Semua orang berhadapan dengan proses yang sama dalam memohon pekerjaan tak kiralah di sektor kerajaan mahupun swasta iaitu dengan menghantar CV/Resume kepada syarikat yang ingin dimohon. Seterusnya, jika anda melepasi syarat kelayakan seperti yang diingini oleh syarikat itu dan anda akan dipanggil ke proses temuduga.

Namun, pernah tak anda tertanya-tanya kenapa dah mohon kerja dekat beratus-ratus syarikat tapi tak dipanggil temuduga pon? Jom kita tengok 9 kesilapan yang biasa pencari kerja di luar sana buat.

1)Guna resume yang sama untuk semua syarikat

Ini kesilapan paling besar yang seringkali dilakukan oleh pencari kerja. Mungkin anda merasakan ini satu perkara yang remeh kerana apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghantar resume sahaja. Ingat, ini bukan tentang resume sahaja tetapi penulisan dan isi dalam resume itu sendiri juga penting. Jangan hantar resume yang sama sebab setiap syarikat ni ada keperluan yang berbeza. Syarikat A ada keperluannya tersendiri sama juga dengan B, C dan lain-lain. Kan beza tu, mana boleh kita hantar yang sama.

2) Resume tak professional

Sebelum nak hantar resume kepada syarikat yang anda nak mohon tu, periksa dulu resume anda adakah betul-betul melambangkan yang anda hendak bekerja secara professional. Buang maklumat yang tak relevan untuk mohon kerja dalam jawatan tertentu. Contoh lain yang melambangkan resume yang tak professional adalah dengan menggunakan resume yang bewarna-warni dan tulisan yang tidak jelas untuk dibaca.

3) Mohon semua pekerjaan

Sebenarnya tidak menjadi satu masalah yang besar jika anda memohon semua jenis pekerjaan sekalipun. Tetapi, lebih bagus jika anda jelas dengan apa yang anda inginkan dan mohon mengikut minat anda tersendiri. Mohon semua kerja akan buat anda hilang fokus dan buang masa saja.

4) Jadi reaktif bukan proaktif

Reaktif bermaksud anda membuat tindakan setelah diberikan arahan. Manakala, proaktif pula anda sudah membuat tindakan sebelum diberi arahan.Maksudnya, anda sudah boleh agak dengan apa yang patut anda ubah dan perbaiki dalam proses mencari pekerjaan ini. Jika anda jadi reaktif, itu yang akan melambatkan proses anda dalam mencari kerja kerana tidak tahu teknik yang betul. Rancang dan buat kajian terlebih dahulu untuk syarikat yang ingin dimohon.

5) Rahsiakan yang anda sedang mencari kerja

Jika anda sedang berusaha keras dalam mencari kerja, jangan rahsiakan kepada orang terdekat anda yang anda sedang aktif mencari pekerjaan. Kongsikan kepada rakan-rakan anda, keluarga kerana sedikit sebanyak mereka juga dapat membantu anda dalam mencari peluang pekerjaan yang ada. Mungkin mereka ada kenalan yang bekerja di syarikat yang anda impikan tu? Kan dah mudahkan urusan anda tu. Ini pentingnya anda mengekalkan networking sesama rakan di Universiti supaya mereka dapat sama-sama berkongsi dengan anda berkenaan jawatan kosong di mana-mana syarikat.

6) Bersikap tidak realistik

Satu benda yang anda tak perlu letakkan di dalam resume adalah anggaran gaji yang bagi jawatan yang ingin dimohon itu. Apa yang membuatkan majikan tidak berminat untuk menerima anda adalah disebabkan gaji yang diletakkan adalah terlalu tinggi atau tidak relevan dengan jawatan tersebut. Jangan buat perkara seperti ini kerana ini akan memberikan bad impression kepada anda seolah-seolah anda terlalu terdesak inginkan pekerjaan dan ‘mata duitan’.

7) Tidak membuat persiapan yang rapi untuk temuduga

Temuduga merupakan proses dimana majikan ingin mengenali calon dengan lebih rapat dan membuat penilaian sama ada anda merupakan calon yang terbaik bagi jawatan itu. Pastikan anda telah buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan syarikat itu. Gunakan peluang temuduga itu dengan baik dan tonjolkan diri anda supaya mereka nampak extra kelebihan dalam diri anda berbanding dengan calon yang lain.

8) Mengabaikan kepentingan media sosial

Hampir semua orang ada media sosial tapi adakah anda menggunakan akaun media sosial dengan baik? Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, pastikan anda buat ‘personal branding’ di akaun anda dan tunjukkan minat anda. Sebagai contoh, anda seorang yang suka mengembara dan akan fotografi. Pos gambar teknik fotografi yang anda ambil itu supaya majikan akan tertarik dengan bakat fotografi yang anda miliki. Anda patut bangga jika anda ada teknik seni fotografi kerana bukan semua orang mempunyai kemahiran seperti itu. Elakkan posting yang boleh mendatangkan kontroversi.

9)  Alamat email yang tak professional

Jika anda menghantar resume secara email kepada majikan, pastikan anda semak alamat email yang digunakan itu adakah sesuai untuk mohon pekerjaan. Gunakan nama email dengan nama anda sendiri bukan nama karakter filem ataupun artis yang anda suka.

Share This Story, Choose Your Platform!