Memang tidak dinafikan, zaman sekarang agak sukar untuk mendapat kerja lebih-lebih lagi dalam pandemik covid-19 ini. Graduan kebiasaannya akan menganggur lebih dari 4 bulan disebabkan oleh persaingan yang sangat sengit. Mungkin ada sesetengah orang merasakan bahawa mereka perlu kerja dalam bidang yang mereka pelajari di menara gading dahulu. Bayangkan anda telah belajar tentang suatu bidang seperti bidang kejuruteraan selama 5 tahun dan telah memperoleh kemahiran dalam bidang tersebut, sudah semestinya anda ingin mempraktikkan kemahiran yang ada dengan bekerja di industri yang selari dengan bidang tersebut. Sebenarnya, tiada menjadi suatu masalah yang besar jika anda bekerja lain bidang dengan apa yang anda belajar.

1. Jangan terlalu memilih

Ekonomi sekarang yang kita sendiri tidak tahu bagaimana keadaannya. Ini soal masa depan anda, jangan terlalu fikir yang anda tidak boleh melakukannya hanya disebabkan oleh pekerjaan tersebut bukan dari bidang yang dipelajari. Jika dilihat di media sosial, ramai graduan yang mengadu dan mengeluh masih menganggur. Persoalannya, sampai bila hendak menganggur? Fikirkan sejenak.

2. Peluang yang ada jangan sesekali dilepaskan

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan perkara ini kerana mereka hanya melihat dari sudut luaran sahaja tetapi tidak melihat apa kebaikan dan manfaat yang boleh diperoleh apabila bekerja dalam bidang tersebut. Misal kata anda dipanggil untuk ditemuduga di sebuah syarikat yang tiada kaitan langsung dengan bidang pengajian anda, apa yang anda harus lakukan? Fokus kepada peluang yang ada, bukan menilai dari aspek skop pekerjaan itu sahaja. Mungkin pekerjaan tersebut bukan seperti apa yang anda inginkan dan rancangkan, tetapi apabila anda dipanggil untuk temuduga itu bermaksud ada peluang pekerjaan yang ditawarkan. Ramai lagi yang tidak berpeluang untuk bekerja, jadi lihat pada peluang yang ada.

3. Belajar kemahiran baru

Bila sebut soal kemahiran, kemahiran merupakan suatu perkara yang sangat penting terutama sekali di alam pekerjaan. Anda melakukan suatu kerja semestinya memerlukan kemahiran dalam bidang tertentu. Nampak seperti remeh tapi anda persiapkan diri anda dengan kemahiran yang banyak dahulu sebelum memulakan pekerjaan di mana-mana syarikat. Mustahil jika syarikat yang anda kerja tidak memerlukan apa-apa kepakaran mahupun kemahiran kerana setiap pekerjaan memerlukan kemahiran. Antara kemahiran asas yang perlu dititikberatkan sekiranya anda bekerja di sebuah organisasi termasuklah kemahiran berkomunikasi/bertutur, kemahiran berfikir secara kritikal (critical thinking), dan juga kemahiran bersosial. Ketiga-tiga kemahiran ini seharusnya tersemai dalam diri setiap graduan yang ingin memulakan alam pekerjaan mereka. Zaman belajar sudah tidak sama lagi dengan zaman bekerja. Segala apa yang dipelajari dahulu boleh dipraktikkan namun perlu ditambahbaik. Zaman bekerja sangat berbeza dengan zaman belajar dari segi persekitarannya. Anda  akan bekerja dengan orang yang lebih berpengalaman dan pastinya anda perlu terus tidak jemu untuk belajar kemahiran yang baru dari mereka. Inilah masanya untuk anda teroka dengan lebih lagi berkenaan pekerjaan tersebut.

4.  Resume akan lebih menonjol

Ya, betul anda ingin mohon kerja yang lari dengan bidang pengajian anda dan ini dapat membantu resume anda tampil lebih menonjol berbanding calon lain kerana anda mempunyai pengalaman bekerja yang lain dari bidang pengajian anda. Percaya atau tidak, ada sesetengah majikan akan kagum melihat resume seperti ini kerana mereka dapat lihat anda sebagai seorang yang rajin bekerja walaupun bukan dalam bidang yang anda pelajari sewaktu di Universiti dahulu. Peluang yang tinggi untuk mendapat pekerjaan tersebut!

5. Dapat kurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan

Graduan perlu bersikap optimistik atau terbuka khususnya apabila bercerita berkenaan dengan pekerjaan ini. Ya, memang benar memang sukar untuk mendapat kerja tetapi itu tidak bermaksud anda hanya perlu berdiam diri tanpa membuat sebarang tindakan atau menolak semua tawaran pekerjaan yang ditawarkan kepada anda hanya kerana pekerjaan tersebut bukan dari bidang yang anda pelajari. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, tidak menjadi satu masalah yang besar pon jika anda menerima pekerjaan tersebut.

Malah, banyak manfaat yang anda akan peroleh apabila kerja lari bidang ini. Apabila dikaji, rata-rata graduan yang enggan bekerja dalam bidang yang tidak sama dengan apa yang mereka belajar kerana takutkan kecaman dan apa yang orang akan fikirkan dan katakan kepada mereka. Kita memang tidak dapat menutup mulut orang-orang yang sentiasa melemparkan kecaman dan mengeluarkan kata-kata negatif kepada diri. Akan tetapi, anda perlu belajar untuk menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dalam masa yang sama terus berusaha memperbaiki diri. Hiraukan kata-kata tersebut dan terus maju kehadapan demi masa depan anda.

Nak tahu lebih lanjut tips dan info kerjaya? Join Telegram Channel Bina Kerja Berjaya https://t.me/binakerjayaberjaya

Tak tahu nak buat resume? Tak ready nak masuk alam pekerjaan? Nantikan kejutan dari kami pada 9 Ogos 2021 ini!