Pernahkah anda dengar gelaran ‘Ah Long’ ini? Pasti apabila sebut sahaja gelaran ini ramai yang gerun kerana Ah Long ini sangat dikaitrapat dengan sifat mereka yang sangat ‘agresif’ setelah memberi pinjaman kepada peminjam. ‘Ah Long’ ini merujuk kepada syarikat pinjaman wang tanpa lesen. Tidak berlesen? Mengapa ramai yang terjerat dalam pinjaman Ah Long Ini? Ini kerana pinjaman Along kononnya adalah lebih mudah, ringkas dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kredit jika dibandingkan dengan pinjaman bank atau syarikat pinjaman wang yang berlesen. Biasanya, mereka yang menjadi mangsa jerat pinjaman Along ini adalah mereka yang berpendapatan rendah dan sangat terdesak memerlukan wang.

Hati-hati dengan iklan pinjaman Ah Long ini kerana kita boleh lihat bersepah poster-poster yang menawarkan servis pinjaman duit di mana-mana sahaja. Ayat-ayat yang digunakan untuk menjerat mereka dan berhutang dengan mereka. Tanpa menyedari, itu adalah taktik mereka. Mereka yang membuat pinjaman dengan Ah Long ini tanpa berfikir panjang atau mereka hanya memandang remeh akan risiko yang akan mereka hadapi.

 

SEMAK RESUME >> https://www.empirekerjaya.com/semak

MOCK INTERVIEW >>https://www.empirekerjaya.com/mockinterview

 

  1. Kadar faedah yang tiada kesudahannya

Terma sepuluh-tiga digunakan dalam konsep peminjaman Ah Long ini dimana terdapat kadar faedah yang dikenakan ke atas peminjam tersebut. Sepuluh-tiga ini bermaksud bagi setiap RM10 yang dipinjam, peminjam akan dikenakan RM3 faedah. Maksudnya disini, jumlah wang dikenakan faedah adalah sebanyak 30% sebulan. Contoh, jumlah wang yang dipinjam adalah sebanyak RM1000 dan faedah yang perlu dibayar sebulan adalah RM300. Faedah yang perlu dibayar untuk 12 bulan (setahun) adalah RM3,600. Manakala, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM4,600.
Nampak kan jumlah yang anda perlu bayar lebih banyak dari jumlah wang yang dipinjam? Ya, inilah taktik kotor mereka menjerat dan menimbulkan kesengsaraan kepada peminjam. Namun begitu, jangan sangkakan sepuluh-tiga sahaja taktik Along gunakan, mereka juga ada taktik lain seperti sepuluh-empat dan sepuluh-lima bergantung kepada jumlah pinjaman atau situasi kredit si peminjam. Sangat tinggi faedah yang dikenakan kepada si peminjam! Dahsyat!

Setiap pinjaman wang yang dibuat akan dikenakan faedah yang banyak saban hari dan tugas si pengutip hutang akan meminta anda untuk melangsaikannya tidak kiralah anda mempunyai jumlah
untuk dibayar kembali atau tidak. Makin hari, hutang dan faedah makin berganda dan mustahil untuk si peminjam untuk melangsaikannya.

  1. Mempunyai kos dan syaratnya yang tersembunyi (agak privasi)

Along tidak akan mengeluarkan syarat yang jelas kepada si peminjam seperti menyediakan informasi yang mencukupi dan terperinci sebelum anda sendiri menandatangani perjanjian untuk membuat pinjaman itu. Setiap kos mahupun faedah yang dikenakan, si peminjam itu sendiri tidak mempunyai idea akan berapa jumlah yang sewajarnya mereka bayar kerana mereka tiada sistem yang jelas seperti mengeluarkan jadual untuk bayaran tertunggak itu. Misalnya, si peminjam terlepas tarikh untuk membayar semula wang, mereka akan gunakan taktik untuk ‘manipulate’ peminjam dengan ayat-ayat yang baik yang kononnya untuk memudahkan peminjam dan memberi mereka masa untuk mengumpul wang secukupnya untuk dibayar. Realitinya, semakin lama jumlah itu tertangguh untuk dibayar,
semakin bertambah jumlah faedah yang perlu dibayar dalam satu bulan itu. Along juga boleh mengubah peraturan dan kadar faedah pada bila-bila masa yang diingini.

