Dalam temuduga, tidak kiralah samada anda baru pertama kali hadiri temuduga atau sudah ada pengalaman dalam menghadiri temuduga, dokumen sokongan perlu dibawa bersama bagi membuktikan kepada panel yang anda benar-benar mempunyai sijil itu. Kini, temuduga bukan sahaja dijalankan secara bersemuka (secara fizikal) sahaja, tetapi juga dilakukan secara online (atas talian). Jadi, bagaimana pula dengan temuduga atas talian ini? Adakah dokumen juga diperlukan? Ya, dokumen tetap penting yang bertujuan untuk memastikan segala maklumat yang anda berikan kepada panel adalah tepat dan betul. Apakah dokumen yang dikatakan sebagai dokumen penting itu?
- Kad Pengenalan
Jika anda menghadiri temuduga secara fizikal, kad pengenalan ini merupakan perkara yang sangat penting yang anda perlu bawa bersama. Sebaik sahaja anda tiba di lokasi syarikat untuk ditemuduga itu, mereka akan minta anda untuk mengisi borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran, bersiap sedialah dengan kad pengenalan untuk ditunjukkan kepada mereka. Bukan sahaja kad pengenalan asli tetapi anda juga digalakkan untuk membawa salinan kad pengenalan sebagai simpanan panel penemuduga itu.
2. Gambar bersaiz passport
Mengapa gambar perlu dibawa? Ada sesetengah syarikat memerlukan anda untuk bawa gambar. Namun begitu, pastikan gambar yang dibawa itu adalah gambar yang profesional (latar belakang bewarna biru atau putih sahaja yang kosong dibenarkan). Bawalah gambar sekurang-kurangnya 2-4 keping gambar.
3. Sijil Akademik
Bagi pemohon yang mempunyai Diploma mahupun Ijazah, jangan tinggalkan sijil akademik anda ini. Penting sebagai bahan bukti kepada panel yang anda lepasan Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda. Bagi temuduga secara atas talian, scan sahaja sijil dan bersedia untuk beri kepada panel jika diminta semasa temuduga. Pastikan anda simpan dalam fail yang mudah untuk dibuka supaya lebih lancar proses dan tunjuk sijil.
4. Sijil SPM
Walaupun anda sudah bertahun lamanya meninggalkan sekolah, namun Sijil Penilaian Menengah (SPM) tetap perlu ditunjukkan kepada panel. Ini bagi mengelakkan sebarang pemalsuan maklumat yang diberikan.
5. Borang Permohonan Kerja
Ada setengah syarikat akan berikan borang permohonan kerja dan anda diperlukan untuk mengisi segala maklumat peribadi anda dalam borang tersebut dan cetak (pilihan). Jika anda perlu menghadiri temuduga secara fizikal, jadi anda diperlukan untuk mencetak borang permohonan pekerjaan iru dan serahkan kepada panel sebelum sesi temuduga berlangsung. Tapi, jika temuduga secara atas talian, isi sahaja borang tersebut kemudian e-mel kepada mereka.
Jom daftar Program Rahsia Kerjaya Berjayadan dapatkan kerja pada tahun ini juga.
https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb
6. Transkrip Akademik
Transkrip akademik juga penting dibawa ke temuduga. Mereka ingin memastikan bahawa maklumat akademik anda, terutama sekali CGPA anda adalah tepat. Dengan adanya transkrip, mereka dapat semak keputusan peperiksaan yang anda peroleh. Pastikan anda bawa bersama transkrip asli dan juga salinan.
7. Sijil Anugerah/Pencapaian
Segala pencapaian yang anda telah peroleh sejak di sekolah mahupun Universiti, kumpulkan sijil tersebut dan tunjukkan kepada panel pada sesi temuduga itu. Untuk lebih spesifik, anda bawa bersama sijil pencapaian yang hanya ada kaitan dengan jawatan yang dimohon itu sahaja. Sebagai contoh, anda mohon untuk jawatan Akauntan, anda boleh susun sijil-sijil pencapaian anda terbaik dalam subjek Matematik. Di Universiti, anda mendapat Anugerah Dekan sepanjang semester, itu juga satu pencapaian yang patut dibanggakan. Susun sijil pencapaian anda itu secantik-cantiknya.
8. Sijil Kokurikulum/Sijil Penyertaan
Sijil Kokurikulum pun perlu bawa? Ya, bawa sahaja bersama semasa temuduga itu. Ini bagi menunjukkan kepada panel penemuduga yang anda merupakan seorang calon yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti. Contoh, anda pernah mewakili Selangor untuk Sepak Takraw, sertakan sijil itu. Anda pernah sertai pertandingan debat? Bawa juga sijil itu, walaupun sijil yang anda peroleh itu adalah sijil penyertaan, tapi tidak menjadi satu masalah untuk anda bawa sijil itu. Sijil-sijil seperti ini ada juga beri ‘value’ kepada mereka namun bergantung kepada jawatan itu juga.
9. Portfolio
Yang terakhir sekali mungkin ramai orang selalu lupakan adalah portfolio. Portfolio ini adalah hasil kerja anda yang dapat memberikan produktiviti dan juga kualiti kepada syarikat tersebut dimana ia mestilah berkaitan dengan jawatan yang dimohon itu. Jika anda ingin bawa portfolio yang tiada kaitan dengan jawatan yang dimohon, boleh juga kerana panel dapat lihat kebolehan dan hasil kerja anda. Bonus untuk diri anda jika anda ada kebolehan yang luar dari apa yang mereka inginkan kerana majikan sukakan calon ‘extra’ seperti ini.
____________________________________________________
Nak tahu tak tips atau flow yang betul dalam membuat persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan.
Jom daftar Program Rahsia Kerjaya Berjayadan dapatkan kerja pada tahun ini juga.
Jom bersama Empire Kerjaya dalam Program Rahsia Kerjaya Berjaya (Kami Bongkar Cara Terbaik Dapatkan Kerja) yang dijalankan pada setiap minggu hari ahad. Tekan link dibawah untuk pendaftaran:
[+] https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb
[+] https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb
[+] https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb
Daftar segera dan jom berjaya dalam kerjaya. Jumpa anda dalam program nanti….
Hi. Masa convo dulu. Saya tak dapat pergi jadi saya tiada skroll n transkrip yg dapat masa konvo tu. Tapi saya ada transkrip akademik yg saya mintak dari pihak universiti. Boleh ke saya pakai transkrip ni untuk pergi temuduga?
Atau saya kena call universiti saya untuk dapatkan skroll dan transkrip??