Apabila bercakap berkenaan dunia pekerjaan ini, pasti ramai orang teruja terutama sekali graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka. Perasaan seperti ini bagus dan normal bagi graduan yang mempunyai semangat yang membara dalam diri untuk memulakan kerjaya. Bagus! Pasti menjadi impian ramai graduan setelah tamat pengajian untuk bekerja apatah lagi bekerja dalam bidang yang dipelajari semasa di Universiti dahulu. Tapi, ada satu perkara penting yang perlu diingat sebelum mula bekerja yang ramai graduan tidak ambil kesah. Apakah itu? Mereka tidak memberi masa kepada diri mereka untuk mengenalpasti bidang apa yang boleh menjadi paras ukur kepada kekuatan mereka. Hal ini disebabkan mereka terlalu teruja untuk bekerja sehingga menyebabkan mereka terlupa untuk berhenti sejenak memikirkan perkara seperti ini.

  1. Orang (People)
Group Of People Using Laptops

Kenalpasti adakah anda seorang yang mudah mesra dengan orang kerana ini memerlukan kemahiran bekerja dengan orang ramai termasuklah mengurus, mempengaruhi dan juga berunding dengan orang ramai. Jika anda bukan seorang yang malu untuk bercakap dengan sesiapa sahaja dan berani bercakap di khalayak ramai, maka pekerjaan yang melibatkan ramai orang ini merupakan pekerjaan yang sesuai dengan anda. Antara pekerjaan yang melibatkan penglibatan ramai orang adalah seperti Public Relations Officer dan Marketing.

2. Barangan (Thing)

Black Transistor Beside Capacitor

Kemahiran kerja ini melibatkan menghasilkan atau membina barangan yang menggunakan peralatan. Pekerjaan seperti ini memerlukan ‘technical skill’ kerana anda perlu bekerja dengan mesin elektronik. Bekerja dalam barangan ini menjadikan anda berupaya untuk memahami bagaimana untuk melakukan sesuatu kerja dan mempunyai kemahiran dalam menggunakan suatu peralatan itu. Contohnya, bekerja sebagai Jurutera (Engineer). Jurutera merupakan antara pekerjaan yang agak ‘hot’ menjadi bualan ramai orang kerana ia bukanlah satu pekerjaan yang mudah.

3. Data (data)

Crop unrecognizable male entrepreneur typing on laptop keyboard while preparing financial diagrams during work in office

Adakah anda seorang yang bijak mengendalikan data dan sukakan nombor? Jika ya, ini merupakan bidang pekerjaan yang anda boleh ceburi. Antara kemahiran yang diperlukan dalam mengendali data adalah menganalisis graf, bekerja dengan angka dalam komputer, menentukan bagaimana data dapat dipersembahkan dan bagaimana berkongsi dengan maklumat. Apa pekerjaan yang sesuai dengan data ini? Akauntan dan Penganalisis Data sememangnya banyak menggunakan nombor, graf dan sebagainya. Jika anda minat, ini adalah pekerjaan untuk anda.

4. Idea

Woman Draw a Light bulb in White Board

Ini merupakan kemahiran kerja yang memerlukan daya kreatif termasuklah merekabentuk atau menyesuaikan diri dengan keadaan, membuat penambahbaikkan, menjadi inovatif dan mempunyai idea yang menarik. Bidang ini juga membentuk idea, membuat ujikaji dan juga penyiasatan. Adakah anda seorang yang kreatif? Penting untuk anda kenalpasti apakah kebolehan anda supaya mudah untuk melakukan suatu kerja atau tugasan yang diberikan.

Nak tips lanjut? Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya

NANTIKAN 25 SEPTEMBER INI! BINA KERJAYA VOL 2. DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

https://www.empirekerjaya.com/bkb