Setiap manusia mempunyai pelbagai personaliti. Ini yang membezakan tahap pemikiran kita serta persamaan dalam cara kita berkomunikasi.

Tiada personaliti yang lebih baik antara personaliti yang lain. Ini kerana, setiap personaliti dan manusia adalah unik. Memahami personaliti kita sangat berguna dalam pelbagai urusan kehidupan dan salah satunya adalah alam kerjaya.

Menurut Teori “Kebolehan Pelbagai : Howard Gardner,1983” beliau percaya bahawasanya manusia mempunyai pelbagai kebolehan yang melahirkan pelbagai personaliti. Antara kebolehan pelbagai yang dibincangkan olehnya adalah Kebolehan Linguistik, Kebolehan Naturalis, Kebolehan Intrapersonal, Kebolehan Interpersonal, Kebolehan Logik dan Matematik, Kebolehan Menggunakan Ruang, Kebolehan Kinestatik dan Kebolehan Muzik. Dengan mengetahui kebolehan pelbagai ini dalam diri kita, kita akan cenderung untuk terus mengasah kebolehan kita dengan lebih baik.

Setiap manusia mempunyai lebih daripada satu kebolehan pelbagai. Ini kerana, dalam melengkapi keperluan kehidupan seorang manusia, kita akan mahir dalam pelbagai bidang. Ini juga membantu kita dalam menyesuaikan diri dan menjalankan apa yang kita lakukan dengan lebih baik. Daripada ujian personaliti yang boleh dilakukan secara percuma seperti di https://personalitymax.com/personality-test/ , kita boleh mengetahui kesesuaian kebolehan pelbagai yang mempebgaruhi personaliti kita dengan bakal kerjaya pilihan kita.

Salah satu personaliti yang boleh dilihat adalah personaliti ESFJ The “Supporter”. Dalam personaliti Extraverted (E) + Sensing (S) + Feeling (F) + Judging (J), mereka lebih cenderung bekerja dalam kumpulan yang besar, mempunyai ramai kenalan, membuat perancangan awal, mengikut rutin-rutin yang ada dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Hasil daripada ujian personaliti ini, kerjaya yang sesuai untuk seorang ESFJ ialah Akauntan, Guru, Jururawat, Penyambut Tetamu, Kaunselor , Pengurusan Sumber Manusia dan banyak lagi. Ini kerana kekuatan personaliti ESFJ adalah seorang yang mudah mesra, fokus terhadap keperluan orang lain, keupayaan menguruskan kewangan dan seorang yang memberikan komitmen yang baik dalam menjalankan tugasnya.

Satu lagi contoh personaliti yang boleh diperolehi daripada ujian personaliti ini ialah personaliti INTJ The “Strategist”. Intraverted (I) + Intuitive(N) + Thinking (T) + Judging (J) merupakan seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan berdikari. Mereka orang berkerja keras untuk kesempurnaan dalam kerja dan pencapaian matlamat dalam tugas yang dijalankan. Selain itu, orang yang berpersonaliti INTJ adalah pendiam, mempunyai sedikit teman rapat dan perbincangan serta perjumpaan dalam kumpulan kecil. Kekuatan mereka adalah pendengar yang baik, dapat menghadapi kritikan serta tohmahan orang di persekitaran dengan lebih tenang dan bijak dalam melaksanakan pelbagai tugas yang diberikan. Antara kerjaya yang sesuai untuk personaliti INTJ ialah Usahawan, Professor, Guru, Doktor Gigi, Penganalisa Sistem, Peguam, Saintis, Hakim, Pakar Strategi Korporat dan banyak lagi.

Dalam ujian personaliti ini juga, kita akan mengetahui corak pembelajaran kita. Dalam kajian yang disediakan, manusia mempunyai tiga corak pembelajaran yang berbeza. Corak pembelajaran yang pertama adalah seorang yang Visual Learner – Saya belajar melalui penglihatan saya. Bagi seorang yang VL, mereka lebih peka melalui penglihatan mereka.

Seperti simpulan bahasa Mata Helang. Apabila pihak penemuduga bertanya kepada seorang yang VL, corak jawapan mereka adalah Saya suka melihat kehijauan warna daun di pokok. Manakala seorang yang Audio Learner – Saya belajar melalui pendengaran saya, mereka cenderung dan peka mendengar isi-isi penting di dalam sesuatu perbincangan itu. Seorang AL akan menjawab saya suka mendengar bunyi deruan ombak menghempas pantai, ketika soalan diajukan kepadanya. Manakala yang terakhir adalah seseorang itu belajar melalui pergerakan dan deria sentuhan yakni Kinesthetic Learner. Bagi seorang KL, mereka sukakan aktiviti atau pekerjaan yang hands on. Mereka terus praktikkan apa yang mereka pelajari. Ilmu yag dikongsikan oleh senior dalam tempat kerja haruslah disertakan sekali manual bagaimana ingin lakukan sesuatu task yang diberikan.

Untuk mendapat idea dalam memilih kerjaya berdasarkan personaliti anda, anda digalakkan menjalankan ujian personaliti ini. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri anda membantu anda menjalankan tugas dengan cemerlang dan lama dalam bidang anda. Ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi resume anda untuk mendapat kerja di syarikat – syarikat gergasi di Malaysia malah di luar negara.