Di usia 20-an ini, memang tidak dinafikan terlalu banyak perkara yang kita ingin lakukan kerana pada waktu ini perasaan anda untuk mencuba sesuatu yang baru itu membuak-buak. Perkara ini sememangnya normal dan terjadi kepada semua orang. Di waktu ini, anda sangat muda dan mempunyai banyak tenaga dalam dalam melakukan apa jua perkara sekalipun. Jangan bazirkan masa yang ada dengan membuat perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah kerana itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan sekalipun. Ramai dikalangan dewasa yang berusia lingkungan 20-an terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidup ini. Mereka hanya beranggapan bahawa kehidupan ini hanyalah sementara dan apa yang mereka harus lakukan ialah enjoy sahaja.

Ya, memang betul ada kalanya kita perlu berehat sebentar dari kerja yang dilakukan tetapi itu tidak bermaksud kita perlu enjoy dan berhibur sahaja sepanjang masa. Kalau begitu apa yang kita dapat adalah suka-ria sahaja, tiada pengisian yang bermanfaat langsung. Di usia 20-an inilah fasa dimana kita akan diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran. Namun, itu baru permulaan dalam perjalanan hidup anda kerana banyak lagi yang akan anda tempuhi kelak. Ujian dan cabaran itu memang tidak dapat elak, namun kita sendiri yang perlu mengubah cara pemikiran supaya lebih terbuka berbanding sebelum ini yang hanya tahu untuk bersuka-ria sahaja, tiada masa yang serius langsung. Jika anda berusia lingkungan 20-an dan tidak mahu menyesal jika anda tidak melakukan apa yang sepatutnya anda lakukan pada usia yang muda ini, mari lihat apa diantara 10 perkara yang boleh dilakukan supaya lebih produktif dan bersemangat.

1) Mula menyimpan dan melabur duit

Ungkapan ‘money can’t buy happiness’ agak tidak relevan kerana pada zaman sekarang ini, anda perlukan duit walau untuk sekecil-kecil perkara sekalipun. Ada yang berpendapat bahawa duit tidak memberikan apa-apa kebahagiaan tetapi cuba anda fikirkan sejenak, anda ingin makan perlukan duit untuk membeli makanan, pakaian- anda perlukan duit untuk membeli baju dan juga keperluan asas yang lain. Belum sentuh berkenaan aset seperti kereta, rumah dan tanah dimana semua ini memerlukan kewangan yang kukuh terutama sekali bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk membeli harta sendiri bagi kegunaan masa hadapan. Sekurang-kurangnya anda mempunyai akaun simpanan wang yang mencukupi bagi menjamin diri jika berlaku kecemasan atau sebagainya. Simpan biar sikit-sikit dahulu, lama-kelamaan akan bertambah banyak jika anda tidak boros dan tahu keperluan anda.

2) Bersenam secara berkala

Woman With White Sunvisor Running

Ubah mindset anda jika anda fikir di usia ini mustahil untuk mendapat apa-apa penyakit kerana masih muda dan penyakit hanya akan menyerang mereka yang sudah berumur sahaja. Tidak sama sekali! Penyakit tidak mengenal usia sama ada anda muda atau sudah berusia. Semuanya bergantung kepada diri anda, gaya hidup anda dan itu tidak ada hubung kait dengan usia anda. Jika dilihat, sekarang ini, kanak-kanak seawal usia 3 tahun juga ada penyakit kronik seperti Kencing Manis dan sebagainya. Ada diantara penyakit yang dikatakan sebagai penyakit genetik (jika ada ahli keluarga anda yang mengidap penyakit genetik seperti kanser, kencing manis dan lain-lain, kemungkinan untuk anda mengidap penyakit tersebut ada dan risiko tinggi, ini memang anda perlu awasi dan lebih berhati-hati dengan gaya hidup anda). Lakukan senaman mudah seperti senamrobik, jogging dan juga kayuh basikal sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya badan anda lebih sihat dan mencerdaskan otal anda. Selain itu, makan makanan yang seimbang juga penting untuk memastikan badan sihat dan kuat.

3) Cari mentor

Cari dan berkawanlah dengan orang yang lebih berpengalaman dan berjaya supaya anda juga akan terinspirasi dengan mereka. Tanya kepada mereka bagaimana untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan dan apa yang patut anda lakukan. Mentor yang baik akan menggalakkan anda keluar dari ‘zon selesa’ anda dan menggalakkan anda lebih terbuka dengan sesuatu yang baru dan mencabar.

4)Cari circle kawan yang positif

Sekarang ini terlalu banyak isu rakan toksik diperkatakan, kawan makan kawan dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat bahawa siapa yang kita berkawan adalah cerminan diri kita. Tidak salah untuk kita berkawan dengan ramai orang, malah itu lebih bagus dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Namun, sentiasa ingat, dalam berkawan juga ada batasannya. Jika anda merasakan berkawan dengan seseorang itu membuatkan anda menjadi toksik, suka membuang masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah, maka itu merupakan petunjuk
bahawa anda perlu melarikan diri dari mereka. Sebaliknya, jika rakan anda seorang yang positif dan suka memberi nasihat, dekati mereka dan belajar dari mereka.

