Sudah pastinya menjadi suatu perkara yang tidak asing lagi jika anda ingin memulakan perniagaan tetapi kurang arif dalam jenis perniagaan yang bakal anda ceburi kelak. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam perniagaan di Semenanjung Malaysia agar undang-undang dan peraturan dalam meniaga dapat dipatuhi dan memberikan pemantauan yang lebih komprehensif.

People Discuss About Graphs and Rates

 

1- Pemilikan tunggal

Apakah itu pemilikan tunggal?

Pemilikan tunggal bermaksud pemilik tersebut memiliki perniagaan tersebut secara sepenuhnya dimana mereka menggunakan nama mereka sendiri (nama peribadi) atau nama perdagangan (nama komersial).

Siapakah yang sesuai dalam perniagaan pemilikan tunggal ini?

Sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau juga disebut sebagai mikro bisnes dan sangat sesuai bagi pelaburan individu yang tidak melibatkan staf mahupun kakitangan. Sebagai contoh, perniagaan mikro termasuklah seperti kedai runcit, salon, kedai alat tulis dan kraf dan sebagainya. Liabilitinya tidak terhad. Sekiranya tidak mampu untuk membayar hutang, penghutang juga boleh mengambil cara lain dengan menuntut melalui aset peribadi tersendiri.

Berapakah kos anggaran bagi permulaan?

Kos adalah sebanyak RM60 sehingga RM100 lebih (~RM30 penyelenggaran tahunan). Dari segi cukai pendapatan, keuntungan hanya dapat pada individu itu tersendiri dan tidak boleh mendapat potongan cukai kepada syarikat kecil). Walaubagaimanapun, perniagaan jenis ini tidak boleh ditukar ganti dan hanya akan tamat apabila pemilik
perniagaan tersebut telah bersara atau meninggal dunia.

 

22 JANUARI INI

DAFTAR PERCUMA WEBINAR SAYA NAK KERJA

>>https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

2- Rakan kongsi

Apa itu perniagaan jenis rakan kongsi?

Rakan kongsi ini konsepnya sama seperti pemilikan tunggal akan tetapi pemiliknya lebih dari seorang.

Siapakah yang sesuai dalam perniagaan rakan kongsi ini?

Perniagaan jenis ini amat sesuai bagi firma profesional yang tidak memerlukan dana yang besar dalam memulakannya. Misalnya, firma perakaunan, firma guaman, klinik dan lain-lain. Liabilitinya tidak terhad dimana kesemua rakan kongsi perlu bertanggungjawab ke atas segala kerugian dalam perniagaan tersebut.

Berapakah kos anggaran bagi permulaan perniagaan rakan kongsi?

RM100 lebih (~RM30 penyelenggaraan tahunan) dan keuntungan cukai ke atas individu rakan kongsi tersebut dan tidak boleh mendapat potongan cukai yang diberikan kepada syarikat kecil. Sama seperti pemilikan tunggal, perniagaan rakan kongsi hanya ditamatkan apabila rakan kongsi telahpun bersara atau meninggal dunia.

 

 

Worm's Eye View Architectural Photography of High Rise Building

 

3- Syarikat Sendirian Berhad

Apa itu perniagaan jenis Sendirian Berhad?

Sendirian Berhad merupakan entiti yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu yang biasanya memiliki hartanah dimana mereka akan membuat perjanjian dan memberikan gaji kepada kakitangan mereka akan tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menjual saham kepada umum. Perniagaan jenis ini merupakan paling banyak ditubuhkan di Malaysia yang sesuai bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebagai contoh, pemilikan keluarga, pengilangan dan lain-lain. Namun begitu, liabiliti bagi Sendirian Berhad ini adalah terhad dimana syarikat bertanggungjawab sepenuh ke atasnya dan jika syarikat gagal untuk memenuhi liabiliti penghutang tidak dapat menuntut melalui aset peribadi pemilik tersebut.

Berapakah kos anggaran bagi permulaan perniagaan Sendirian Berhad?

RM1060 atau lebih (~RM2500 penyelenggaraan tahunan). 18% kadar cukai pendapatan berjumlah RM 500,000 yang pertama. Dalam perniagaan Sendirian Berhad, syarikat akan kekal walaupun pemilik yang asal telah meninggal dunia.

 

22 JANUARI INI

DAFTAR PERCUMA WEBINAR SAYA NAK KERJA

>https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

4- Perkongsian liabiliti terhad

Apa itu perniagaan jenis perkongsian liabiliti terhad?

Perniagaan jenis ini merupakan gabungan diantara rakan kongsi dan juga syarikat sendirian berhad dan sesuai untuk perniagaan pemulaan dan juga perniagaan kecilan. Contohnya adalah seperti perniagaan perkhidmatan profesional. Dalam perniagaan ini liabiliti terhad kepada rakan kongsinya dengan peraturan dalaman syarikat yang lebih fleksibel seperti perniagaan rakan kongsi.

Berapakah kos anggaran bagi permulaan perniagaan perkongsian liabiliti terhad?

RM 500 atau lebih (~RM200 penyelenggaraan tahunan). Pematuhan cukai pendapatannya dianggap seperti Sdn. Bhd. dimana kadar cukai adalah RM 500,000 yang pertama. Syarikat ini juga akan kekal walaupun pemilik asal telah meninggal dunia.

 

22 JANUARI INI

DAFTAR PERCUMA WEBINAR SAYA NAK KERJA

>>https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

Jom follow Twitter Empire Kerjaya:

https://twitter.com/EmpireKerjaya