Paling ‘tak best’ bila kita tahu seseorang tu kena reject interview disebabkan benda-benda macam ni. Semua orang pon tahu interview ni benda yang biasa dilakukan dalam pemilihan pekerja. Sebelum majikan nak pilih pekerja, mereka perlu pastikan yang mereka tak salah pilih pekerja kerana ini boleh memberikan kesan kepada syarikat mereka. Sebab itulah perlu adanya sesi temuduga ni supaya majikan lebih kenal dengan lebih rapat lagi bakal pekerja nak akan bekerja di syarikat mereka itu. Tidak kiralah syarikat besar mahupun kecil, cara pemilihan pekerja adalah sama sahaja iaitu mereka mesti melalui sesi temuduga terlebih dahulu sebelum menjadi pekerja di situ.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira waktu korang tengah interview tu.. Sebab apa kena jaga juga? Sebab.. benda-benda macam nilah yang membuatkan seseorang kena reject interview. Sebab apa tu? Jom baca sampai habis!

  1. Tak yakin
Black female model sitting in studio

Dalam interview ni, korang janganlah tunjuk yang korang tak confident sangat dengan diri korang tu..walaupun mungkin korang rasa diri korang ni sangat kerdil untuk jawatan yang dimohon tu. Tapi, percayalah bila korang dah berjaya dipanggil ke temuduga tu korang kena bangga dengan diri korang tau! Yelah, bayangkanlah yang apply kerja tu ramai mungkin mencecah berpuluh-ribu, tapi korang merupakan salah seorang daripada ribuan pemohon yang dipilih! Hebat kan tu? Jadi, jangan fikir bukan-bukan, yakin dengan diri sendiri dan buat yang terbaik! Ini tidak…awal-awal lagi dah tunjuk macam tak yakin je..majikan pon tak yakin la nak ambil awak bekerja.

2. Penampilan diri tak kemas

Percaya atau tak, kebanyakkan orang akan buat penilaian ke atas kita berdasarkan penampilan kita. Kalau nampak kita pakai comot, tak kemas, tak bersih mesti akan ada pemikiran yang korang ni seorang yang pemalas dan tak reti jaga diri sendiri. Kalau diri sendiri pon tak reti nak jaga dengan baik, macam mana pula dengan kerja kan? Jadi, korang kena sentiasa ingat, kalau kita baru pertama kali berjumpa dengan seseorang, 11 saat pertama mereka tengok kita tu yang penting untuk mereka lihat gaya kia. Kalau kita inginkan pandangan yang positif maka jagalah penampilan diri tu ya.

3. Pakaian yang tidak sesuai

Ethnic person covering with hands eyes of smiling blond model in hoody against brown background

Sentiasa ingat, seberapa bergaya kita macam mana sekalipun, janganlah pakai pakaian macam nak ke ‘fashion show’ pula. Masa temuduga nilah mereka akan tengok dan kaji apa-apa pus apa pun. Ada perkara yang lebih penting iaitu isi yang korang sampaikan masa interview, bukan penampilan diri semata-mata.

Nak tahu tips kerja lagi?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya