Baru-baru ini kecoh berkenaan dengan satu pasangan yang telah menceroboh menara kedua tertinggi di dunia iaitu PNB 118. Wanita yang dikenali sebagai Angela Nikolau dan pasangannya Ivan Beerkus tersebut telah mendedahkan bagaimana mereka boleh sampai ke puncak menara tersebut dan melepasi semua security yang menjaga menara tersebut.

Sebelum memulakan misi menceroboh menara tersebut beliau telah menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk mendapatkan maklumat penting. Beliau juga telah menyewa sebuah apartment murah yang berdekatan dengan menara tersebut untuk menjalankan pengawasan sebelum memasuki menara tersebut.

Semasa memulakan misi tersebut beliau telah melakukan penyamaran agar dilihat sama seperti pekerja bangunan untuk mengelakkan dirinya dikesan. Selepas itu beliau telah berlari ke tingkat 32 dalam keadaan yang sangat panas. Beliau juga hampir dikesan oleh pekerja yang berada di menara tersebut tetapi menyembunyikan diri di dalam kotak konkrit kecil dimana beliau langsung tidak dapat nak merenggangkan tubuh badan dan telah bersembunyi selama 20 jam di dalam kotak kecil tersebut.

Beliau perlu juga menghabiskan misi tersebut walaupun berada dalam keadaan yang sangat mencabar. Sepanjang perjalanan beliau untuk sampai ke puncak menara, beliau juga membawa beg galas seberat 15 kilogram yang mana menyukarkan lagi perjalanan mereka untuk menyelasaikan misi ini.

Jadi, menerusi perkongsian beliau dalam menjayakan misi tersebut apa yang jobseeker atau fresh grad di luar sana dapat belajar dari segi persiapan diri untuk mendapatkan kerja yang anda idamkan dengan gaji yang besar?

Konsepnya adalah sama seperti apa yang telah dilakukan oleh pasangan kelahiran Rusia tersebut buat. Kita perlu membuat persiapan yang rapi dari segi persediaan resume yang memenuhi kreteria yang diinginkan oleh majikan, dokumen-dokumen penting yang menjadi sokongan kepada diri kita semasa temuduga, persediaan diri kita dalam menghadapi temuduga dan sebagainya.

Memang nampak seperti mudah, tetapi disebabkan anda terlampau mengambil mudah perkara tersebutlah yang membuatkan anda membuat banyak kesilapan yang membolehkan anda direject oleh syarikat yang telah anda memohon kerja tersebut. Ramai yang telah direject di fasa penghantaran resume. Jadi apa sebenarnya cara atau persiapan yang perlu dilakukan sebelum memohon sesuatu pekerjaan?

Apa yang anda boleh lakukan adalah….

1. Pastikan resume anda tiada redflag yang membuat resume anda layak direject.

2. Pastikan anda membuat kajian yang selengkapnya berkenaan dengan syarikat anda memohon pekerjaan.

3. Buat latihan untuk menjawab soalan temuduga yang biasa ditanyakan oleh penemuduga.

4. Pastikan susunan dokumen yang anda bawakan disusun dengan betul mengikut tahap pendidikan, segala sijil pencapaian dan lain-lain.

Nak tahu kesemua tips atau flow yang betul dalam membuat persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan. Jom bersama Empire Kerjaya dalam Program Rahsia Kerjaya Berjaya yang dijalankan pada setiap minggu hari ahad. Tekan link dibawah untuk pendaftaran:

[+] https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb
[+] https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb
[+] https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/rkb

Daftar segera dan jom berjaya dalam kerjaya. Jumpa anda dalam program nanti….