Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan juga dikenali sebagai bahasa antarabangsa dimana semua orang diwajibkan untuk mengambil bahasa ini sejak dari pra-sekolah lagi. Percaya atau tidak jika anda tidak tahu menulis
malah bertutur dalam Bahasa Inggeris, mustahil untuk anda berkomunikasi dengan orang asing kerana bahasa ini digunakan seluruh dunia yang berbilang agama, kaum dan juga bahasa. Jadi, tidak hairanlah mengapa penggunaan
bahasa ini amat ditekankan sejak pra-sekolah lagi supaya lebih mudah untuk kita bertutur dengan orang asing yang semestinya tidak memahami ‘mother tongue’ anda. Kanak-kanak seawal usia 4 tahun boleh dididik dengan bahasa
ini kerana pada peringkat umur itu mereka mudah untuk menerima pembelajaran (sesuai dengan tahap umur mereka) dan cepat memproses apa yang diajar.

Tetapi, usia seseorang itu bukan menjadi aras untuk belajar bahasa baru namun diri sendiri yang perlu membuat perubahan untuk belajar. Ada juga sesetengah orang yang mahir menulis dalam Bahasa Inggeris tetapi untuk bercakap, mereka kurang yakin dan tidak fasih. Jangan risau, semua orang juga ada mengalami proses ini dan dari situlah kita akan terus belajar dan perbaikinya lagi. Jom amalkan 3 tips mudah ini.

1. Banyakkan menonton cerita berbahasa inggeris dan baca buku penulisan Bahasa Inggeris

 

Free stock photo of appartment, at home, beautiful home

Mungkin ada sesetengah orang yang kurang gemar menonton cerita ‘Mat Salleh’ ini tetapi dengan menonton apa yang diperbualkan dalam cerita tersebut. Pastikan anda menggunakan subtitle atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris juga untuk membaca butir-butir dialog yang diperkatakan dalam filem tersebut kerana mungkin apa yang kita dengar tidak sama seperti apa yang mereka benar-benar jelaskan. Begitu juga jika anda menonton cerita yang bukan bertutur dalam Bahasa Inggeris sekalipun, gunakan subtitle dalam Bahasa Inggeris dimana sedikit sebanyak dapat juga membantu anda dalam menambah vokab dalam Bahasa Inggeris itu.

Jika ada terdapat perkataan yang tidak pernah didengar dan tidak tahu apakah maksudnya, terus catatkan perkataan tersebut ke dalam buku vokab anda beserta maksudnya. Di kemudian hari, ada perkataan baru yang anda tahu dan boleh menggunakannya dalam penulisan atau percakapan anda (pastikan maksudnya membawa maksud yang baik). Selain itu, baca buku penulisan Bahasa Inggeris juga sangat membantu bagi mereka yang betul-betul ingin memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Tidak kiralah apa genre yang dibaca seperti mistik, fiksyen, bukan fiksyen, sejarah dan lain-lain genre, semuanya memberi manfaat kepada si pembaca.

2. Dengar lagu Bahasa Inggeris

Woman Wearing Black Sleeveless Dress Holding White Headphone at Daytime

Sekarang ini tiada alasan untuk tidak belajar Bahasa Inggeris, pelbagai cara yang anda boleh lakukan mengikut minat anda. Jika anda bukan penggemar dalam membawa novel atau buku ilmiah dalam Bahasa Inggeris, anda boleh dengar lagu Bahasa Inggeris. Dengan mendengar laju, ini merupakan satu taktik pembelajaran yang menarik dan lebih mudah untuk anda cepat belajar. Bagaimana caranya? Anda boleh membaca lirik lagu kesukaan Bahasa Inggeris itu dan perhatikan perkataan-perkataan yang asing atau yang anda jarang dengar.

Catatkan perkataan tersebut. Ada sebab mengapa sejak dibangku sekolah lagi para guru terutama sekali guru Bahasa Inggeris mengenakan cas (bayaran) kepada muridnya sewaktu subjek Bahasa Inggeris berlangsung di kelas, supaya murid sentiasa belajar bahasa ini dan tidak malu untuk bercakap dengan orang ramai. Ada juga guru yang sentiasa mengingatkan murid mereka supaya ‘learn a new word a day’ atau juga ‘1 day 1 new word’. Nampak seperti remeh, tetapi inilah yang membuatkan anda lebih cemerlang berbahasa Inggeris.

3. Praktis, Praktis dan Praktis

Ramai orang gagal mempraktikkan apa yang dibelajar dengan menganggap bahasa ini hanya sekadar bahasa, sama juga seperti bahasa-bahasa lain. Uniknya Bahasa Inggeris, ia digunakan diseluruh dunia. Oleh itu, jika anda benar-benar ingin memperbaiki Bahasa Inggeris, carilah kawan yang boleh membantu anda dan mempunyai pemikiran yang sama berkenaan bahasa ini, bukan kawan yang suka memperlekehkan kebolehan dan kemahiran anda bertutur dalam bahasa ini.

Jika ada kawan seperti itu, tinggalkan mereka kerana mereka tidak layak untuk berkawan dengan anda. Berkawan dengan kaum lain seperti Cina dan India juga membantu anda bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih fasih kerana kebanyakkan dari mereka sangat terbuka dan seronok dibuat kawan. Mereka juga dapat belajar memantapkan Bahasa Melayu mereka dan anda juga dapat memantapkan Bahasa Inggeris apabila bercakap dengan mereka. Mudah sahaja, kan? Namun semua pilihan terletak ditangan anda.

 

JOM DAFTAR BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk