Mesti ramai orang ingat yang tak banyak benda pon fresh grad boleh tulis dalam resume, terutama sekali fresh grad lah sebab baru habis study kan. Yelah, baru je lepas habis study kan..apa je yang boleh tulis dalam resume tu? Kalau korang nak tahu sebenarnya normal lah untuk fresh grad kalau rasa ‘tepu’ nak tulis apa eh dekat dalam resume ni, dahlah ramai pulak lepasan graduan dekat luar sana. Macam mana nak compete dengan fresh grad yang lain ni?
- Maklumat diri
Ini memang benda yang paling penting sekali sebab takkan kita tak nak bagi majikan tahu siapa nama kita. Tapi, dalam maklumat diri korang kena letak yang penting je contoh nama penuh, nombor telefon, alamat rumah dan juga alamat e-mel. Tak perlu la korang letak makanan kegemaran korang, warna kegemaran ke sebab majikan tak perlu tahu pon benda-benda macam tu semua.
2. Pendidikan
Ceritakan latarbelakang pendidikan korang. Kronologi pendidikan korang tu, contoh mula belajar di Universiti pada tahun 2007 dan tamat pengajian pada tahun 2010. Ini penting supaya majikan dapat tahu korang ni dari mana, study apa, dekat Uni mana untuk kenal korang dengan lebih rapat lagi.
>>JOM SEMAK RESUME https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/semakresume
3. Pengalaman di Universiti
Ni lah pentingnya korang kena aktif masa kat Universiti. Cari circle yang boleh guide korang dan positif, bukan yang tahu nak enjoy je, melepak sana-sini tanpa ada tujuan dan matlamat dalam hidup. Aktif dekat sini maksudnya korang rajin-rajinkanlah join kelab yang boleh membawa kepada pembangunan diri korang tu. Contoh, join kelab keusahawanan, kelab kepimpinan, atau kelab pengucapan awam. Percaya atau tak, ni yang nampakkan resume korang lebih menarik di mata majikan. Majikan suka orang yang aktif seperti ini. Tu kalau yang aktif di Universiti, tapi kalau tak aktif pula macam mana?
Tak aktif kat Uni, korang boleh juga tulis pengalaman korang dalam buat satu tugasan tu. Contoh, event yang korang buat masa FYP (Final Year Project) ke atau apa-apa projek besar kat Uni tu.
>>JOM SEMAK RESUME https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/semakresume
4. Kemahiran
Semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Fokus kepada kemahiran dan bakat yang korang ada. Tak semua orang ada kemahiran yang sama macam yang korang ada tu. Bangga dengan diri korang sendiri dan tuliskan skill yang korang ada tu.
5. Pencapaian
Kalau pernah dapat apa-apa award, jangan lupa untuk tulis sekali dalam resume. Be proud of yourself! Bukan semua orang pernah dapat award macam tu. Pernah dapat dekan? Ya, tuliskan juga dalam resume korang tu. Dapat pointer yang tinggi ni pon impian semua pelajar tapi bukan semua mampu dapat. Itu satu pencapaian yang membanggakan!
>>JOM SEMAK RESUME https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/semakresume