Apa nak buat kalau tiba-tiba panel penemuduga tanya soalan yang kita tak expect? Biasalah, kalau dalam sesi temuduga ni, panel nak uji kita dengan pelbagai cara sebab mereka nak tengok betul ke kita ni calon yang terbaik untuk isi jawatan kosong itu. Memang tak dinafikan, dalam sesi temuduga pasti tidak boleh lari dari rasa ‘nervous’ atau gemuruh. Tapi, anda juga perlu sentiasa ingat bahawa proses temuduga ini adalah proses normal dan tidak perlu terlalu takut. Apabila anda menjadi terlalu takut, ini yang membuatkan sesi temuduga itu jadi tak best bukan seperti yang anda inginkan. Nak tahu apa yang patut dilakukan bila ditanya soalan yang anda tak sangka mereka akan tanya? Baca artikel ni sehingga habis!

  • Tenang

Anda perlu tahu bagaimana cara untuk tenangkan diri anda kerana lain orang, lain cara mereka gunakan untuk tenangkan diri mereka. Tips mudah dan selalu digunakan oleh oleh ramai adalah teknik pernafasan. Berhenti sebentar dari bercakap, tarik nafas dalam-dalam dan kemudian lepas. Tenang. Mereka juga faham jika anda ambil sedikit masa untuk tenangkan fikiran dan kembali kepada soalan yang ditanya. Jika anda rasa terlalu gemuruh, anda juga boleh minta izin kepada panel penemuduga untuk minum air tapi jangan sampai memakan masa yang begitu lama kerana mereka juga ada calon lain yang nak ditemuduga.

  • Jangan jawab ‘saya tak tahu”

Walaupun anda tidak jangka akan ditanya soalan seperti itu, jangan sesekali jawab ‘tak tahu’ kepada panel. Dengan menjawab ‘tak tahu’, itu menunjukkan anda seorang yang tidak mahu mengambil tahu tentang satu perkara itu dan tidak mahu untuk cuba jawab soalan yang diajukan. Ambil masa dalam 2-3 minit untuk fikir bagaimana untuk menjawab soalan itu dan cuba jawab. Jawab dengan tenang dan yakin. Ini yang penemuduga paling nak tengok dalam temuduga, keyakinan. Ramai orang kurang keyakinan terutama sekali dalam menjawab soalan ‘cepumas’ seperti ini.

  • Jangan mereka cerita

Nak cuba untuk jawab itu bagus, tapi jangan sampai anda mengadakan benda yang tiada atau mereka cerita. Contoh, andai kata mereka tanya anda soalan berkenaan dengan sejarah negara, itu adalah fakta dan anda perlu pastikan anda betul-betul faham apa soalan yang ditanya itu. Sebab itulah penting untuk anda ambil tahu sejarah negara dan membuat research sebelum hadir ke temuduga.

  • Tanya soalan kepada panel penemuduga

Jika anda kurang jelas dengan soalan yang mereka tanya, minta izin mereka dari panel untuk mengulang soalan itu.

Contoh minta ulang soalan;

“Maaf, saya kurang jelas dengan soalan Tuan, bolehkah Tuan mengulang soalan tersebut?”

Jangan pula tanya seperti ini;

“Apa tu? Saya tak faham tanya soalan macam ni?”

Pastikan bahasa yang digunakan adalah jelas dan sopan. Jika anda jawab “apa tu?” nampak kurang adab dan nampak anda kurang persediaan dalam tatatertib semasa temuduga.

  • Maklumkan kepada mereka anda akan cari jawapan untuk soalan tu

Soalan itu terlalu sulit untuk anda jawab dan membuatkan anda buntu untuk menjawab soalan tersebut, anda juga boleh maklumkan kepada mereka untuk cari jawapan tersebut dan jawab segera. Tapi, ini agak berisiko tinggi untuk dilakukan kerana ada panel yang akan mendesak dan beri tekanan kepada anda. Cuba untuk bertenang dan bertoleransi dengan mereka. Yang paling penting sekali sentiasa amalkan profesionalisme dan hormat panel tersebut.

Nak tips lanjut? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

Share This Story, Choose Your Platform!