Kerja merupakan satu komitmen besar yang perlu digalas oleh dewasa untuk survive dalam hidup ini. Jika tidak mendapatkan kerja yang bagus, seberapa pastikah anda untuk menjamin masa depan anda? Apa jua kerja yang anda lakukan, lakukanlah dengan seikhlas hati dan dengan niat sebagai ibadat kepada Allah. Tapi, perlu perhatikan juga apa faktor yang boleh membuatkan seseorang itu tak suka dengan kerja yang mereka lakukan sekarang ini.

1.Rakan sekerja yang toksik

Apabila sudah bekerja ini, anda banyak meluangkan masa bersama rakan sekerja di pejabat. Dari situlah cara pergaulan anda akan menjadi berbeza dan lebih professional. Apa yang tak best, apabila rakan sekerja anda suka mengumpat, mengata buruk tentang anda dan ada juga yang suka jaga hal peribadi seseorang. Ini secara tidak langsung membuatkan anda turn off dengan individu tersebut dan hilang minat untuk kerja yang anda sedang lakukan.

2.Gaji terlalu rendah tidak setimpal dengan skop kerja

Andai kata kerja anda itu memerlukan tenaga yang banyak seperti kerja di Construction. Maka, tidak adil jika diberikan gaji yang terlalu rendah kerana mereka telah mengerahkan tenaga sebanyaknya dalam kerja tersebut. Situasi ini akan membuatkan pekerja merasa lesu dan mulalah berfikir untuk berhenti kerana langsung tidak berbaloi dengan apa yang mereka telah lakukan.

3.Bos yang panas baran

Hubungan baik dengan bos juga penting tetapi jangan sampai anda hilang kehormatan keatas dirinya walaupun bos anda melayan anda sama rata saja semua orang. Tapi, bagaimana pula kalau dapat bos yang panas baran? Tak kena sikit boleh melenting dan ada tahap yang lebih teruk lagi dimaki. Mampukah anda hadap sikap bos anda yang panas baran itu setiap hari? Jika anda seorang yang cool dan santai sahaja, mungkin ini hanyalah perkara kecil untuk anda.

4. Kerja dalam bidang yang bukan diminati

Ungkapan ‘Tak kenal, maka tak cinta’ sangat sesuai untuk situasi ini. Betul, jika anda tidak minat, tidak suka akan sesuatu perkara itu, anda akan mengalami kesukaran untuk meneruskan kerja anda itu. Jika anda tidak suka dengan kerja yang anda sedang lakukan sekarang, semak semula adakah kerja yang anda lakukan ini adalah pekerjaan yang betul-betul anda minati atau sebaliknya. Jangan buang masa dan tenaga anda dalam buat kerja yang anda tidak suka.