Bagi sesetengah orang, bidang keusahawanan ini sangat penting atas beberapa sebab. Para usahawan yang lahir dari pelbagai industri ataupun bidang pastinya mula dikenali hanya dengan mempromosikan produk atau servis mereka sahaja. Lama-kelamaan promosi yang kerap dilakukan itulah mampu meningkatkan lagi perubahan
sosial ke arah inovasi. Bukan mudah untuk bergelar usahawan ini, terlalu banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui.

Soal risiko yang bakal dipikul itu lagilah banyak namun itulah asam garam dalam menjadi seorang usahawan berjaya tidak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun. Sifat yang sangat sinonim dengan seorang usahawan ini
pastinya seorang yang berdisiplin, bermotivasi, optimistik dan penyabar. Untuk mendapat gelaran usahawan ini memakan masa yang sangat lama, melainkan anda memang sudah mahir dalam bidang keusahawanan sejak di bangku sekolah lagi. Di negara seperti Amerika Syarikat, mereka telah dikenali sebagai negara ‘pemimpin dunia’ disebabkan oleh cara pemikiran mereka yang sentiasa maju ke hadapan, inovasi yang mereka lakukan sejurus segala kajian mereka.

1. Meningkatkan kemajuan ekonomi

Coins on Brown Wood

Segala produk mahupun servis yang baru diciptakan oleh para usahawan dapat memberikan ‘cascading effect’ dimana perkembangan terhadap suatu perniagaan atau sektor yang sangat diperlukan demi menyokong dan memajukan perkembangan ekonomi negara. Misalnya di India pada tahun 1990, beberapa informasi yang diterima berkenaan IT diterima. Namun, apa yang industri tersebut lakukan adalah mengembangkan dan memperbanyakkan sektor yang boleh mendapat manfaat daripadanya. Bisnes yang terlibat termasuklah operasi telekomunikasi (call center operations), kerja penyelenggaraan (network maintenance), dan juga hardware.

2. Menambahkan pendapatan negara

Perniagaan yang sedia ada juga memberikan kesan dan menghadkan pendapatan. Namun begitu, dengan adanya produk atau servis baru yang telahpun dibaikpulih secara tidak langsung mampu membuka pasaran baru sejurus akan tercipta. Tambahan pula, pekerjaan yang semakin meningkat dan pendapat yang tinggi mampu memberikan pendapatan negara yang lebih baik dalam konteks cukai revenue yang tinggi dan tinggi perbelanjaan kerajaan. Revenue ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk melabur kepada sektor-sektor lain yang sedang dalam proses membangun.

3. Meningkatkan perkembangan komuniti

Selective Focus Photography Cement

Usahawan selalunya dipandanng tinggi oleh semua orang atas kejayaan dan sukses yang mereka telah kecapi. Sukses pasti tidak datang tanpa semangat yang tinggi dan membuak-
buak dalam diri para usahawan. Mereka ini banyak melabur dalam projek komuniti dan menyediakan sokongan kewangan terutama kepada kebajikan tempatan. Ini yang menyebabkan
makin berkembangnya legasi bisnes mereka itu.

Usahawan terkenal seperti Bill Gates, menggunakan duitnya untuk membelanjakan bagi perkara-perkara kebajikan seperti menyediakan pendidikan dan juga kesihatan. Mungkin kita dapat lihat ramai usahawan di luar sana, namun kualiti yang diperoleh oleh setiap usahawan itu yang membezakan antara satu usahawan dengan usahawan yang lain. Motif yang mereka ada itu mungkin sama itu memberikan semangat dan motivasi bagi membantu usahawan lain dalam meneruskan kehidupan mereka seterusnya sebagai usahawan berjaya.

 

JOM DAFTAR BOOTCAMP PERCUMA SAYA NAK KERJA

18 DISEMBER INI

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk