Semua orang pasti ada impian dan juga matlamat yang ingin dicapai. Jika tanya pada semua orang, siapa sahaja yang tidak mahu berjaya dalam hidup mereka, bukan? Tiada siapa pun yang tidak layak untuk berjaya dalam hidup mereka. Walaupun begitu, apa yang menyebabkan berlakunya ketidakjelasan dalam matlamat seseorang itu?
- Terlalu banyak perkara yang nak buat dalam satu masa
Bila nak buat semua benda terlalu banyak, anda akan cendurung untuk hilang fokus kerana terlalu banyak sangat benda nak buat dan akhirnya tak buat langsung. Bahaya tu.
- Tidak berdisiplin
Tidak menetapkan matlamat dalam setiap apa yang dilakukan dan menyebabkan diri sendiri hilang disiplin dan tak push diri untuk konsisten.
- Hilang minat dan motivasi
PKP ni memang ramai orang rasa resah tambah pula dengan macam-macam cabaran yang betul-betul menduga yang boleh juga membuatkan seseorang itu hilang motivasi untuk buat sesuatu perkara.
- Tak jelas dengan misi dan visi diri
Ini boleh terjadi jika anda tak nampak atau masih keliru apakah kelebihan dan kelemahan dalam diri anda. Pastikan anda selidik terlebih dahulu sebelum masuk ke alam kerjaya.
- Takut untuk mencuba
Kebanyakkan orang, mereka takut untuk mencuba kerana takut akan gagal. Kenapa mesti takut gagal? Tahukah bahawa jika anda gagal sekali, tak bermaksud anda akan gagal selama-lamanya! Bangkitlah dan bersemangatlah!
- Terlalu banyak alasan yang diberikan
Antara alasan yang popular kita dengar adalah “takde masa lah nak buat”… “mana sempat nak buat”….
Mana boleh tak cukup masa nak buat, bukan ke semua orang ada masa yang sama 24 jam? Jadi, gunakan dan urusakan masa yang ada dengan bijak. Hentikan alasan macam ni okay!
- Suka bandingkan kehidupan kita dengan orang lain
Semua orang ada perjalanan hidup yang berbeza. Kita tak tahu apa yang mereka dah lalui sebelum kemuncak kejayaan mereka itu. Fokus pada pembangunan diri sendiri dan yakin dengan rezeki Allah S.W.T.