Kali ni Team Empire Kerjaya nak kongsikan satu kisah menarik dari Facebook staf Takaful. Baca sampai habis!

.

.

.

Nak tergelak saya bila communicate dengan salah seorang candidate yang apply kerja dengan jawatan yang saya offer di syarikat saya masa sessi pre-face to face interview. Sekarang ni, sebelum saya panggil interview face to face, saya test dulu communication melalui whatsapp. Bagi pre-work interview questionnaire, supaya bila interview nanti saya tak buang masa nak tanya banyak soalan yang sepatutnya saya boleh tahu lebih awal. Sekarangkan communication banyak melalui whatsapp, so, dengan cara saya communicate dalam whatsapp kita boleh tengok jugak the way dia communicate. Yang ni, memang saya tergelak.

 

Dan saya nak bagitau, resume tu semua banyak sembang je. Saya baca resume dia then saya ambil beberapa point yang dia kata dia ada experienced dan terror, tapi bila saya tanya details, “Emmm, sebenarnya yang tu saya biasa-biasa je”. Terus lain jawapan yang saya dapat. Ok lagi. Saya tanya, apa dia punya career objective dan juga mission. Wah, sekali lagi jawapan melangit. Sanggup itu sanggup ini. Then saya bagi beberapa soalan yang menguji kesanggupan dia, dia tak reply. Lepas tu, tetiba dia reply dan dia minta maaf, dia rasa dia tak layak dengan jawatan tu lepas tengok FB saya.

 

JOM DAFTAR WEBINAR DAH KERJA KE TU?

22 JANUARI 2022 INI

https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

 

Hebat budak2 young graduate sekarang. Tengok FB je terus dah boleh kenal siapa kita. Tak sampai seminit..😄. Bila saya tanya, kenapa? Dia kata, ” Ohh, sebab saya tengok Encik ni orang marketing, jadi saya boleh agak yang Encik macam boss saya sekarang. Saya nak elak dari boss saya sekarang, tetiba jumpa yang lebih kurang sama jugak. Dan saya boleh bayang macam mana life saya nanti”. Saya senyum sendiri. Baru grad 2 tahun, saya tanya kenapa tak kerja bidang yang dia belajar? Dia kata sebab competition very high, lagi pun kerja macam yang dia belajar, tak banyak kekosongan, kalau ada pun kena result degree yang power atau kalau ada cable besar. Dia kata, dia tak de kelebihan tu. Ok, saya faham la. Sebelum dia reject saya, saya ada juga tanya, apa bidang lain yang dia rasa dan suka nak explore.

Dia kata “Digital Marketing”….saya cakap bagus la. Dan saya bagitau, kalau sanggup bekerja dan belajar, saya boleh bantu….(masa tu dia tak tengok profile FB saya lagi)….sekali dah tengok, terus dia reject dan kata saya tak sesuai jadi boss dia. Saya tak tanya lelebih la, kenapa dia tak prefer boss dia yang lama dan juga lepas dia tengok profile saya. Tapi dari apa yang dia beritahu pasal apa yang bakal berlaku pada “life dia” kalau kerja dengan saya, saya boleh agak, dia nak kerja yang dia convenient dan boss yang bagi dia kerja at her own convenient…. Saya jawab “Good Luck”…😄.

 

Photography of People Graduating

 

Dan guna reverse pyscho sikit. Dan yang paling padu, dia bagi kata-kata semangat supaya jangan give up….🤣🤣🤣. Tergelak saya sampai keluar air mata. Apa2 pun, bila kita start interview orang untuk kerja dengan kita, jangan terus percaya resume. Kena ada skill untuk challenge apa yang dia ada dan boleh buat untuk tahu bagaimana cara dia fikir, cara dia feeling dan cara dia bertindak. Tak pelik kalau keluar berita pasal intern student stress sebab tekanan kerja di tempat latihan industri.

 

JOM DAFTAR WEBINAR DAH KERJA KE TU?

22 JANUARI 2022 INI

https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

Masa LATIHAN pun you dah tak lepas, apa you ingat kalau REAL situation boleh “leha-leha” buat kerja? Sekadar berkongsi pengalaman interview. So, kalau young graduate sembang takde kerja yang sesuai. Biasakan untuk sesuaikan diri dengan kerja yang ada. Pekerjaan di awal career kita tu kekadang adalah padang latihan untuk kita dapat kerja di bidang yang sesuai dengan kita dari segi masa dan income.

 

JOM DAFTAR WEBINAR DAH KERJA KE TU?

22 JANUARI 2022 INI

https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

Kredit perkongsian dari: FB Aziz Riadi ShRFP Sen Agency Manager PruBSN Takaful.

 

Follow Twitter Empire Kerjaya : https://twitter.com/EmpireKerjaya