Apabila disebut tentang makanan pedas, memang sudah menjadi suatu perkara yang bukan asing lagi dalam masyarakat Melayu. Lagi pedas lagi sedap! Betul ke? Kedai-kedai yang menyajikan makanan pedas semestinya akan menjadi viral dan mendapat perhatian ramai pihak terutama sekali golongan muda. Citarasa setiap orang berbeza namun apa yang membuatkan makanan tersebut lebih menarik minat mereka adalah tahap kepedasan makanan tersebut. Tidak kiralah pedas macam mana sekali pun, penggemar makanan pedas pasti akan mencuba dan menikmati makanan tersebut. Tidak dapat dinafikan, makanan pedas dapat membangkit rasa kelazatan makanan tersebut dan membuatkan makanan tersebut menjadi lebih menyelerakan untuk dimakan.

  1. Samyang/Ramen
Sumber: Internet

Samyang merupakan sejenis mee dari Korea yang menjadi kegilaan ramai remaja dan golongan muda masa kini. Kebanyakkan mereka makan samyang disebabkan oleh pengaruh drama Korea. Samyang ini terdapat pelbagai perisa tetapi 3 perisa yang menjadi pilihan dan bualan ramai adalah Ramen spicy, Ramen 2x spicy dan juga Ghost Blackpepper. Ketiga-tiga jenis ini sentiasa menjadi rebutan ramai dan pastinya stoknya habis cepat habis! Samyang merupakan makanan santai yang pedas dan menyelerakan, sesuai dimakan pada waktu petang dan juga malam.

  1. Oden
Sumber: Internet

Snek pedas ini berasal dari Jepun dan amat digemari ramai. Oden merupakan gabungan seafood seperti crabstick, fishcake, fish ball dan crab roll yang dimakan dengan kuah savori berperisa ala tomyam. Oden mula digemari apabila kedai ‘Family Mart’ mula beroperasi dengan pelbagai makanan menarik dari Jepun seperti Onigiri. Inilah yang membuatkan ramai jatuh hati dengan Oden kerana harganya juga berpatutan dan rasanya yang begitu enak dan menyelerakan.

  1. Suicide Hot Chicken Wings
Sumber: Internet.

Makanan viral ini berasal dari Amerika Syarikat disinonimkan sebagai kepedasan membunuh diri setelah memakannya. Dahsyat, bukan? Ayam digoreng dan dicampurkan dengan sos yang pedas sememangnya membuka selera anda apabila memasukkan ayam tersebut ke dalam mulut anda.

  1. Nasi Ayam Geprek
Sumber: Internet

Bila makan pedas, pastinya anda pasti akan mencari nasi juga untuk dimakan bersama. Nasi Ayam Geprek merupakan pilihan terbaik bagi anda yang menggemari nasi lauk pedas. Berasal dari Indonesia dimana ayam goreng dipotong dan dimakan bersama sambal belacan yang sangat pedas. Tahap kepedasan ayam geprek boleh dipilih dari tahap 1 sehingga 10 mengikut citarasa dan tahap kepedasan masing-masing.

  1. Ayam Pak Gebus Pak Gembus
Sumber: Internet

Salah satu ayam goreng yang dimakan bersama nasi adalah Ayam pak Gebus Pak Gembus dan sangat sesuai bagi mereka yang benar-benar menggemari makanan pedas kerana anda boleh memilih sebanyak mana sambal yang anda perlukan. Taglinenya yang yang pasti menarik ramai lagi pencinta makanan pedas untuk mencubanya iaitu “Tentukan Sendiri Pedasmu, Anda Pedas Kami Puas!”.

  1. Pecel Lele
Sumber: Internet

Selain ayam pedas, ikan goreng pedas juga menjadi perhatian ramai. Pecel lele merupakan Ikan Keli goreng yang dimakan bersama sambal belacan dan juga kuah sup. Ada juga pilihan ikan bakar yang diperap dengan sos cili perasa yang pedas dan ‘membakar’ lidah.

  1. Spicy Korean Chicken Wings
Sumber: Internet

Spicy Korean Chicken Wings diibaratkan sebagai Kentucky Fried Chicken di Korea. Dakgangjeong atau ayam goreng Korea yang disaduri dengan sos cili pekat dengan kombinasi rasa pedas dan manis sekaligus! Enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama samyang bagi kesan yang lebih menyelerakan dan memuaskan tekak anda.

  1. Ma La Xiang Guo
Sumber: Internet

Berasal dari China Utara, makanan ini ala kuey tiaw goreng pedas yang digoreng bersama serbuk cili pedas dan serbuk lada hitam dan juga sayur-sayuran. Sesuai dimakan bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.

  1. Kimchi Jigae
Sumber: Internet

Kimchi Stew yang sihat kerana cara masakannnya tidak menggunakan minyak tetapi tahap kepedasannya juga boleh tahan! Kimchi merupakan jeruk kobis yang mempunyai kombinasi rasa pedas dan juga masam. Berasal dari Korea dan mendapat perhatian ramai lagi-lagi penggemar drama Korea. Dimakan bersama kepingan cili, tauhu keras semestinya menambahkan selera makan anda.

  1. Lala Sambal
Sumber: Internet

Lala Sambal biasanya mudah dijumpai di pusat penjaja makanan dan juga restoran di Asia Tenggara. Bahan utama Lala Sambal adalah cili, rempah-ratus dan juga belacan menggoda anda untuk memakannya. Sangat sesuai dimakan bersama nasi panas pada siang hari atau malam.

  1. Ayam Balado
Sumber: Internet

Hidangan yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia memukau si penggemar makanan pedas untuk katakan ya pada makanan ini dengan kepedasannya yang tak boleh bawak bincang! Kepedasannya terletak pada pes ayam tersebut iaitu balado yang bermaksud cili yang ditumbuk bersama bawang merah kecil, bawang putih dan juga limau. Ini yang unik tentang ayam balado kerana kepedasannya yang menggunakan bahan asli bukan sos pedas semata-mata. Rasa pedasnya juga pedas yang asli.

  1. Ketam Cili Singapura
Sumber: Internet

Ayam sudah, ikan sudah, mari lihat pada seafood pula. Peminat seafood dan makanan pedas perlu mencuba Ketam Cili ini! Ketam goreng cili yang ditambah rasanya dengan cuka, tomato dan parutan nenas bagi memberikan rasa masam apabila memakannya. Ketam Cili Singapura ini menjadi buah mulut terutama bagi rakyat Malaysia yang pernah tinggal di Singapura.

Makanan pedas memang memberikan rasa yang menyelerakan pada makanan tersebut. Namun begitu, pengambilan makanan pedas yang terlampau banyak mampu memberikan kesan negatif kepada diri anda. Tidak salah untuk anda makan makanan yang pedas tetapi janganlah menjadikannya sebagai satu amalan. Berpada-padalah dalam menjamu selera, anda makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan! Fikir makanan, fikir juga perut tu!

Nak tahu tips kerjaya?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

Share This Story, Choose Your Platform!