Setiap orang pasti ada impian dan matlamat yang ingin dikecapi dan semestinya memerlukan fokus yang tinggi dalam melakukannya. Bagaimanakah caranya untuk fokus dalam apa yang ingin dicapai itu? Disiplin yang tinggi perlu ada dan teruskan usaha dalam mencapai impian tersebut. Walaubagaimanapun, pasti ada sahaja perkara yang mencabar dalam perjalanan anda itu tetapi janganlah anda jadikan itu sebagai penghalang kepada impian dan matlamat anda.
Apakah diantara perkara yang boleh membuatkan anda menjadi hilang fokus itu? Mari kita sama-sama perhatikan adakah perkara seperti ini ada dalam diri kita, jika ada masih ada peluang untuk memperbaikinya.

  1. Katakan ‘YA’ pada setiap perkara

Tidak salah untuk membuat perkara lain tetapi pastikan anda tahu terlebih dahulu apakah keutamaan anda supaya tidak berlaku sebarang masalah dalam membuat apa-apa tugasan. Ada kalanya anda juga perlu katakan ‘tidak’ bagi perkara yang tidak penting dan fokus kepada perkara yang anda ingin lakukan sahaja. Jangan campur-adukkan perkara lain dengan kerja yang perlu anda lakukan.

  1. Tahu beza diantara membuang masa dan juga berehat

Apabila terasa letih, berehatlah dan memaksa diri anda untuk buat kerja jika anda penat kerana itu secara tidak langsung boleh menjejaskan tahap kesihatan anda. Ambilah masa sebanyak mana pun untuk anda berehat tetapi jangan terus mengabaikan apa yang anda perlu lakukan itu. Lakukan hobi anda dan luangkan masa bersama keluarga dan rakan anda sebanyak yang mungkin.

  1. Melihat video yang mempunyai unsur-unsur api (quick-fire video)

Percaya atau tidak jika terlalu kerap melihat video yang terdapat unsur api itu juga boleh menghilangkan konsentrasi anda. Api mempunyai warna yang terang dimana boleh juga memberi kesan kepada minda anda.

  1. Kekurangan air (dehydrated)

Cuaca yang tidak menentu hujan dan panas ini boleh membuatkan anda menjadi lesu dan kurang air lebih-lebih lagi sewaktu panas terik. Pastikan anda minum air yang mencukupi untuk badan anda supaya tiada kekurangan oksigen berlaku dan anda kekal bertenaga sepanjang masa.

  1. Tidak boleh multi-task

Multi-task atau bermaksud membuat 2 kerja atau lebih dalam satu masa merupakan kemahiran yang paling menakjubkan bagi sesiapa pun. Perlu diingat, sebelum membuat multi-task pastikan anda tidak membuat terlalu banyak kerja dalam satu masa dan hadkan kerja yang ingin lakukan untuk maksimum kepada 3 kerja sahaja. Jika terlalu banyak, anda sendiri akan mengalami kelesuan dan hilang fokus. Cuba untuk fokus dalam buat sesuatu dan buat sehabis baik.

  1. Makanan yang tidak sihat

Makanan ringan atau apa jua jenis snek adalah tergolong dalam makanan yang tidak sihat. Jika diambil dan kuantiti yang sedikit dan diambil tidak kerap, itu tidak menjadi satu masalah besar. Makan makanan yang seimbang, berkhasiat dan kekal aktif agar tidak mudah hilang fokus.

  1. Suasana yang tidak bersih

Berada dalam suasana yang tidak bersih juga mampu memberikan kesan kepada anda. Ini sebabnya mengapa anda perlu sentiasa memastikan bahawa tempat atau ruang anda membuat kerja itu sentiasa bersih. Letakkan aroma atau wangian supaya rasa lebih tenang.

  1. Mudah terganggu dengan perkara yang tiada kaitan

Sebagai contoh, rakan anda mengajak anda keluar untuk berjumpa dengan mereka. Anda terima ajakan tersebut dan tidak melaksanakan apa yang sepatutnya anda laksanakan. Sebaiknya, anda tahu apakah keutamaan anda supaya kerja tidak terabai.

  1. Tidak merancang hari anda dengan betul

Perancangan yang baik menentukan kejayaan seseorang. Tanpa merancang anda pasti akan mudah terganggu dan tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Oleh itu, gunakan kalender anda sebaiknya untuk menanda apa yang anda ingin lakukan untuk hari esok dan seterusnya supaya anda nampak apa yang anda ingin lakukan. Lebih bagus jika anda menulis perancangan anda dalam jangka masa panjang (10 tahun akan datang apa yang anda sudah boleh kecapi).

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Jom join Telegram Channel kami:

https://t.me/binakerjayaberjaya