Dalam membina kerjaya yang betul-betul berkualiti, seorang itu mestilah ada sikap yang positif dan luar biasa. Luar biasa yang macam mana dimaksudkan itu? Jom kita sama-sama kenalpasti sikap bina kerjaya itu! Baca artikel selanjutnya untuk ketahui lebih lanjut lagi!

  1. Suka membaca

Mungkin anda pernah dengar ayat yang sering diungkapkan oleh orang seperti “Lebih banyak anda membaca, lebih banyak perkara yang anda tidak tahu”. Setuju? Ya, apabila kita lebih banyak membaca secara tidak langsung banyak perkara yang dapat kita tahu dan itulah yang akan membuatkan ilmu terhadap sesuatu perkara itu makin bertambah. Jika anda bukan seorang pembaca aktif, cuba untuk ambil tahu apa yang berlaku di dunia ini, tahu sedikit atau secara asasnya sahaja pun sudah cukup baik. Ini lebih baik dari anda tidak tahu langsung.

Dalam sosial media sekarang ini pun anda boleh dapat mengetahui tentang perkembangan isu semasa berkenaan dengan politik, ekonomi dan sebagainya. Ambil tahu apa yang berlaku supaya anda sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Sebab itulah pentingnya untuk anda menggunakan sosial media anda dengan bijak dan mencari ilmu sebanyak yang mungkin. Follow akaun dan page dari sumber-sumber yang dipercayai dan sahih seperti berita TV3, surat khabar dan sebagainya.

2. Rajin bertanya soalan

Semua orang boleh bertanya soalan, tapi adakah soalan yang ditanya itu soalan yang berkualiti dan boleh memberikan impak yang positif kepada si penjawab soalan. Anda perlu kaji terlebih dahulu apakah soalan yang ingin ditanya dan adakah soalan itu wajar untuk ditanyakan dan relevan supaya tidak mencetuskan sebarang kontroversi dan isu yang tidak diingini. Sikap suka bertanya ini juga penting yang menunjukkan anda seorang yang ‘ingin tahu’ dan berminat untuk tahu sesuatu dengan lebih lanjut.

3. Berdisiplin tinggi

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai disiplin yang tinggi dan sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu perkara. Semua orang pun boleh berjaya jika anda berdisiplin dan kuat motivasi dalam diri. Jika orang lain boleh, anda juga pasti boleh melakukannya!

4. Sukakan cabaran

Ini sikap yang sangat disukai dimana anda sangat sukakan cabaran. Sukakan cabaran dengan anda sentiasa mencabar diri anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Ini akan menambahkan lagi kemahiran dan memperbaiki diri anda dalam suatu aspek itu. Nak jadi luar biasa, anda perlu cabar diri anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa selagi anda boleh peroleh manfaat dalam setiap apa yang dilakukan itu.

Nak tips kerjaya lebih lanjut?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya