Memang kita tak dapat nafikan agak sukar untuk mendapat pekerjaan sewaktu pandemik ini tapi siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Percaya pada diri dan rancang apa yang anda ingin lakukan sebaiknya. Stress lama sangat lockdown dengan nak cari kerja lagi..Jangan risau kami akan kongsikan apa yang patut anda lakukan dalam mencari kerja sepanjang PKP ini. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan baca artikel di bawah ini!

1. Fikirkan apa yang anda mahukan dalam karier anda

Graduan yang baru sahaja tamat belajar di Universiti, pastikan anda rancang dan dalam proses membina kerjaya idaman anda. Tanya pada diri anda, apakah yang anda betul-betul mahukan dalam hidup anda dan usaha kearah itu. Sebagai contoh, graduan yang baru sahaja tamat pengajian dalam bidang IT, sudah semestinya anda ingin bekerja dalam bidang yang dipelajari. Namun, anda juga perlu membuat perancangan seterusnya andai kata anda masih belum mendapat pekerjaan dalam bidang yang anda inginkan itu. Jangan biarkan masa berlalu dengan begitu sahaja kerana itu hanyalah akan mendatangkan kerugian semata-mata.

2. Disiplinkan diri anda

Sekarang ini semua maklumat boleh dapat di hujung jari sahaja. Salah satu cara yang anda boleh tonjolkan diri anda seperti di akaun Linkedin. Linkedin ini merupakan satu platform media yang digunakan dalam menghubung dengan organisasi di seluruh negara dan juga mereka yang berpengaruh di akaun ini. Apa yang anda boleh lakukan dalam Linkedin ini adalah cuba disiplinkan diri anda untuk menghubung dengan mereka yang boleh nampak kemahiran dan juga bakat anda. Cuba menghubungkan dengan sekurang-kurangnya 5 orang yang boleh mengembangkan kemahiran anda dalam sesuatu perkara itu.

Hantarkan resume sekurang-kurangnya kepada 3 syarikat di akaun tersebut. Apabila anda menghantar cv/resume kepada industri yang anda minati, akan keluar cadangan syarikat yang menawarkan jawatan kosong dalam industri yang sama seperti permohonan anda sebelum ini. Jadi, dari situ anda dapat lihat banyak sebenarnya peluang pekerjaan yang ada. Selain itu, Linkedin juga ada menawarkan kursus online secara percuma dan berbayar berkenaan dengan tips interview, soft skills vs hard skills dan macam-macam lagi. Gunakan peluang itu sebaiknya untuk belajar sebelum menempuh alam pekerjaan.

3. Kemaskini resume

Masa dalam tempoh PKP inilah anda perlu semak semula dan kemaskini resume anda kepada yang terbaru. Resume yang paling bagus adalah satu muka surat sahaja yang merangkumi info diri anda dengan lengkap, kemahiran dan pengalaman bekerja dan apa yang membuatkan anda lebih menonjol berbanding calon yang lain. Pastikan informasi diri anda adalah tepat, padat dan ringkas di dalam satu muka surat itu.

4. Buat kajian pasaran (market research)

Membuat kajian bekernaan dengan kemahiran apakah yang ‘on demand’ sewaktu pandemik ini supaya anda tidak ketinggalan dan tidak tersalah langkah dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan anda. Kajian tersebut boleh dilakukan di website-website pekerjaan dan juga news website.

5. Daftarkan diri anda di job portal

Pastikan anda telah mendaftarkan diri anda di sekurang-kurangnya 5 job portal yang ada. Daftar satu sahaja tak cukup ke? Tidak cukup! Jika anda daftar pada satu portal sahaja, peluang yang ada itu tidak sebanyak peluang yang dalam portal-portal yang lain. Antara portal kerja yang anda sepatutnya sudah mendaftar adalah Linkedin, indeed, gradmalaysia, myfuturejobs, maukerja, monster dan banyak lagi.

6. Berhubung dengan bekas majikan dan juga rakan-rakan anda

Orang yang pertama yang akan tahu yang anda sedang mencari kerja adalah keluarga anda. Selain dari mendapatkan pertolongan dari keluarga anda, kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang anda sedang aktif mencari kerja supaya mereka juga dapat mengongsikan jawatan kosong di tempat mereka bekerja itu. Minta juga pandangan dan cadangan dari mereka.

7. Tambahkan ‘value’ dalam diri

Untuk anda ‘grow’ dalam masa depan anda, mula melabur untuk diri anda. Melabur untuk diri ini maksudnya apa? Maksudnya, anda perlu cari dan buat perkara yang boleh mendatangkan kebaikan dan nilai kepada diri anda sendiri seperti join NGO, bekerja sambilan, membuat hobi baru dan sebagainya. Secara tidak langsung, ilmu dan kemahiran anda juga akan bertambah.

8. Perbaiki ‘persuasive skill’

Rangka kerjaya anda dan terus praktis dan buat yang terbaik. Hanya anda sendiri yang boleh menentukan apa yang anda ingin lakukan. Namun begitu, terima pandangan orang lain dan berfikir dahulu sebaik mungkin sebelum membuat keputusan. Minta juga feedback dari keluarga dan rakan berkenaan dengan apa yang patut anda perbaiki.

9. Berlatih ‘personal grooming’

Seperti yang kita tahu, penampilan diri itu penting. Pakaian yang kemas dan professional untuk bekerja. Anda juga boleh join ‘grooming class’ untuk ketahui tips penampilan diri.

Nak tahu lebih lanjut tips kerjaya?

Join Telegram Channel Bina Kerja Berjaya

https://web.telegram.org/k/

NANTIKAN KEJUTAN KHAS BUAT ANDA 9 OGOS INI!