Persoalan ini pastinya bukan persoalan yang asing lagi terutama sekali bagi golongan anak muda yang mungkin baru sahaja memulakan kerjaya mereka dan dalam dilema untuk memilih yang manakah patut dimiliki terlebih dahulu. Memiliki rumah dan kereta sendiri diusia yang muda ini menjadi impian setiap orang. Namun begitu, perancangan
kewangan dan penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta atau rumah. Jika anda salah seorang jadi belia yang masih terperangkap dalam masalah ini, baca tips selanjutnya.
- Membuat penelitian rapi kos keseluruhan
Perkara pertama yang anda perlu ambil kira semestinya kos keseluruhan untuk pembelian kereta atau rumah itu. Kadang-kadang, golongan muda ini terlalu cepat dalam membuat sesuatu keputusan dengan hanya melihat kepada harga yang ditawarkan semata-mata. Ini kerana terdapat juga kos-kos lain yang anda perlu ambil kira seperti
kos penyelenggaraan, insurans dan lain-lain. Kedua-dua pembelian rumah dan kereta mempunyai kos yang anda perlu laksanakan. Misal kata, anda membuat keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu, anda menanggung kos seperti kos pengubahsuaian, kos penyelenggaraan, cukai pintu. Manakala, jika anda ingin membeli kereta dahulu, kos pembayaran insurans, servis kenderaan dan lain-lain lagi. Kaji dan buat penelitiannya sewajarnya adakah anda benar-benar mampu untuk menanggung ke semua kos ini.
- Pastikan anda membuat pengiraan gaji dan akaun simpanan
Anda perlu juga pertimbangkan komitmen yang anda miliki sekarang, komitmen bulanan anda dan mungkin juga anda mempunyai akaun ‘tabung kecemasan’ sendiri sebagai penjamin masa depan anda. Jika diikut Rule of Thumb, anda akan menggunakan sebanyak lebih kurang 50% (maksimum) daripada pendapatan bersih yang digunakan untuk ansuran perumahan, kereta, bil, dan juga insurans. 30% lagi untuk keperluan asas lain seperti membeli baju, dan sebagainya. Anda digalakkan untuk menyimpan 20% daripada pendapatan bagi tujuan kecemasan. Contoh senang yang boleh dijadikan sebagai rujukan, gaji anda setiap bulan adalah RM2000 dan selepas ditolak cukai bulanan, KWSP dan juga SOCSO, gaji bersih yang diperoleh adalah sebanyak RM1500. Anda mempunyai baki 30% dari pendapatan bersih itu untuk membeli keperluan lain dan asingkan lebihan baki 20% itu untuk simpanan peribadi anda.
- Teliti semula rekod hutang
Ini merupakan perkara yang penting sebelum membuat keputusan membeli kereta mahupun rumah. Ramai yang memandang remeh hal ini, namun pastikan segala hutang yang anda lakukan sebelum ini tidak menjadi satu bebanan buat anda.
- Tentukan keperluan sewajarnya
Ya, kedua-dua kereta dan rumah ini adalah keperluan. Sungguhpun begitu, penelitian dan kajian perlu dilakukan supaya tidak salah dalam membuat pilihan. Dalam memilih samada untuk membeli kereta ataupun rumah terlebih dahulu, tiada jawapan yang betul atau salah kerana kedua-duanya bergantung kepada kemampuan anda dalam menanggung kos-kos tersebut. Walaubagaimanapun, pilihan terletak di tangan anda.
BOOTCAMP SAYA NAK KERJA 20 NOVEMBER NI!
DAFTAR DI https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk
Leave A Comment