Selalu temuduga sorang-sorang sahaja, tiba-tiba kali ini lain dari yang biasa. Mesti akan rasa ‘nervous’ yang melampau kan? Janganlah nervous sangat! Calon yang lain pun belum tentu dapat tawaran kerja pun. Jadi..apa yang patut korang lakukan semasa temuduga secara berkumpulan ini? Nak tahu lagi jom baca selanjutnya!

  1. Tonjolkan diri semasa tell me about yourself”

Kalau temuduga secara seorang diri, tiadalah rasa lain sangat apabila perlu perkenalkan diri. Tapi, untuk temuduga secara berkumpulan korang kena nampak lebih menonjol berbanding calon yang lain. Macam mana caranya? Yakin sahaja dengan diri sendiri. Bertenang dan ceritakan apa yang menariknya tentang diri korang tu mesti majikan menyesal kalau tak ambil bekerja. Cerita tak perlu panjang tapi maklumat jelas dan mudah difahami.

2. Bersedia dengan topik perbincangan yang akan diberikan

Panel akan bagi tugasan untuk lihat bagaimana anda menguruskan sesuatu perkara itu. Apabila mereka beri satu situasi atau isu untuk diselesaikan, masa nilah korang ambil kesempatan untuk jadi volunteer untuk nak jawab soalan itu atau menjadi leader (jika tugasan itu adalah tugasan secara berkumpulan).

3. Jangan terlalu merendah diri

Bila dengar jawapan dari calon lain macam ‘gempak’ je dan panel banyak puji janganlah pula korang rasa dah tiada harapan untuk sambung sesi. Peluang masih ada. Teruskan rebut peluang yang ada dan jangan cepat mengalah. Mungkin pada pandangan korang calon tu buat yang terbaik tapi tak semestinya betul di pandangan panel kerana yang membuat penialaian calon tersebut adalah panel penemuduga, bukannya korang. Jadi, korang tak perlulah risau sangat kalau tengok calon lain jawab ‘smooth’ je. Fokus untuk giliran korang dan buat yang sehabis baik je okay?

Semoga berjaya!

Nak tips kerja lagi ke?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya