Bila sebut tentang makhluk berbulu yang comel ini pasti ramai yang suka melihat telatah comel si bulus khususnya buat pencinta kucing. Akan tetapi bukan semua orang pencinta kucing, ada yang tidak berapa
menyukai makhluk comel ini disebabkan alergi pada bulu mereka dan ada juga tidak suka dengan sikap mereka yang suka menggaru (bagi mengasah kukunya), habislah carpet, sofa, alas kaki anda digaru. Bagi
mereka yang membela kucing pasti faham perasaan ini. Namun begitu, bagi anda yang bukan pencinta kucing dan tidak pernah membela kucing mungkin pernah ada situasi dimana kucing liar datang ke rumah
anda? Apa yang harus anda lakukan? Halau mereka? Tidak! Jangan buat begitu! Kasihanilah mereka! Mereka juga perlu hidup dengan makanan yang mencukupi dan juga mendapat tempat perlindungan yang baik.
Antara cadangan yang anda boleh lakukan kepada kucing tersebut adalah:

Close-Up Photography of Sleeping Tabby Cat

1) Berikan mereka makanan dan minuman

Kucing ini merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W dan baginda juga pernah membela kucing. Baginda merupakan seorang yang penyayang kerana bukan sahaja menyayangi manusia, malah kucing juga
menjadi kesayangan baginda. Kita selalu mendengar orang tua-tua berkata, sesiapa yang suka kepada kucing ini merupakan seorang yang penyayang. Ada betulnya juga kerana pencinta kucing ini mempunyai rasa
ihsan dan sayang kepada haiwan tapi tidak juga bermaksud bahawa mereka yang bukan pencinta kucing seorang yang bukan penyayang. Mereka perlu beri makanan dan minuman kepada kucing liar yang datang
ke rumah anda? Kucing sangat berkait rapat dengan apa yang sering dikatakan oleh orang-orang disekeliling kita dengan mengatakan bahawa mereka adalah pembawa rezeki. Bila anda memberi mereka makanan,
mereka akan mendoakan anda kerana telah menjaga perut mereka dari kelaparan dan kehausan yang teramat sangat. Bayangkanlah seekor kucing yang sangat kurus-kering datang meminta makanan di rumah anda,
takkanlah anda hanya mahu melihat sahaja mereka? Pentingnya ihsan terhadap makhluk lain seperti binatang kerana anda akan mendapat pahala dan ganjaran yang berlipat-ganda kelak. Tidak rugi pun jika anda
memberi makanan kepada mereka kerana rezeki yang indah lebih baik apabila dikongsikan bersama.

2) Berikan tempat perlindungan

Selain darpiada memberi makanan, tempat perlindunan dan tempat berteduh kepada mereka. Mereka tidak boleh bercakap tetapi itulah kehendak dan keperluan mereka supaya mereka dapat hidup dengan lebih
selamat dan selesa. Kebiasaannya, kucing yang dibela duduk di dalam rumah dalam keadaan yang sangat selesa dan dapat melindungi kucing tersebut dari cuaca yang buruk seperti musim hujan, panas dan kemarau.
Kucing merupakan haiwan keluarga harimau dimana mereka memerlukan tempat yang kondusif untuk mereka tidur, makan dan beristirehat. Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, anda boleh
menyediakan tempat membuang najis besar dan kecil. Pasti kucing tersebut gembira apabila mendapat tempat yang sangat selesa untuk mereka.

3) Dapat mengurangkan stress

Perasan tak bila bermain dengan kucing anda akan terhibur dengan melihat telatah comel dan manja mereka itu? Mereka akan menjadi manja yang sehingga mencuit hati anda. Pasti anda akan cair melihatnya!
Jika anda bukan seorang pencinta kucing, mungkin anda akan mengambil sedikit masa untuk menerima kecomelan mereka. Ini merupakan satu terapi yang berguna jika anda mengalami tekanan atau stress.
Si bulus yang comel ini dapat menemani anda di kala berasa sunyi dan memerlukan teman. Sayangilah mereka, tunjukkanlah ihsan kepada mereka kerana itu juga boleh membawa kepada kesenangan dan
ketenteraman hati.

Kucing merupakan binatang yang manja dan sukakan perhatian oleh manusia, jika ada kucing liar yang datang ke rumah anda janganlah anda mengusir kucing tersebut tanpa memberikan belas kasihan
dan kasih-sayang terhadap mereka. Mereka juga perlukan kasih-sayang secukupnya.

Nak tips kerja?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya