Benda pertama yang kita fikir mestilah “apa skill yg perlu fresh grad ada untuk dapatkan kerja?”

Mesti soalan macam tu tiba-tiba muncul saat anda tengah berusaha untuk cari kerja selepas tamat belajar kan?

Walaupun pengalaman tu tak banyak tapi sebagai fresh grad mestilah ada certain skill yang boleh menarik minat syarikat yg kita sedang mohon kerja.

Jadi, skill apa yang dimaksudkan itu? Jom kita baca dengan lebih lanjut.

Skill ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu soft skill dan hard skill, dua dua skill ini penting dalam mencari pekerjaan yang sesuai untuk kita.

 

Soft Skill Yang Perlu Fresh Grad Miliki

Komunikasi

Komunikasi atau [communication] ini sangat penting dalam membentuk perilaku seseorang, alah senang cakap ini skill bercakap lah, tapi yang membezakan komunikasi seseorang itu adalah dari segi cara penyampaian yang ditunjukkan. Skill komunikasi ni sangat penting kepada fresh grad kerana ia merupakan salah satu kayu ukur oleh syarikat dalam proses meng ‘hire’ seseorang.

 

Teamwork

Apa itu teamwork sebenarnya? Teamwork ini adalah kerja berpasukan, nak tahu tak, banyak dan hampir semua syarikat mencari candidate yang sesuai dimana seseorang itu dapat bekerja secara berseorangan atau secara kumpulan.  Teamwork ini sangat penting dalam membentuk satu pasukan yang baik dimana ia menjurus kepada pembentukan syarikat yang berjaya.  Skill ini secara tidak langsung dapat membentuk hubungan kerja yang positif dan komprehensif di tempat kerja.

 

Masa

Atau lebih tepat lagi cara manage masa dengan baik.  Semua orang tahu masa itu penting lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan kerja yang dilakukan. Bukan semasa kuliah sahaja kamu akan mendengar perkataan deadline namun dalam alam pekerjaan juga kamu akan mendengarnya.  Pembahagian masa yang bagus merupakan salah satu soft skill yang baik yang dapat diterapkan dalam diri fresh grad.

 

Baca Juga: Nak lepas ‘Interview’ tapi tak ada pengalaman?

 

Hard Skill

 

Basic computer

Mempunyai kepandaian dalam mengendalikan software computer seperti Power Point, Microsoft Word dan Excel menjadi salah satu hard skill yang fresh grad perlu ada.  Tengok sekarang ni, semua syarikat menggunakan Microsoft Word dan Excel untuk membuat kerja-kerja seharian mereka. Tipulah kalau fresh grad zaman sekarang tak pandai guna semua item yang disebut diatas kerana mereka telah menggunakan perisian itu sejak zaman University lagi kan.

Marketing

Marketing ni tak merangkumi dunia marketing sahaja namun skil ini juga dapat diguna pakai dalam bidang lain termasukkan bidang digital, atau lebih mudah disebut sebagai digital marketing, lihat sahaja sekarang banyak mana syarikat yang mengiklankan produk mereka secara atas talian, selain itu mereka juga sentiasa melakukan ‘Live’ seperti di aplikasi TikTok, Instagram dan juga Facebook untuk menarik pelanggan untuk membeli produk mereka. Jadi fresh grad seharusnya mempunyai hard skill seperti ini untuk memudahkan urusan mereka memohon pekerjaan yang diidamkan.

 

Multi Language

Kepelbagaian berbahasa asing sangat memudahkan kita terutama sekali fresh grad untuk memohon pekerjaan. Kita dekat Malaysia ni common language yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Inggeris. Apa kata fresh grad sekarang start belajar bahasa asing contohnya Bahasa Mandarin, Jepun atau Korea. Universiti pada masa kini juga banyak menawarkan course ‘third language’ kepada student mereka malah terdapat banyak juga class bahasa asing yang dijalankan secara persendirian atau atas talian, so janganlah lepaskan peluang untuk mencuba benda baru.  Dengan skill ini, mana tahu satu hari nanti kita dapat mengembangkan syarikat dengan mencipta hubungan perniagaan dengan syarikat dari negara luar.

 

Mari kita dapatkan bimbingan Empire Kerjaya yang ada proven results!

Jom bersama ribuan pencari kerja yang serius dan komited nak BERJAYA DALAM KERJAYA mereka.

DAFTAR Pembelajaran Rahsia Kerjaya Berjaya di

https://lnkd.in/gBZTUuDe

Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://lnkd.in/gVxMiMtq