  1. Menggunakan dokumen rasmi sebagai ‘deposit keselamatan’

Security Logo

Salah satu taktik kotor mereka adalah dengan memegang kad pengenalan, passport dan juga kad bank bagi pembayaran berterusan terus dijalankan walaupun ia salah di sisi undang-undang. Mereka lakukan seperti ini supaya peminjam tidak mudah untuk melarikan diri sebelum melangsaikan hutang yang menjadi bebanan hidup mereka. Tanpa sedar, Ah Long juga boleh menyalahgunakan maklumat peribadi anda dan menggodam akaun bank anda.

 

SEMAK RESUME >> https://www.empirekerjaya.com/semak

MOCK INTERVIEW >>https://www.empirekerjaya.com/mockinterview

 

  1. Tiada jalan penyelesaian

Hutang yang makin hari makin bertambah akan membuatkan si peminjam rasa gelisah dan tidak tenang tambah pula dengan desakan si pengutip hutang yang tidak jemu mengingatkan si peminjam untuk menyelesaikannya. Ini mungkin akan membuatkan si peminjam untuk memikirkan solusi yang lain dalam menyelesaikan beban hutang yang dipikul itu. Sayang sekali, itu takkan pernah berlaku kerana Ah Long tidak akan membenarkan peminjam untuk melangsaikannya sekaligus, meskipun wang tersebut sudah cukup di tangan peminjam. Mereka mahukan faedah yang lebih tinggi dan tidak akan pernah puas dengan jumlah yang dibayar.

  1. Memberi jalan untuk meminjam dengan Ah Long lain

Ah Long hanya akan membenarkan peminjam untuk membuat pinjaman dengan Ah Long lain jika si peminjam tidak mampu untuk membayar faedah yang terlampau tinggi jumlahnya itu. Alasan mereka adalah untuk mengelakkan peminjam daripada membayar faedah yang lebih tinggi dan caj dalam jangka masa panjang. Jangan terpedaya dengan hasutan dari mulut-mulut busuk mereka! Jelas itu adalah taktik umpan kepada si peminjam supaya lebih terbeban dalam faedah yang dahsyat menimbunnya itu.

  1. Melibatkan keluarga sebagai bahana tidak menyelesaikan hutang

Apabila Ah Long sudah bertindak ‘agresif’ dan mengganas dengan si peminjam, mereka bukan hanya akan mengganggu hidup si peminjam, tetapi keluarga si peminjam yang tiada apa-apa kaitan dalam pinjaman itu turut terlibat dalam jerat kekejaman mereka. Kekerasan seperti membakar sudut kediaman rumah di peminjam bukan perkara asing Along lakukan. Malah, apa yang lebih dahsyat sekali adalah pembunuhan dan rogol keluarga si peminjam sebagai balasan buat si peminjam kerana gagal menyelesaikan hutang tersebut. Nauzubillah. Begitu kejam sekali mereka ini tanpa ada sedikit belas kasihan apatah lagi timbang rasa. Terlalu banyak kes yang sangat pilu dan tragis berkenaan pinjaman Along ini kerana itulah cara mereka.

Jalan yang terbaik adalah jangan terlibat dengan pinjaman Ah Long ini walaupun mungkin jumlah pinjaman hanyalah RM200 kerana jumlah pembayaran semula bukanlah seperti yang anda sangka, berlipat-ganda jumlahnya dari jumlah pinjaman. Jika memerlukan wang, anda boleh membuat pinjaman dengan bank yang berlesen dan diiktiraf oleh pihak berkuasa kerana sistem mereka adil dan saksama.


Pinjaman Ah Long ini ibarat menempah tiket ke neraka sahaja dan merupakan satu perbuatan yang sia-sia dan membuang masa serta tenaga semata-mata. Banyak sahaja badan kewangan yang sah namun penelitian
dan waspada perlu tetap ada dalam setiap apa yang dilakukan kerana scammer ini sentiasa mencari mangsa dan kepuasan mereka.

 

 

SEMAK RESUME >> https://www.empirekerjaya.com/semak

MOCK INTERVIEW >>https://www.empirekerjaya.com/mockinterview