Semuanya bergantung kepada anda kerana ini berkaitan dengan masa depan anda. Bukan orang lain. Anda sendiri yang akan tentukan samada untuk sambung belajar ataupun kerja.
1.Kalau nak sambung belajar, mantapkan ilmu buat thesis
Tak kira la anda sambung dalam bidang pengajian apa jua, pastikan anda mantapkan ilmu thesis sebab ada kajian yang anda perlu lakukan. Anda tidak boleh lari dengan membuat kajian.
2. Kewangan yang cukup
Nak sambung belajar ni perlukan kewangan yang mencukupi. Yuran pengajian di setiap universiti adalah berbeza. Pastikan anda jelas dan membuat perancangan sebaiknya.
3. Tiada masalah untuk sambung belajar dan kerja dalam satu masa
Jika anda berkemampuan dan bermotivasi tinggi, sambung belajar dan bekerja dalam satu masa ni tak susah untuk dibuat. Anda pon boleh buat Part-Time Master dan bekerja. Kalau anda mampu, apa salahnya untuk buat kan?
4. Luangkan masa belajar ilmu bisnes
Sementara menunggu mendapat tawaran kerja, anda juga boleh cuba menjadi agent atau dropship. Sedikit sebanyak, anda dapat keuntungan dan dalam masa yang sama, anda juga dapat ilmu selok-belok bisnes. Best, kan?
5. Siapkan diri dengan skill
Skill yang perlu ada pada setiap pekerja mestilah kemahiran yang boleh mendatangkan manfaat kepada majikan tersebut. Perhatikan apa kemahiran yang anda miliki dan terus asah kemahiran itu.