5) Bersikap matang dalam perhubungan

Ya, sewaktu usia inilah anda rasakan indah seperti di kayangan apabila bercinta dengan orang yang menyukai anda. Tetapi adakah mereka mencintai anda disebabkan nafsu atau memang mereka mempunyai niat untuk menghalalkan dirimu? Janganlah terlalu terpedaya dengan janji-janji manis seseorang itu kerana ada juga yang suka disebabkan rupa dan harta semata-mata. Ini yang banyak kes berkenaan bercinta berbelas tahun dengan orang lain, tetapi akhir sekali kahwin dengan orang lain. Sebab itulah dalam Islam haram bercinta sebelum nikah tetapi apa yang sedihnya sekarang ini bercinta sebelum nikah itu menjadi satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua orang sedangkan banyak lagi tuntutan Islam yang wajib dilakukan tetapi kita terlalu leka dan alpa dengan godaan syaitan yang menggalakkan kita lakukan maksiat. Ini hanyalah suatu perkara yang sia-sia dengan benda yang tidak pasti, Oleh itu, janganlah bazirkan masa muda anda dengan mengejar cinta manusia yang tidak pasti itu. Jika sudah tersurat dengan seseorang itu, pasti akan bertemu jua suatu hari nanti.

6) Ambil risiko

Jangan takut untuk mengambil risiko! Percayalah mungkin pada mulanya anda merasa takut untuk mengambil risiko terutama sekali dalam melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidup anda seperti membuat bisnes sendiri, tetapi apabila anda telah mencubanya ia akan bertukar menjadi semngat yang kian membara dalam diri anda. Risiko itulah yang akan membuatkan anda lebih kuat dan berani berbanding sebelum ini.

7) Membaca sebanyak yang mungkin

Book

Apabila kita lebih banyak membaca, secara tidak langsung kita akan mula menyedari bahawa terlalu banyak perkara yang kita tidak tahu. Biarlah kita membaca sebanyak bahan sekalipun yang penting jangan jadi diri anda sebagai pembaca yang pasif. Maksudnya, anda suka membaca buku-buku motivasi bagi membakar semangat anda, tetapi anda sendiri tidak mempratikkan apa yang disarankan dalam buku motivasi tersebut. Membaca juga menambah ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara dengan mengikuti perkembangan semasa, isu di luar negara, isu dalam negara dan sebagainya.

8) Belajar sesuatu yang baru

Tidak rugi pon jika anda mula belajar sesuatu yang anda tidak pernah pelajari sebelum ini. Sebagai contoh, anda tiada ilmu pertukangan dan tidak pernah melakukan pertukangan langsung seumur hidup anda tetapi adakah itu bermaksud bahawa anda tidak boleh melakukannya? Sebab itulah pentingnya belajar, kalau tidak belajar mustahil untuk kita dapat melakukannya. Belajar ini memang tidak pernah habis kerana hidup kita ini juga merupakan satu proses pembelajaran. Hal ini lebih membuatkan kita bersikap rasional dan optimistik.

9) Ajar diri untuk berdisiplin

Tips paling mudah untuk jadi orang berdisiplin adalah tidur awal (tidur yang mencukupi 4-5 jam bagi orang dewasa) dan bangun di awal pagi. Percaya atau tidak apabila anda bangun awal pagi terlalu banyak masa yang anda boleh lakukan. Ingat, masa berjalan dengan pantas sebab itu ada pepatah mengatakan ‘masa itu emas’. Masa tidak akan menunggu anda. 24jam dalam satu hari itu adalah masa yang sama juga diberikan kepada sesiapapun di dunia ini.

10) Tegas dengan pendirian anda

Ada sesetengah orang terlau lembut sampaikan apabila orang lain memberikan pendapat kepada mereka, itu sudah menjejaskan keputusan mereka. Lakukanlah apa sahaja yang anda rasakan yang terbaik untuk anda. Anda boleh mendengar pendapat orang lain tetapi jika anda betul-betul inginkan sesuatu anda perlu tegas dengan prinsip anda itu. Sentiasa ingat untuk menjadi versi diri anda yang lebih baik dari sebelum ini tanpa menghiraukan kata-kata negatif orang lain. Segala kata negatif itu perlu dibuang dan yang positif itu diambil sebagai teladan.

Oh kalau dah buat resume tapi tak tahu betul ke tak, boleh semak bersama Perunding Kerjaya Empire Kerjaya

https://www.empirekerjaya.com/semak

Jom practice interview dengan Team Empire Kerjaya

https://www.empirekerjaya.com/mockinterview