Woman in Gray Sweater Carrying Toddler in White Button-up Shirt
1. Pengasuh

Macam mana nak tahu kerja yang berbaloi? Menjadi pengasuh bukanlah suatu pekerjaan yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Ini penting jika anda perlu mengasuh anak-anak majikan anda dengan pelbagai karenah dan ragam itu. Bukan mudah menjaga anak orang ini, namun itulah cabaran yang perlu dihadap sebagai seorang pengasuh. Ada juga pengasuh yang duduk menetap bersama majikan, dan ada juga pengasuh yang hanya datang ke rumah majikan pada waktu bekerja sahaja.

 

>>RESUME ASYIK KENA REJECT JE?

JOM SEMAK RESUME DENGAN EMPIRE KERJAYA!

https://www.empirekerjaya.com/semak

 

 

Top View Photo of Gardening Tools

2. Tukang kebun

Kadang-kadang halaman rumah kita tidak terjaga disebabkan oleh kesibukkan bekerja tanpa mempunyai masa untuk mencantikkan sejurus membersihkan halaman rumah. Jika tidak terjaga kebersihan halaman rumah anda, pasti akan mengundang penyakit terutama sekali yang dibawa oleh nyamuk. Air yang bertakung dimana-mana kawasan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Tukang kebunlah yang dapat membantu mencantikkan halaman rumah anda dengan memesin rumput dan membersihkan segala apa yang patut dibersihkan.

 

 

Person Wearing Silver Ring Holding White Book Page

>>RESUME ASYIK KENA REJECT JE?

JOM SEMAK RESUME DENGAN EMPIRE KERJAYA!

https://www.empirekerjaya.com/semak

 

3. Penterjemah

Jika anda mahir dalam bahasa kedua dan ketiga, anda boleh juga mencuba untuk bekerja sebagai penterjemah di mana-mana website. Menjadi penterjemah artikel atau penterjemah video bahasa asing juga dapat memberikan keuntungan kepada anda. Tambahan pula, menambah kemahiran anda dalam sesuatu bahasa. Jika anda seorang yang minat bahasa dan sastera, jangan lepaskan peluang ini.

 

 

 

Woman Putting on Lipstick

 

4. Tukang solek peribadi

Tukang solek atau juga dikenali sebagai Makeup Artist ini juga merupakan satu pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi sekarang ini. Bukan semua orang mempunyai kemahiran dalam bersolek dan pastinya anda memerlukan seseorang yang sudah profesional dalam bidang ini kerana ia dapat membantu mengurangkan tenaga dan masa jika anda ingin menghadiri sesuatu majlis. Hubungi sahaja tukang solek profesional dan mereka akan datang menawarkan servis solekan di rumah anda atau dimana jua yang akan inginkan.

 

Man Holding Clipboard Inside Room

 

5. Personal trainer/coach

Mungkin ramai tidak tahu akan personal trainer ini dan hanya menganggap personal trainer di gim sahaja. Tidak, anda juga boleh menawarkan servis pelatih di rumah sahaja mengikut keperluan pelanggan anda. Jika anda minat dalam fitness dan kesihatan, menjadi pelatih peribadi boleh membantu mengubah hidup anda.

 

>>RESUME ASYIK KENA REJECT JE?

JOM SEMAK RESUME DENGAN EMPIRE KERJAYA!

https://www.empirekerjaya.com/semak