Anda baru diterima bekerja? Pasti semangat berkobar-kobar untuk bekerja tambahan pula bekerja di syarikat yang memang anda impikan selama ini. Namun, ada beberapa perkara yang pekerja baru perlu lakukan terutama sekali pada hari pertama bekerja. Betul, tak nafikan memang ada rasa teruja tetapi anda jangan terlalu teruja sehingga lupa untuk buat perkara yang betul-betul penting. Apa perkara yang penting sangat itu?

  1. Datang awal

Hari pertama bekerja pastikan anda datang ke pejabat lebih awal. Lebih bagus jika anda datang 30 minit sebelum waktu pejabat. Kita tidak akan pernah tahu keadaan di jalan bagaimana, mungkin ada berlaku kesesakan jalanraya, kemalangan dan sebagainya. Perkara-perkara seperti itu adalah di luar jangkaan kita. Sebab itulah bagus untuk buat persediaan awal dengan tiba di pejabat lebih awal. Bayangkan jika anda tiba di pejabat tepat-tepat sahaja waktu, pasti anda akan terburu-buru. Majikan suka orang yang ‘punctual’ kerana mereka ini tahu bahawa masa itu sangatlah berharga dan takkan sia-siakan masa yang ada begitu sahaja. Rancanglah perjalanan anda untuk ke tempat kerja seeloknya supaya anda tenang sebelum tiba di pejabat itu.

2. Kenalkan diri kepada staf lain

Sudah sampai di tempat baru dan anda baru di situ, janganlah sombong dengan staf yang lain. Ucapkan ‘selamat pagi’ kepada mereka dan jangan lupa kenalkan diri anda kepada mereka. Staf di tempat kerja ramai dan dari department yang berbeza-beza, mana mungkin mereka boleh ‘cam’ orang baru ni. Jadi, maniskanlah muka untuk senyum dan bertegur sapa dengan mereka. Janganlah anda fikir yang anda pekerja baru, jadi anda tidak patut untuk bertegur sapa dengan staf yang sudah lama bekerja di situ. Pastikan sebelum anda datang kenalkan diri itu, tengok dahulu adakah mereka busy dengan kerja mereka ataupun tidak. Nak tegur sapa pun, kena ada adab tau.

3. Jadi pembelajar yang aktif

Bila anda sudah mula bekerja, sentiasa anggap diri anda masih banyak perlu belajar dan tambah ilmu. Ilmu yang bermanfaat dapat digunakan sepanjang zaman dan janganlah anda sia-siakan setiap peluang yang ada. Ambil itu sebagai satu cabaran dan belajarlah dari setiap perkara itu. Jika ada sesuatu perkara yang anda tidak faham dan kurang jelas, mintalah pertolongan orang yang lebih berpengalaman dan belajarlah dari mereka. Pekerja baru ada banyak benda yang perlu dipelajari. Ambil segala ilmu yang diberikan dan praktikkanlah sebaiknya. Satu perkara penting yang perlu diingat adalah apabila nak belajar ni, rendahkan ego dan tanamkan sikap untuk nak belajar benda baru setiap hari.

4. Fokus dalam task yang diberikan

Sudah nama pun bekerja, jadi anda memang tidak akan lari dengan task atau tugasan ini. Setiap tugasan yang anda dapat itu adalah untuk memperbaiki lagi tahap kemahiran yang anda miliki. Ambil serius atas setiap tugasan yang dilakukan, fokus dan buat yang sehabis baik. Mungkin pada awalnya agak sukar untuk anda, tapi percayalah lama-kelamaan bila anda sudah terbiasa dengan gerak kerja dalam satu tugasan itu, anda akan nampak kemanisan dalam hasilnya kelak.Buatlah bersungguh-sungguh supaya majikan pon akan nampaklah yang anda memang betul-betul serius nak bekerja itu.

5. Pakaian yang kemas

Pakai pakaian yang kemas juga penting sebab ini yang menunjukkan imej anda sebagai seorang pekerja. Jagalah imej anda supaya sentiasa nampak kemas dan bersih. Walaupun anda seorang pekerja baru, jika anda berketerampilan baik, anda akan mudah didekati orang dan senang untuk bekerja dengan mereka. Sebab itu imej ini sangat penting apatah lagi anda bekerja di bahagian korporat. Selain imej penampilan diri, perwatakan anda juga memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pekerjaan. Jaga tingkahlaku anda dan sentiasa mengamalkan etika kerja yang baik.

Nak tips lanjut? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

NANTIKAN 25 SEPTEMBER INI! BINA KERJAYA VOL 2. DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

https://www.empirekerjaya.com/bkb