Jika kita tanya pada sesiapa sahaja, confirm mereka akan berikan jawapan yang mereka lebih suka untuk bekerja di sektor kerajaan, bagi sesetengah orang. Bukan semua. Ini berbeza dari cara bagaimana mereka berfikir berkenaan dengan suatu perkara itu. Lain orang, lain apa yang mereka inginkan itu dan setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza berkenaan perkara ini.

  1. Buat kajian terlebih dahulu

Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan sektor tersebut samada di sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Kajian berkenaan dengan jawatan tersebut, deskripsi kerja dan juga skop kerja supaya anda lebih bersikap terbuka dalam kerja tersebut, Oleh itu, anda perlulah sentiasa membaca dan teruskan usaha untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin berkenaan sektor tersebut.

2. Tahu kemahiran yang anda miliki

Jika anda berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, pastikan anda tahu apakah kelayakan yang betul-betul sesuai dengan anda. Ini kerana di sektor kerajaan, persaingan sangat tinggi dan sengit. Sebab itulah banyak cerita yang kita dengar bahawa rata-rata mereka yang bekerja di sektor kerajaan ini menggunakan ‘cable’. Cable disini bermaksud menggunakan orang dalam atau orang tengah bagi mengisi kekosongan jawatan itu. Sebenarnya, ia tidaklah sepenuhnya salah tetapi akan beri perspektif negatif jika calon yang lain lebih layak tetapi si A ini berjaya mengisi kekosongan jawatan itu kerana sudah kenal lama dengan salah seorang staf disitu walaupun kelayakan A tidaklah setinggi calon yang lain. Di situ, ada ketidakadilan yang berlaku. Namun, di sektor swasta pula, saingan dan peluang untuk dapat bekerja itu tidaklah sesengit di sektor kerajaan.

3. Pilihan di tangan anda

Secara keseluruhannya, akhir sekali anda yang akan membuat pilihan dan tiada siapapun boleh menghalangnya. Mungkin ada sebilangan orang yang kurang bersetuju dengan anda, tetapi sentiasa ingat bahawa anda buat semua ini untuk kebaikan diri anda. Hiraukan kata-kata negatif dari orang lain. Buat keputusan dan terus bertindak kearah kejayaan itu. Tiada apa yang mustahil jika anda berfikiran positif dan kuat usaha. Sebelum membuat keputusan, dengar dahulu pendapat orang lain, fikir dan buat yang terbaik.

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Jom join Telegram Channel kami:

https://t.me/binakerjayaberjaya