1. Ada target dan tujuan yang jelas

Ramai graduan yang masih keliru dan tak tahu apa yang mereka betul-betul inginkan. Mereka masih lagi tidak jelas dengan matlamat yang diinginkan. Sebaik sahaja anda tamat belajar, anda sepatutnya sudah merangka dan membuat kajian bidang apa yang sesuai dengan anda dan cuba lakukan sehabis baik. Mungkin apa yang anda rancangkan itu kurang berhasil, tapi anda perlu ingat bahawa peluang ada saja dimana-mana.

2. Tak menyerah

Tidak mudah berputus asa. Terus-menerus melakukan sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan kerana tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Jangan risau, rezeki ada saja dimana-mana, yang penting anda perlu sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk memperbaiki diri. Ini akan menarik bakal majikan untuk melantik anda bekerja dengan mereka.

3.Ada keinginan untuk tambah ilmu

Walaupun anda baru habis belajar, tiada banyak pengalaman. Jangan risau, jika anda ada keinginan untuk ubah diri dan terus menambahkan ilmu maka itu tidak menjadi masalah untuk anda. Teruskan cari ilmu yang bermanfaat dan belajarlah dengan orang yang sudah berpengalaman dan boleh membantu anda. Berguru dengan orang seperti ini.

4.Buat aktiviti untuk bangunkan diri sendiri

Ini sama seperti belajar, apabila anda suka untuk menambahkan ilmu bermakna anda ada usaha untuk membangunkan diri anda sendiri. Atau dalam kata lain, ‘upgrade’ diri anda.

5.Bersedia untuk temuduga

Ini ramai graduan yang membuat kesilapan seperti ini! Jangan datang temuduga tanpa membuat research terlebih dahulu berkenaan dengan syarikat, jawatan yang dimohon, apa soalan yang bakal ditanya.

6.Jangan sombong bila dah dapat tawaran

Bila sudah dapat tawaran kerja, jangan sombong dengan terus menolak tawaran tersebut. Jika anda sudah bekerja, tidak mengapa jika anda menolak tapi pastikan anda jelaskan kepada mereka situasi yang anda alami.

7.Kemahiran berkomunikasi

Komunikasi merupakan aspek yang penting perlu diasah dalam diri setiap seorang itu. Belajar memantapkan komunikasi anda dengan menghadiri kelas komunikasi mahupun apa jua kursus yang dapat upgrade skill anda.

8.Kemahiran kepimpinan

Bukan semua orang mampu untuk jadi pemimpin, tapi sebenarnya semua orang boleh jadi pemimpin. Seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh bertoleransi dengan team mereka sendiri.

9.Berintegriti

Mempunyai integriti yang tinggi dan boleh memberikan kerjasama yang baik dalam sesebuah pasukan dan melakukan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan.

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya di https://web.telegram.org/k/

MASIH KELIRU NAK KERJA APA NANTI?

PRE-ORDER EBOOK CHECKLIST KERJAYA GRADUAN KINI DIBUKA! UNTUK TEMPAHAN, SILA DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

ttps://www.empirekerjaya.com/wlckg/