Adakah anda seorang ‘morning person’? Orang yang gemar bangun awal pagi untuk melakukan aktiviti harian dan sebagainya. Jika anda seorang ‘morning person’ sudah semestinya bukan menjadi suatu masalah yang besar dalam bangun
awal pagi kerana itulah rutin anda. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bukan ‘morning person’? Pastinya perkara ini agak sukar bagi mereka. Banyak perkara yang negatif boleh dilihat jika seseorang itu tidak mengamalkan bangun
diawal pagi sebagai contoh mereka akan merasakan tidak cukup masa untuk melakukan kerja, kerja yang dilakukan akan bertangguh, mencari alasan dan kesalahan tanpa mengubah dan memperbaiki diri. Perkara-perkara seperti ini
perlulah dielakkan supaya tidak menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita. Ada sebab mengapa kita digalakkan untuk bangun awal pagi dan perkara ini pasti akan mengejutkan anda. Dalam Islam juga, kita diajar dengan menghayati
gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W dimana baginda sentiasa bangun diawal pagi iaitu seawal sebelum masuknya waktu subuh. Baginda juga menasihati agar umatnya turut mengikuti jejak langkah baginda iaitu tidur seawal selepas masuknya
waktu isyak dan bangun seawal jam 1 pagi, sebelum masuknya waktu subuh.

  1. Menjemput rezeki

Perkataan rezeki ini membawa makna yang meluas tetapi sesetengah orang masih tidak faham konsep rezeki dan hanya beranggapan bahawa rezeki itu adalah seperti duit, pangkat dan harta. Sebenarnya, kita dapat bernafas di bumi ini juga merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah. Sebab itulah pentingnya untuk kita menzahirkan rasa syukur dalam diri kerana setiap apa yang diberikan oleh Tuhan. Apabila bangun awal pagi, rezeki melimpah-ruah tapi sayangnya mereka yang bukan ‘morning person’ ini lebih gemar untuk membiarkan masa berlalu begitu sahaja dengan enak dibuai mimpi diatas katil mereka itu. Ketahuilah bahawa perkara itu sangatlah rugi dan mensia-siakan waktu yang ada. Satu kajian dari Randler mendedahkan bahawa mereka yang gemar bangun diawal pagi ini mempunyai keupayaan untuk menangani masalah dengan lebih efisyen. Kebiasannya, mereka yang mengamalkan tabiat ini juga akan lebih cendurung untuk berjaya dalam bisnes yang
dijalankan.

  1. Otak lebih cerdas

Apabila seseorang itu menjaga waktu tidur mereka dengan sebaiknya, ini juga akan memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan badan mereka. Bayangkan anda tidur awal dan bangun awal pagi, anda akan merasa lebih segar dan proaktif
berbanding hari sebelumnya kerana telah mendapatkan rehat yang secukupnya dan tidur yang berkualiti. Waktu tidur yang disarankan oleh kajian adalah selama 7-9 jam (bagi tidur yang berkualiti). Akan tetapi waktu tidur anda mungkin akan
berbeza dan terganggu mengikut pekerjaan yang dilakukan, namun itu bergantung kepada diri anda bagaimana ada ingin mengurus waktu tidur yang berkualiti supaya kekal bertenaga.

  1. Banyak perkara yang boleh dilakukan

Percaya atau tidak dengan hanya bangun awal pagi, banyak perkara yang dapat dilakukan. Sebagai contoh, akan tidak mungkin dapat menghabiskan tugasan yang banyak dalam satu hari suntuk, tetapi anda boleh membahagikan tugasan tersebut mengikut hari supaya tidak terlalu memberi tekanan pada diri sendiri dalam usaha menyiapkan tugasan dalam masa satu hari sahaja, melainkan tugasan tersebut perlu disiapkan dalam masa satu hari, maka itu anda perlu menguruskan waktu
pada hari tersebut. Apabila bangun awal pagi dan terus membuat tugasan tersebut, semestinya banyak ‘progress’ dapat dilihat.

  1. Melatih diri menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya

Setiap orang mempunyai masa yang sama sahaja iaitu sebanyak 24 jam. Tidak kiralah kita bekerja pangkat apa sekalipun, masa tetap sama dan tidak ada yang beza mengikut pangkat dan jawatan pekerjaan anda. Tidak dinafikan masih ramai lagi
dikalangan masyarakat yang masih gagal menetapi masa dan menggunakan masa yang ada dengan baik. 24 jam itu sangat banyak dan hanya orang yang suka memberikan alasan sahaja akan berkata “mereka tiada masa untuk melakukan itu…”,
“tiada masa untuk ini…..”. Ya, itu semua hanyalah alasan yang direka semata-mata kerana tidak tahu bagaimana ingin mengurus masa dengan bijak. Tiada orang yang diberi masa sikit dan tiada pula yang sikit. Semuanya bergantung kepada individu itu tersendiri.

5.Melatih diri menjadi lebih berdisiplin

Tahap disiplin dalam diri setiap orang berbeza mengikut keupayaan dan kesungguhan mereka dalam mencapai misi mereka. Jika dilihat, orang yang berjaya semestinya berdisiplin dan orang yang berdisiplin pastinya berjaya. Maksudnya, untuk mencapai suatu kejayaan itu perlulah bermula dengan menjaga disiplin diri terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan masa yang ada sebaiknya, tidak membuang masa dan mempunyai prinsip. Dengan hanya bangun awal pagi, pastinya perkara seperti tidak mustahil untuk dikecapi seiring dengan komitmen yang diberikan. Ingat, orang yang mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi pastinya akan berjaya.

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Jom join Telegram Channel kami:

https://t.me/binakerjayaberjaya