Tahukah anda bahawa organ terbesar manusia adalah kulit? Jadi, anda perlu meletakkan sepenuh kasih dan sayang terhadapnya agar tidak menyesal di kemudian hari. Kulit memberikan pelbagai fungsi kepada diri kita seperti melindungi and mengatur suhu dalam badan. Ramai yang mengambil mudah akan perkara ini kerana mereka
menganggap bahawa penjagaan kulit penting dan hanya suatu perkara yang sia-sia. Sampai bila nak biarkan kulit anda tanpa mendapat penjagaan yang rapi? Jom kita lihat bagaimana untuk menjaga kulit dengan baik.

1) Mencuci

Woman With White Facial Soap on Face

Mencuci merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti harian anda. Tidak kiralah sewaktu anda terjaga dari tidur atau saat anda hendak tidur, jangan abaikan cuci muka. Apa yang anda akan dapat apabila anda mencuci muka ialah kotoran, peluh, minyak dan kotoran-kotoran lain dapat disingkirkan sejurus
anda mencuci muka anda. Jangan pandang remeh berkenaan cuci muka, walaupun nampak mudah tetapi bukan semua orang ambil kesah tentangnya. Bagamainakah cara mencuci muka dengan betul? Mudah sahaja, cuci muka harus dilakukan setiap hari iaitu sebanyak dua kali sahaja, pada waktu pagi dan malam. Jangan mencuci muka secara
berlebihan dan jangan pula berkurangan. Biarlah berpada-pada. Sebelum memulakan proses penyucian, pastikan kedua-dua tangan anda dicuci terlebih dahulu supaya tiada kuman dan juga bakteria yang mampu membiak dan merebak di muka anda. Cuci muka dengan keadaan urutan membulat (circular motion) dan urutan keatas (upward motion) di bahagian pipi anda supaya kelihatan anjal dan berseri setelah dicuci. Pastikan anda mencuci muka dalam masa tidak melebihi 1 minit kerana mencuci muka terlalu lama atau terlalu singkat boleh memberikan kesan negatif kepada wajah anda.

2)Merata (tone)

Man in Blue Crew Neck Shirt Holding A Brown Bottle

Ada sebilangan orang berpendapat bahawa merata kulit ini tidaklah begitu penting, tetapi jika anda inginkan kulit yang lebih sihat dan berseri. Namun, merata kulit merupakan alternatif terbaik bagi mengurangkan pembesaran liang pori. Kaedah terbaik merata kulit adalah dengan menggunakan kapas dan diratakan ke seluruh muka dan juga leher.
Pastikan anda menggunakan bahan yang sesuai dengan jenis kulit anda.

3) Menggelupas (exfoliate)

Beauty Products in Salon

Kaedah menggelupas ini sangat ringkas dan hanya mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Dua cara yang anda boleh lakukan bagi menggelupas kulit anda adalah menggunakan skrub muka atau mask. Lakukan dua atau tiga kali seminggu sahaja bagi menyingkirkan sel kulit mati, merawat masalah jerawat dan juga kulit berminyak. Ini merupakan penjagaan secara mingguan, bukan harian. Apa akan terjadi pada kulit anda jika diskrub setiap hari? Semestinya kulit anda akan mengalami iritasi dan menjadi kering dan tiada siapa pun inginkan kulit seperti itu.

4) Melembap

Woman applying Facial Moisturizer on her Face

Pelembap muka harus dipakai dua kali sehari, sama seperti pencuci muka iaitu pada waktu siang dan juga malam. Dengan melembapkan muka, kulit anda akan sentiasa hidrasi dan kelihatan lembap. Hasilnya, kulit anda menjadi lebih licin, segar dan aman.

5) Melindungi

Person Pouring Plastic Tube Bottle

Kulit kita terdedah dengan sinaran UVA dan UVB yang dapat memberi kesan kepada kulit anda seperti kanser kulit. Tidak kiralah anda berada di kawasan tertutup (indoor) atau terbuka (outdoor), pelindung suria sangat penting dan perlu dipakai setiap hari pada waktu siang. Ramai yang mengabaikan pelindung suria kerana mereka beranggapan bahawa pelindung suria tidak begitu penting dan sangat melecehkan. Jika anda ingin mengabaikan pelindung suria tidak mengapa, tetapi anda tanggunglah kesan yang akan muncul di wajah anda seperti garis-garis halus dan kedutan.

Mudah kan nak jaga kulit? Pepatah mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Perhatikan cara penjagaan kulit anda dan perbetulkan jika silap. Anda masih belum terlambat lagi untuk membuat perubahan. Kulit sihat, anda juga gembira!

NAK TAHU TIPS KERJAYA?

JOM JOIN TELEGRAM BINA KERJAYA BERJAYA

https://t.me/binakerjayaberjaya


Jom buat persediaan Resume & Temuduga dari sekarang!

Semak resume: https://www.empirekerjaya.com/semak

Mock Interview: https://www.empirekerjaya.com/mockinterview