Tahukah anda sebenarnya banyak kerja yang in demand tetapi anda perlu buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan kerja seperti ini supaya anda lebih bersedia dalam merancang kerjaya anda demi masa depan anda. Apakah diantara kerja yang hot tu? Jom baca selanjutnya!

  1. Data and Business Analyst

Jika kita melihat kepada trend dalam industri kini, persaingan itu sangatlah sengit dan penting untuk kita tahu demi mendatangkan kebaikan kepada kita. Seorang Data Analyst perlu ada kemahiran dalam mengumpul dan interpresi data dalam menyelesaikan masalah dan juga menjawab soalan. Dalam apa jua industri, Data Analyst sangat diperlukan termasuklah bisnes, kewangan, bahagian keadilan jenayah, sains dan perubatan. Jika anda mempunyai kemahiran kritikal (critical thinking) dan suka bermain dengan nombor dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, Data Analyst ni sesuai untuk anda! Mulakan kemahiran dalam kerjaya anda dengan menggunakan Google Data Analytics dan IBM Data Analyst Professional Certificates di Coursera.

Antara software yang digunakan sebagai Data Analyst adalah:

-Microsoft Excel

-Google Sheets

-SQL

-Tableau

-R atau Python

-SAS

-Microsoft Power BI

-Jupyter Notebooks

Data Analyst adalah high demad dimana World Economic Forum telah menyenaraikannya sebagai nombor 2 pekerjaan yang berkembang di Amerika Syarikat.

2.Pakar Artificial Intelligence (AI)

Robotik ini merupakan teknologi yang akan memberikan perubahan kepada industri. Kerja-kerja manual dan berbahaya akan diambil alih oleh robot dan Ai akan mengurangkan keperluan alat dari sebelum. Kebiasaannya, pekerjaan yang melibatkan Ai ini termasuklah seperti Analyst dan juga Developers.

3.Pakar Kajian Data

Pakar Kajian Data atau Data Specialist mestilah ada keupayaan dalam kajian sumber data untuk mengesahkan kesahihan sesuatu informasi itu. Data Specialist juga bertanggungjawab dalam mereka database bagi kegunaan spesifik klien dan juga klien pelatih dalam menggunakan pengumpulan data dan juga software.

4. Digital Marketing (Pemasaran Digital)

Seorang Digital Marketer mestilah mempunyai kebolehan dalam membuat marketing di Media Sosial, Inbound Marketing, Email Marketing, public relations dan juga analitik. Oleh itu, Digital Marketer bergantung sepenuhnya dalam kemahiran dan penggunaan tool yang sesuai. Contoh seperti, Google Analytics, Ahrefs, Facebook Ads Manager, Zapier, Mailchimp dan Salesforce dalam bekerja yang lebih efisyen.

5. Information Security

Kerjaya masa akan datang lebih banyak data dan cara mengekspoitnya. Dalam bisnes, pekerja perlu ada perlindungan yang betul dan mereka yang bekerja di bahagian IT keselamatan akan menunjukkan demand yang tinggi dalam perlindungan ini.

6. Software and Application Developer

Developer bertanggungjawab dalam mereka komputer dan juga aplikasi mobil yang melibatkan kerja tertumpu kepada apa yang pengguna inginkan dan juga memodifikasi program mengikut keperluan.

7.Internet Specialist

Untuk bekerja sebagai Internet Specialist, anda perlu ada Ijazah dalam bidang seperti Komputer Sains, Sains Information atau Graphic Design. Kemahiran yang diperlukan merangkumi daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi, pengetahuan skrip wesite seperti HTML, JavaScript, CSS, problem-solving skills dan banyak lagi.

8. Jurutera Robotik

Seseorang perlu ada pengetahuan dalam bidang seperti:

-Automation

-CAD atau CAM

-Hidraulik atau pneumatik

-Robotik Middleware seperti Robot Operating System (ROS)

-2D dan juga 3D sistem

  • Pengetahuan Ai
  • Internet of Things (IoT)

9. Risk Management Specialists

Risk Management Specialist bertanggungjawab dalam mengambilkira risiko kewangan yang boleh memberi impak kepada sesebuah syarikat itu. Sektor seperti bank, syarikat pelaburan dan juga syarikat privasi selalunya ada jawatan seperti ini. Kemahiran dan juga kelayakan untuk bekerja sebagai Risk Management Specialist mestilah sekurang-kurangnya ada Ijazah dalam bidang Kewangan, Perakaunan dan juga bidang yang berkaitan.

Nak tahu tips kerjaya selanjutnya? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya https://t.me/binakerjayaberjaya