Dalam temuduga, memang satu perkara yang normal apabila seseorang itu ada perasaan gemuruh. Tapi, anda sendiri perlu kawal perasaan gemuruh itu supaya tidak menjejaskan performace anda sepanjang sesi temuduga berlangsung. Proses temuduga adalah satu proses yang perlu dilakukan oleh mana-mana syarikat pun supaya mereka lebih mengenali kebolehan yang anda boleh berikan kepada syarikat mereka itu. Namun begitu, ada perkara yang anda perlu elakkan sepanjang sesi temuduga berlangsung supaya tidak ditolak markah dan kes lebih teruk jika anda dihalau dari bilik temuduga! Oh tidak!

  1. “Saya boleh buat kerja sambil tidur”

Boleh buat kerja sambil tidur? Apa yang dimaksudkan itu? Jika anda ingin beritahu kepada majikan yang anda seorang yang ‘multi-task’, bukan ini caranya. Ini bukan multi-task seperti yang dimaksudkan. Perkataan ‘tidur’ itu sendiri boleh disalahtafsirkan dalam pelbagai sudut dan menunjukkan yang anda seorang yang tidak bersemangat dan tiada disiplin diri yang tinggi. Andai kata anda tidur untuk rehat sementara sahaja itu tidak menjadi masalah yang besar tapi sehingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan itu yang kita tidak inginkan. Oleh itu, janganlah cakap seperti ini.

Shallow Focus Photo of a Person Writing on a Notebook while Using His Laptop

2. Kata sesuatu yang negatif di tempat kerja lama

Anda tak perlu pun ceritakan kepada bakal majikan itu yang mungkin anda tidak suka dengan suasana di tempat kerja yang terlalu toksik dengan banyak gossip dan benda yang tak berfaedah. Jika anda buat perkata seperti ini, ia akan menjatuhkan nama dan reputasi anda kerana melihat anda seorang yang tidak matang dan bercakap buruk tentang sesiapa sahaja di tempat kerja anda tidak kiralah bos mahupun staf yang lain.

Young multiethnic friends in casual outfit with backpack gossiping behind back of African American guy sitting on bench in headphones and taking notes in notebook in city street in daylight

3. “Saya tak pernah buat kerja tu”

Kadang-kadang, dalam temuduga panel akan tanya soalan yang mungkin lain dari skop kerja yang anda mohon itu. Contohnya, ‘jika kami berikan jawatan lain kepada anda seperti IT adakah anda akan terima jawatan tersebut”? Mereka tanya soalan seperti ini untuk lihat bagaimana cara anda respon kepada soalan itu. Walaupun jawatan yang dikatan itu bukan dalam kelulusan yang anda miliki, jangan jawab ‘tidak pernah buat kerja itu’ kerana ini hanya akan beri impresi yang anda bukan seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

4. Maklumkan yang anda menyesal dengan keputusan bekerja di tempat lama

Seteruk mana pun pengalaman kerja anda di tempat lama, jangan sesekali anda buka cerita tersebut seperti anda ada masalah dengan bos dan juga pekerja di situ. Jangan tunjukkan dan ceritakan kepada panel yang anda menyesal bekerja di situ. Bayangkan jika anda cerita sesuatu yang ‘tak best’ untuk didengar tentang syarikat lama, anda juga mungkin akan buat perkara yang sama untuk syarikat yang seterusnya. Fuh bahaya!

5. Terlalu banyak memuji diri

Puji diri ni bagus untuk keyakinan diri sendiri. Tetapi, kalau terlalu banyak puji diri sepanjang sesi temuduga itu pun tak boleh juga kerana anda akan kelihatan bongkak dan terlalu yakin dengan diri sendiri. Keyakinan perlu ada tapi apa sahaja jika dilakukan secara berlebihan tidak memberikan impak yang bagus. Secara tidak langsung, panel penemuduga pun akan rasa hilang minat untuk mendengar apa yang anda katakan kerana terlalu banyak memuji diri sendiri. Over confident pun tak boleh ya!

6. Terdesak untuk bekerja

Dengan keadaan sekarang, memang tidak dinafikan bahawa persaingan itu sangatlah sengit dalam pencarian kerja ini. Namun, janganlah anda tunjukkan yang anda betul-betul terdesak untuk bekerja di syarikat itu.

Saya memerlukan duit sekarang ni, beras di rumah sudah lama habis tak berganti…”

Sudah hampir setahun saya menganggur, pergi ke temuduga pun tiada jawapan pun dari mereka…”

7. Cerita job hunting yang tak berhasil

Anda perlu ada mindset yang positif dimana setiap permohonan yang anda lakukan itu, jika tiada panggilan atau sebarang maklumbalas dari syarikat tersebut, itu bermaksud anda bukan orang yang mereka cari tapi ada lagi syarikat lain yang inginkan kemahiran dan bakat seperti yang anda miliki. Jangan cerita kepada panel yang anda sudah banyak buat permohonan, mereka tidak mahu tahu pun tentang perkara itu kerana itu adalah proses yang anda perlu lalui dan percaya, bukan bakal majikan anda itu.

8. Maklum kepada majikan yang anda sedang temuduga dengan syarikat lain

Ini pun satu perkara yang perlu dielakkan, sama seperti job hunting yang tidak berhasil itu. Jika mereka tanya ‘adakah anda sedang mohon mana-mana syarikat?’..

Katakan sahaja kepada mereka yang anda sedang buat yang terbaik dalam pencarian kerja. Cukup sekadar itu sahaja.

9. Tanya soalan yang boleh didapati sendiri

Anda sendiri perlu faham dan ambil tahu berkenaan dengan syarikat yang anda ingin bekerja itu. Buat persediaan dengan dengan membaca info syarikat tersebut seperti sudah berapa lama ditubuhkan dan sebagainya.

Jika anda tanya soalan seperti;

Apa bisnes yang dijalankan di syarikat ini ya?”

“Siapa bos di syarikat ini?”

Percayalah, jika anda tanya soalan seperti ini, sudah tak lama sesi temuduga itu sebab nampak sangat yang anda langsung tidak membuat persediaan dan baca berkenaan syarikat itu. Reject!

Nak tips lanjut? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

NANTIKAN 25 SEPTEMBER INI! BINA KERJAYA VOL 2. DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

https://www.empirekerjaya.com/bkb