Invest dalam diri ini perlu ke? Penting ke invest dalam diri ini? Ya, ia penting untuk kita terus grow menjadi lebih bermotivasi dan bersemangat dalam membuat sesuatu perkara. Dalam hidup kita, perlu sentiasa ada improvement dan terus maju ke hadapan. Pasti anda juga pernah dengar, untuk berjaya, anda mestilah jadi LUAR BIASA dan buat sesuatu yang LUAR BIASA! Orang hebat akan terus cari jalan untuk memperbaiki diri mereka setiap hari.

  1. Makan makanan yang berkhasiat

Nampak macam mudah saja, makan makanan sihat tetapi seramai manakah yang mampu untuk menahan nafsu makan mereka untuk hanya makan makanan yang berkhasiat ini. Penting untuk anda jaga pengambilan makanan anda setiap hari supaya tidak memudaratkan kesihatan anda. Sayangilah badan dan diri anda. Sekali-sekala nak makan tiada masalah, tapi jangan jadikan itu sebagai rutin harian anda.

2. Belajar memasak

Belajar memasak juga perlu? Ya, tidak kiralah anda lelaki ataupun perempuan, belajarlah memasak kerana ini juga dapat menambahkan kemahiran anda dari tidak membuat apa-apa di rumah. Stigma masyarakat selalu beranggapan bahawa perempuan sahaja perlu memasak dan ini tidak betul. Tahukah anda Chef atau Tukang Masak lebih ramai lelaki daripada perempuan? Tak percaya? Tengok di Tukang Masak Terkenal di Malaysia, Dato’ Chef Wan. Hebat kan? Maksudnya disini bukan kaitan dengan jantina tetapi keinginan dan kesungguhan dalam diri itu sendiri.

3. Jangan bimbang dengan pendapat orang

Tak perlu bimbang dengan pendapat orang lain! Sesiapa sahaja berhak memberi pandangan tetapi anda tidak perlu begitu terkesan dengan pendapat yang mereka berikan itu. Kadang-kadang, pendapat yang mereka berikan itu sebagai untuk membantu kita menjadi yang lebih baik dan terus perbaiki diri. Mungkin ada sesetengah pendapat yang anda terima itu bukanlah sedap untuk didengar dan boleh membuatkan anda jatuh semangat. Walaubagaimanapun, Terima dengan hati terbuka dan ambil yang baik sahaja supaya anda dapat terus sukses dan maju dalam hidup anda.

4. Tidur awal dan bangun awal

Ada ke pembaca di sini yang burung hantu? Suka berjaga malam atau tidak tidur langsung sepanjang malam itu? Jangan amalkan tabiat seperti ini. Mungkin anda merasakan perkara ini biasa sahaja tapi ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri anda sendiri. Apa kesannya itu? Anda akan selalu rasa letih, lesu dan tidak bermaya. Apabila anda menjadi lesu, sudah pastinya hari anda akan menjadi tidak produktif kerana anda hilang fokus untuk membuat kerja anda.

5. Berhenti melengahkan masa

Ini salah satu sikap yang perlu dibuang segera! Dapat suatu tugasan itu teruskan buat dan jangan lengahkan lagi, jika anda lengahkan, ini yang akan melambatkan lagi kerja anda.

6. Uruskan masa dengan baik

Pastikan anda ada pengurusan masa yang baik. Semua orang mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam. Tiada pun yang mempunyai 50 jam atau kurang dari itu. Semua sama sahaja. Jadi, anda perlu bijak menguruskan masa yang anda ada itu supaya sempat untuk melakukan tugasan anda itu. Buat jadual harian untuk lebih sistematik dalam merancang harian anda.

7. Banyakkan melancong dan teroka dunia

Bila anda anda meluangkan masa melancong, anda akan lebih terbuka dengan gaya hidup suatu kaum itu dan dapat belajar sesuatu daripadanya. Sekarang ini PKP anda tidak boleh melancong dan wabak COVID-19 pon makin mengganas. Banyakkan membaca dan ambil tahu gaya hidup kaum atau masyarakat lain supaya anda lebih bersikap terbuka dalam sesuatu perkara.

8. Ada rutin harian yang baik

Anda pernah dengar ungkapan ini, “How you do anything is how you do everything”. Maksudnya, dalam rutin seharian anda, jika anda mampu untuk merancang dan buat yang sehabis baik, pasti akan menjadi satu habit yang berguna dan bermanfaat. Pastikan anda buat perkara yang boleh tambahkan ilmu dan juga kemahiran anda.

9. Invest dalam duit dan simpanan anda

Semakin anda meningkat usia, anda sepatutnya sudah ada perancangan kewangan yang stabil untuk perkembangan anda juga.

10. Cabar diri anda setiap hari

Setiap hari, cabar diri anda untuk buat sesuatu yang memperbaiki diri anda contoh seperti bangun pagi lebih awal dari hari yang semalam.

11. ‘Belanja’ diri dengan pengalaman

Banyakkan pengalaman, tambah pengalaman sebanyak yang mungkin supaya anda lebih matang dan rasional dan membuat suatu keputusan.

12. Visualkan kejayaan anda

Rancang masa depan anda. Tuliskan apa yang anda ingin capai dan visualkan perjalanan anda itu. Tak mengapa, simpan pada diri anda sahaja dan yakin dengan proses itu.

13. Maafkan semua orang

Berdamailah dan jangan sesekali simpan dendam kepada sesiapapun kerana ini akan memakan diri anda. Maafkan semua orang. Ingat kebaikan orang kepada kita, lupa kesalahan orang kepada kita. InyaAllah pasti akan lebih tenang.

Nak tips lanjut?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya https://t.me/binakerjayaberjaya