Pernahkah anda terfikir untuk menjalankan perniagaan tetapi tidak mahu terikat dengan waktu pejabat dan menghadap trafik yang sangat sesak setiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja? Jangan risau, sekarang ini anda bukan
sahaja boleh menjalankan perniagaan di pejabat tetapi anda juga boleh melakukannya di rumah anda. Menarik, kan? Ya, dengan menjalankan bisnes di rumah anda lebih cendurung untuk kurang mendapat tekanan ataupun depresi
jika dibandingkan dengan kerja di pejabat kerana anda mempunyai masa yang sangat fleksibel. Bermaksud, anda tidak tertumpu dengan waktu biasa bekerja di pejabat iaitu jam 8 hingga 6 petang. Anda boleh pilih waktu bila yang
anda mempunyai kelapangan masa untuk mula menawarkan servis dan perkhidmatan anda itu.
- Tukang jahit
Ada sesetengah orang suka membeli pakaian yang sudah siap di kedai dan ada juga yang memilih untuk menempah baju dari orang lain. Jika anda mahir dalam menjahit dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam jahitan, anda juga
boleh mencuba untuk menjadi tukang jahit. Ini merupakan salah satu perniagaan yang sangat menguntungkan terutama sekali jika anda mempunyai alat kelengkapan jahitan yang sempurna seperti mesin jahit, alat pengukur dan sebagainya.
Anda tidak perlu risau apabila sudah cukup kelengkapan alat menjahit, sudah semestinya apa yang anda perlu lakukan adalah mencari pelanggan. Kembangkan bakat dan kemahiran anda dalam menjahit yang bukan sahaja tertumpu kepada
pakaian sahaja malah langsir, cadar, dan juga alas meja juga boleh memberikan keuntungan lebih lumayan.
- Membuat katering
Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, majlis perkahwinan yang dilakukan adalah besederhana dan tidak memerlukan bajet setinggi sewaktu majlis perkahwinan sebelum PKP dilaksanakan di seluruh negeri. Masa inilah orang ingin
menggunakan perkhidmatan mereka yang membuat tempahan makanan dalam kadar yang tidak begitu banyak dan tidak juga terlalu sedikit. Katering makanan bukan sahaja laku sewaktu majlis perkahwinan tetapi juga dalam apa jua majlis
sama secara besar-besaran mahupun secara kecil-kecilan.
- Perniagaan online
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, ramai orang di luar sana sudah mengambil pendekatan untuk mula membuat perniagaan secara atas talian (online) disebabkan oleh caranya yang mudah dan juga fleksibel. Jika dilihat, peniaga
online di Malaysia semakin meningkat dengan wujudnya aplikasi pembelian atas talian seperti Shoppee dan juga Lazada membuatkan lebih ramai orang mula meniaga menerusi aplikasi tersebut ataupun hanya mengiklankan perniagaan mereka
di dalam akaun media sosial mereka seperti Facebook dan juga Instagram. Pendekatan terbaru digital marketing (pemasaran digital) boleh dilakukan menerusi aplikasi TikTok yang menjadi semakin hangat dibual orang sejak PKP bulan Mac
tahun lalu. Dalam meniaga atas talian, tiada spesifik perniagaan yang boleh dijalankan diatas talian tetapi anda juga boleh mencuba menjual pakaian, makanan, produk kosmetik dan kecantikan serta banyak lagi.
- Penulis artikel/blog
Adakah anda seorang yang gemar menulis? Jika ya, anda boleh cuba menulis artikel di mana-mana portal atau blog. Cari portal penulisan yang sesuai dengan minat anda atau jika anda seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru, tidak menjadi masalah jika anda ingin menulis artikel di luar bidang anda. Ini kerana, lebih banyak anda menulis tentang sesuatu topik itu, lebih banyak yang anda akan pelajari dari topik tersebut. Secara tidak langsung, pengetahuan anda terhadap perkara itu
akan bertambah.
- Home tutor
Perkhidmatan home tutor ini sangat disyorkan bagi mereka yang belajar di rumah atau istilah dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai ‘Home-school’. Bagi mereka yang belajar di rumah, sudah semestinya guru tersebut akan datang di rumah pelajar dan mengajar secara bersemuka dengan mereka. Kadar yang dicas adakah mengikut berapa jam sesi pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh, ada yang mengambil upah bayaran sejam sebanyak RM100.00, namun cas yang dikenakan mungkin berbeza mengikut subjek dan juga masa yang diberikan. Jika anda mahir dalam mana-mana subjek, mungkin anda juga boleh mencuba untuk menjadi home tutor tidak kiralah peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun peringkat kolej sekalipun.
- Pengasuh
Menjadi pengasuh bukanlah suatu pekerjaan yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Ini penting jika anda perlu mengasuh anak-anak majikan anda dengan pelbagai karenah dan ragam itu. Bukan mudah menjaga anak orang ini, namun
itulah cabaran yang perlu dihadap sebagai seorang pengasuh. Ada juga pengasuh yang duduk menetap bersama majikan, dan ada juga pengasuh yang hanya datang ke rumah majikan pada waktu bekerja sahaja.
- Tukang kebun
Kadang-kadang halaman rumah kita tidak terjaga disebabkan oleh kesibukkan bekerja tanpa mempunyai masa untuk mencantikkan sejurus membersihkan halaman rumah. Jika tidak terjaga kebersihan halaman rumah anda, pasti akan mengundang penyakit terutama sekali yang dibawa oleh nyamuk. Air yang bertakung dimana-mana kawasan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Tukang kebunlah yang dapat membantu mencantikkan halaman rumah anda dengan memesin rumput dan membersihkan segala apa yang patut dibersihkan.
- Penterjemah
Jika anda mahir dalam bahasa kedua dan ketiga, anda boleh juga mencuba untuk bekerja sebagai penterjemah di mana-mana website. Menjadi penterjemah artikel atau penterjemah video bahasa asing juga dapat memberikan keuntungan kepada anda. Tambahan pula, menambah kemahiran anda dalam sesuatu bahasa. Jika anda seorang yang minat bahasa dan sastera, jangan lepaskan peluang ini.
- Tukang solek peribadi
Tukang solek atau juga dikenali sebagai Makeup Artist ini juga merupakan satu pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi sekarang ini. Bukan semua orang mempunyai kemahiran dalam bersolek dan pastinya anda memerlukan seseorang yang sudah profesional dalam bidang ini kerana ia dapat membantu mengurangkan tenaga dan masa jika anda ingin menghadiri sesuatu majlis. Hubungi sahaja tukang solek profesional dan mereka akan datang menawarkan servis solekan di rumah anda atau dimana jua yang akan inginkan.
- Personal trainer/coach
Mungkin ramai tidak tahu akan personal trainer ini dan hanya menganggap personal trainer di gim sahaja. Tidak, anda juga boleh menawarkan servis pelatih di rumah sahaja mengikut keperluan pelanggan anda. Jika anda minat dalam fitness dan kesihatan, menjadi pelatih peribadi boleh membantu mengubah hidup anda.
Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?
Jom join Telegram Channel kami: