Bila bercakap tentang mencapai kejayaan ni siapa sahaja yang tidak mahu berjaya. Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti jawapan mereka nak berjaya. Tapi, adakah kejayaan akan datang bergolek begitu sahaja? Tidak sama sekali! Nak berjaya perlu usaha keras dan kejayaan itu pasti akan datang juga satu hari, bergantung kepada kesungguhan dan semangat seseorang dalam mencapainya. Semua orang boleh berjaya. Tiada syarat khusus seperti anda mestilah berlatar belakangkan keluarga yang hidup dalam keadaan mewah dan kaya-raya. Salah! pangkat dan harta yang dimiliki oleh seseorang tidak semestinya menunjukkan mereka itu berjaya tapi usaha dan semangat dan berterusan itu yang paling penting sekali.
- Hidup terlalu singkat
Hidup ini terlalu singkat. Dari hari ke hari, masa berlalu begitu sahaja tapi anda jangan biarkan masa itu pergi begitu sahaja tanpa membuat apa-apa untuk pembangunan diri sendiri. Sebab itulah orang tua-tua pernah berpesan bahawa masa itu emas dan gunakanlah masa yang ada itu dengan sebaik yang mungkin. Jika anda seronok melihat kejayaan orang lain, anda perlu ambil kejayaan mereka itu sebagai contoh dan semangat untuk diri anda juga. Fikir begini sahaja, kalau mereka boleh berjaya, boleh lakukannya, anda juga boleh melakukannya. Teruskan usaha dan perancangan anda.
2. Lebih jelas dengan matlamat
Apabila anda melakukan sesuatu perkara itu dengan kadar segera, itu menunjukkan bahawa anda fokus dan tidak melengah-lengahkan kerja yang ada. Ramai orang tak dapat melakukan apa yang sepatutnya dibuat itu kerana mereka tidak melakukannya segera. Jadi, penting ke bertindak dengan segera ini? Ya, sangat penting untuk kebaikan anda dan juga orang disekeliling anda. Contoh, jika anda suka melengahkan suatu kerja itu, produktiviti anda untuk melakukan kerja itu akan menurun dan anda akan mula rasa hilang semangat untuk meneruskan kerja tersebut. Jangan biarkan perkara ini berlaku!
3. How you do ‘ANYTHING’ is how you do ‘EVERYTHING’
Nak berjaya ni bukan satu proses yang mudah dan memakan tempoh yang lama bergantung kepada cara seseorang itu menguruskan masa anda supaya lebih produktif dan mencapai kejayaan. Maksud ‘how you do anything is how you do everything’ bermaksud karakter dan juga sifat yang anda letakkan dalam membuat sesuatu perkara itu yang akan mendatangkan hasil samada hasil yang baik atau sebaliknya. Jika anda inginkan hasil yang baik, pastikan anda berikan yang sehabis baik untuk setiap apa yang dilakukan.
Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?
Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya di https://web.telegram.org/k/
MASIH KELIRU NAK KERJA APA NANTI? NANTIKAN E-BOOK PANDUAN DARI TEAM EMPIRE KERJAYA KHAS UNTUK ANDA 9 OGOS INI!
Leave A Comment