Korang nak tahu tak antara perkara utama untuk dapatkan kerja adalah daripada resume yang kita hantar pada syarikat yang kita apply kerja tu. Kalau resume tak power macam mana nak kena ambil bekerja?

 

Penulisan Resume

Ni antara tips yang korang perlu tahu dan ikut supaya majikan ambil korang kerja.

 

  1. Tukar tulisan yang digunakan
    Tukarkan tulisan resume korang kepada Helvetica, Arial, Calibri ataupun Times New Roman, pastikan resume korang mudah untuk dibaca. Walaupun font-font yang dikatakan ni agak cliche tapi, ia sangat membantu dalam membuat korang punya resume mudah dibaca dan selesa dipandang.
  2. Cek ejaan dalam resume
    Pastikan korang double check setiap ejaan dalam resume, jangan ada satu pun kesalahan tau!
  3. Guna Format PDF bila hantar resume
    Untuk memastikan resume korang tak berserabut formatnya bila dihantar kepada majikan kerja yang dimohon, korang boleh convertkan atau ubah jenis file tu kepada PDF. Ini kerana file bentuk pdf ni nak buka guna phone pun boleh tau.
  4. Letakkan nama fail yang sesuai
    Senang je, nama fail resume tu korang letaklah nama penuh korang, supaya senang dia nak tahu.

Banyak lagi tips yang korang kena tahu berkaitan dengan penulisan resume ni, yang paling penting jangan mudah putus asa, sentiasa cari peluang dan perbaiki diri dan sentiasa berusaha tingkatkan ilmu sepanjang nak cari kerja.