Sekarang ni semuanya hanyalah di hujung jari sahaja. Jadi, anda tak perlu datang walk-in ke syarikat yang anda ingin bekerja itu. Anda boleh membuat permohonan secara online sahaja. Anda tidak perlu membuang tenaga dan masa dalam membuat permohonan kerja. Bukankah ada cara yang lebih senang sekarang ni? Sedar atau tidak, banyak kos yang anda boleh kurangkan. Nak tahu apa diantara website yang job seekers perlu daftar dan serlahkan diri anda supaya bakal majikan nampak kebolehan dan kelebihan anda? Jom baca artikel ini selanjutnya!
- Jobstreet
Pasti semua orang pernah dengar dengan website ini, betul? Berdasarkan kajian dari Forbes, Jobstreet merupakan sebahagian dari SEEK Group dan Asia Tenggara yang terbesar and telah menawarkan 80,000 pelanggan korporat dan lebih 11 juta pencari kerja. Di Malaysia, Jobstreet merupakan nombor satu dalam mencari bakat dan kekosongan dalam profession. Majikan juga boleh menghebohkan yang mereka sedang aktif merekruit dan membuat pemilihan calon dengan sistem yang adil.
2. Linkedin
Linkedin merupakan network professional dunia yang menghubungkan lebih 772 juta pengguna di 200 buah negara di seluruh dunia dan merupakan platform yang terkenal untuk menghubungkan majikan dan juga pekerja dengan lebih rapat. Majikan akan pos kelayakan yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan dan selari dengan spesifik kelayakan calon berdasarkan profil mereka.
3. Mystarjobs
Mystarjobs ini adalah portal di bawah syarikat media The Star Media Group dan merupakan salah satu laman yang berkembang pesat mencari pekerja di Malaysia.
4. Monster
Dengan menyenaraikan senarai pekerjaan bagi pekerja di luar sana yang sedang aktif mencari pekerjaan dalam industri yang diminati, laman Monster juga tidak ketinggalan gahnya dengan laman cari kerja yang lain.
5. Indeed
Selain senarai jawatan kosong yang hanyalah percuma, Indeed juga ada senarai kerja (yang berbayar) dalam akaun tersebut. Mengikut Indeed, platform ini telah menerima 250 juta pelawat yang unik setiap bulan dan terus membantu job seekers dalam pencarian kerja, resume dan juga kajian berkenaan dengan syarikat.
6. WOBB
Mula diperkenalkan sejak 2014, WOBB membantu khususnya Generasi Y dan Generasi Z dalam mendapatkan kerja impian mereka. Target mereka adalah untuk menarik minat golong muda yang handal dengan teknologi dimana 86% daripada pengguna akaun WOBB adalah Generasi Y!
7. Maukerja
Platform ini juga memberikan banyak manfaat kepada majikan dan juga pencari kerja. Menariknya, lama Maukerja juga terdapat satu bahagian ‘Mauluah’ dimana segmen luah oleh para pekerja berdasarkan pengalaman kerja mereka. Nama mereka yang meluahkan itu adalah ‘anonymous’ atau tidak bernama bagi menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.
8. Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA)
Laman web ini adalah laman web rasmi kerja kerajaan di seluruh negeri. Anda boleh memohon maksimum 15 jawatan sahaja (mengikut kekosongan dan juga kelayakan akademik) dan tarikh luput permohonan adalah selama 1 tahun. Walaubagaimanapun, tarikh tersebut juga bergantung kepada jawatan di sesebuah kementerian. Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di sektor awam, boleh cuba mohon di laman ini.
9. Talent Corp
Website ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Amiruddin Shaari bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor. Laman ini juga dikenali sebagai Selangor Kerjaya dan menyenaraikan kekosongan jawatan di seluruh kawasan Selangor. Bagi mereka yang menetap atau ingin bekerja di Selangor, laman ini sangat membantu memudahkan proses mencari kerja anda itu.
10. Google for jobs
Ini adalah percuma dan sangat mudah untuk dikendalikan. Google for jobs akan menunjukkan paparan senarai kerja di laman tersebut. Ini secara tidak langsung, dapat membantu pencari kerja untuk mencari kerja berdasarkan carian mereka di Google dan membuatkan majikan nampak carian anda yang sesuai dengan apa yang mereka inginkan.