anda perlu menanggung risiko yang agak tinggi disebabkan barang tersebut bukan barang yang baru. Contohnya, anda mempunyai terlalu banyak baju sehingga almari anda tiada ruang lagi untuk meletakkan pakaian baru, mungkin anda boleh cari alternatif lain dengan menjual baju anda. Pakaian ini adalah keperluan jadi orang akan sentiasa pilih untuk membeli baju tidak kiralah macam mana rupanya asalkan menepati dengan citarasa mereka, masih boleh digunakan dan berbaloi. Begitu juga dengan kasut. Kita nak keluar rumah, perlu pakai kasut kan? Jadi, mula promosikan kasut-kasut anda yang mungkin
anda sudah tidak muat supaya lebih ramai tertarik dengan barang yang anda jual.

Aksesori di sini merujuk kepada barang kemas. Kebanyakannya golongan wanita yang gemar memakai barang kemas ini. Jika anda hendak menjual barang kemas sama ada yang tulen atau tidak, pastikan kondisinya masih elok. Barang kemas merupakan suatu pilihan dan semestinya kemahuan seorang wanita semata-mata kerana
wanita memang sangat sinonim dengan kecantikan dan suka akan kecantikan. Anda perlu kenal target audience anda sebelum memulakan jual beli.

 

JOM DAFTAR PERCUMA BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2

18 DISEMBER INI

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk

 

2. Alat kelengkapan rumah

 

White Wooden Kitchen Cabinet

Kelengkapan rumah semestinya keperluan setiap orang terutama sekali bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Antara alat kelengkapan rumah yang boleh mendapat keuntungan tinggi apabila dijual adalah seperti vakuum, sofa, meja makan, kerusi, periuk belanga, peti sejuk, mesin basuh, television, seterika, kipas dan barang-barang elektrik yang lain. Kelengkapan rumah akan mendapat permintaan yang tinggi kerana melengkapi kehidupan seharian kita. Tanpa semua alat ini, tidak mungkin anda dapat menjalani rutin harian anda dengan sempurna. Oleh itu, anda boleh mula iklankan barangan rumah anda bagi membantu mereka yang ‘naik rumah’ atau istilahnya yang bermaksud masuk rumah baru.

3. Alat kelengkapan bayi dan mainan kanak-kanak

Red and White Bear Plush Toy

Barang bayi dan kanak-kanak juga tinggi nilainya. Bayi dan kanak-kanak membesar dengan cepat dan barang mereka sudah tidak berguna lagi setelah mereka membesar. Apa yang anda boleh lakukan ialah menjual barang bayi seperti walker (penjalan bayi), craddle (buai bayi), cot (katil bayi), pakaian dan juga mainan. Barang-barang seperti ini amat diperlukan bagi keselesaan bayi tersebut. Ibu bapa yang baru memperoleh zuriat semestinya sangat teruja dengan barangan bayi seperti ini.

Usah resah memikirkan adakah orang akan membeli barangan terpakai yang anda jual, fikirkan apa keperluan mereka dan pastikan barangan terpakai tersebut kondisinya dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Anda perlu menjaga perkhidmatan anda sebagai seorang penjual walaupun anda menjual barangan terpakai, jangan endahkan kualiti barangan tersebut kerana memikirkan bahawa barangan tersebut sudah terpakai. Kualiti tetap perlu diberikan keutamaan dan sentiasa bersikap jujur dengan pelanggan anda agar perniagaan lebih berkat dan disenangi ramai.

 

JOM DAFTAR PERCUMA BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2

18 DISEMBER INI

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk