Saat anda sudah mula bekerja, anda tidak akan lari dengan meeting atau dalam Bahasa Melayunya perjumpaan. Bergantung kepada syarikat, ada syarikat yang setiap hari mereka ingin buat meeting bersama staf supaya dapat tahu perkembangan dan gerak kerja seseorang dalam tugas-tugas tertentu. Tapi, ada juga syarikat yang akan mengadakan meeting sewaktu ada projek sahaja. Walaubagaimanapun, perjumpaan dalam satu syarikat itu tetap perlu ada dan jalin semangat dalam bekerja antara satu dengan yang lain. Dalam meeting, ada pantang larang yang anda perlu elakkan. Apa pantang larang itu? Jom baca selanjutnya!

  1. Tak fokus dan bersembang dengan staf lain
Two Women Sitting on Couch

Dalam meeting, anda sepatutnya dengar apa yang orang lain sampaikan supaya anda faham apa yang akan dilakukan dan langkah seterusnya. Jika anda tidak faham, tanya terus kepada orang yang memberi penerangan dan jangan berborak dengan orang lain. Ini bukanlah sikap yang baik untuk dilakukan kerana menunjukkan anda seorang staf yang tidak peka, tidak fokus dan kurang adab. Asas yang paling mudah sepertimana kita telah diajar dari kecil lagi, apabila orang sedang bercakap, dengar dan jangan potong percakapan mereka. Tunggu mereka habis cakap dahulu dan jika ada soalan atau apa yang ingin dikongsikan barulah kita buka mulut. Belajar kuasai adab dalam berkomunikasi kerana ini sangatlah penting dan ramai orang mengabaikan perkara seperti ini.

2. Tidur

Woman Sitting on Chair While Leaning on Laptop

Walaupun tempoh meeting itu agak lama, mungkin makan masa sehingga 3-4 jam sekalipun cubalah tahan diri anda dari tidur semasa meeting berlangsung. Ya, faham penat. Semua orang pon penat tapi hargailah masa semua orang dan beri sepenuh perhatian sepanjang meeting. Tips untuk kurangkan rasa mengantuk itu anda boleh gerak-gerakkan sikit badan tapi jangan sampai menganggu orang lain dalam bilik meeting itu.

3. Tak ‘silent’ telefon

Black Iphone 7 on Brown Table

Jangan lupa untuk tukar mode phone kepada silent mode atau airplane mode semasa dalam bilik mesyuarat. Boleh menganggu orang lain apabila dengar bunyi notification berderum masuk atau ada panggilan telefon.

4. Makan

People Eating Pizza

Makan masa meeting? No! Jangan berani buat macam tu melainkan budaya syarikat itu masa meeting memang mereka benarkan untuk makan. Selalunya, minum boleh tapi makan adalah kurang beradab semasa meeting kerana ini akan membuatkan orang hilang fokus dengan bau semerbak makanan tersebut.

Nak tips kerjaya? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya