Kencing manis merupakan salah satu penyakit genetik yang sangat membimbangkan semua selain dari kanser. Masyarakat sering melabelkan penyakit ini sebagai penyakit yang tiada penawarnya. Bukanlah bermaksud tiada ubat bagi penyakit ini tetapi sangat sukar untuk diubati. Terdapat 2 jenis diabetes iaitu Type 1 (jenis 1) dan Type 2 (jenis 2). Apa yang membezakan Jenis 1 dan Jenis 2 penyakit kencing manis ini? Bagi kencing manis Jenis 1, pakar juga tidak dapat mengesahkan puncanya secara spesifik.

Tetapi secara sains, sistem imunisasi seseorang itu tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak menghasilkan insulin dalam pankreas. Faktor genetik boleh juga menyebabkan kencing manis, tetapi tidak dinafikan virus yang menyerang apabila sistem imunisasi gagal berfungsi dengan baik. Kencing manis Jenis 1 menyerang kanak-kanak dan remaja. Manakala, kencing manis Jenis 2 boleh berlaku disebabkan oleh genetik dan juga gaya hidup anda. Obes juga menjadi punca utama kencing manis. Jenis 2 kebiasannya menyerang mereka yang lebih berusia dalam lingkungan 45 ke atas.

1) Rasa lapar yang berpanjangan

Jika anda sering merasa lapar tanpa henti mungkin anda perlu berjumpa doktor. Normal jika anda rasa lapar untuk sesuatu waktu, kita perlu makan tetapi jika anda mengalami rasa lapar yang tidak berkesudahan walaupun sesudah makan, maka itu bukanlah petanda yang baik. Dalam Islam juga mengajar kita untuk berpada-pada dan sentiasa beringat ketika makan. Makan adalah suatu keperluan dimana kita perlu makan demi kehidupan yang lebih lama. Bahasa mudahnya, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Fahamkan konsep tersebut. Maksudnya disini, ya anda perlu makan apabila perlu tetapi janganlah sampai tidak tahu bila untuk berhenti. Islam mengajar kita untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Walaupun agak sukar untuk kita mempraktikkan
perkara tersebut, realitinya itulah yang terbaik untuk mengelak penyakit yang tidak diingini berlaku.

2) Sering rasa dahaga

Badan manusia memerlukan lebih 75 peratus air supaya membantu kita lebih aktif dan bertenaga dalam menjalani rutin harian kita. Minum air kosong (air putih) sebanyak mungkin kerana toksin dalam badan anda juga dapat dikeluarkan apabila anda minum air. Tidak semestinya anda perlu minum air semasa rasa dahaga sahaja. Sama seperti makan, rasa dahaga mendorong kita untuk minum air namun terlalu kerap rasa dahaga perlu diberi perhatian. Memang benar banyak faktor yang mendorong rasa dahaga ini contohnya seperti musim kemarau dimana suhunya sangat tinggi dan panas, dan mungkin juga disebabkan anda demam. Tetapi jika keadaan seperti itu tidak berlaku, anda perlu ambil serius akan petanda ini.

3) Kerap buang air kecil

Segala apa yang kita makan pasti akan disingkirkan melalui pembuangan besar dan kecil. Hal ini merupakan perkara normal dan tejadi kepada setiap makhluk tidak kiralah manusia atau haiwan. Semua melalui proses yang sama dan inilah proses kehidupan semulajadi. Bagi manusia, doktor pakar juga ada menasihatkan agar kita menyingkirkan bahan tersebut setiap hari supaya badan lebih sihat kerana tiada lagi toksin di dalam badan. Tetapi jika anda terlalu kerap membuang air kecil mungkin selang 2 jam sekali maka anda perlu buat sesuatu.

4) Turun atau naik berat badan secara mendadak

Apa yang amat merisaukan semua orang adalah berat badan mereka terutama sekali bagi golongan wanita. Golongan wanita amat mementingkan berat badan yang rapi supaya mereka dapat kelihatan cantik dan menawan setiap masa. Pastinya apabila disoal tentang berat badan ramai yang memlih untuk tidak mengongsikannya kerana perkara itu suatu yang sensitif. Pelbagai alternatif yang boleh dilakukan untuk menurunkan dan menaikkan berat badan, bergantung kepada keperluan individu itu tersendiri. Tetapi, anda patut musykil jika berat badan anda turun atau naik secara mendadak tanpa anda bekerja keras dalam melakukannya.

5) Penglihatan kabur

Jika anda seorang yang mempunyai masalah rabun mata, maka tidak hairanlah jika penglihatan anda kabur tetapi jangan abaikan juga kabur tersebut kerana mungkin boleh membawa padah jika diendahkan dan dirawat segera. Segera berjumpa doktor jika penglihatan anda menjadi kabur tidak kiralah anda mengidap masalah rabun atau tidak.

6) Rasa penat yang berlebihan

Badan kita memerlukan rehat secukupnya untuk memudahkan kita bekerja dengan lebih efektif lagi. Kurang rehat akan menyebabkan rasa penat dan anda tidak mungkin dapat menyempurnakan tugasan harian anda apabila badan anda tidak cukup rehat. Namun sebegitu, doktor menasihati agar kita mendapat rehat yang secukupnya dan tidak pula rehat secara berlebihan. Jika anda mengalami rasa penat yang berlebihan atau penat tanpa sebab yang munasabah, jangan abaikan simptom tersebut.

7) Luka yang lambat sembuh

Pernahkah anda luka di mana-mana bahagian anggota anda dan apabila diperhatikan luka tersebut akan sembuh dalam jangka masa 3-7 hari (luka ringan)? Manakala, bagi luka jenis berat boleh mengambil masa 2 minggu atau lebih untuk pulih. Penghasilan insulin menbantu badan kita menukarkan glukosa (gula) kepada tenaga. Apabila badan anda gagal menurkarkan glukosa, itu yang menjadi punca luka tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kebiasannya, pengidap kencing manis akan menunjukkan proses luka yang cepat dan proses penyembuhan luka yang sangat lambat. Pentingnya anda pehatikan tindak balas badan anda terhadap luka tersebut.

Anda mungkin tidak dapat tahap kesihatan seperti apa yang anda idamkan, tetapi ingatlah bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Ubah gaya hidup anda menjadi lebih sihat dan produktif agar badan anda berterima kasih kepada anda. Penyakit boleh menyerang pelbagai peringkat umur, tidak semestinya anda muda, anda tidak akan mengalami apa-apa penyakit, begitu juga bagi mereka yang sudah berusia. Walaupun penyakit ini mungkin penyakit genetik, tetapi caranya sama sahaja anda masih mampu mencegahnya.

JOM JOIN BOOTCAMP SAYA NAK KERJA 20 NOVEMBER INI!

DAFTAR DI https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk