Cover letter ini juga merupakan satu perkara penting yang perlu disertakan apabila membuat permohonan kerja. Kita selalu mendengar Curriculum Vitae (CV) dan resume adalah penting dalam memohon kerja, tapi cover letter juga tidak sepatutnya dilupakan. Secara umumnya, ia tidaklah dikatakan wajib bagi kesemua jawatan tetapi pencari kerja perlu bersedia dengan satu cover letter.

Jika anda meletakkan cover letter bersama dengan resume dalam permohonan kerja, ini akan menunjukkan yang anda benar-benar serius untuk bekerja dan ingin majikan lihat kelebihan dan juga kemahiran yang anda ada yang boleh disumbangkan kepada syarikat tersebut. Namun begitu, ada beberapa kesalahan dalam menulis cover letter yang boleh menjadi asbab mengapa anda tidak mendapat tawaran kerja.

1.Kesalahan ejaan dan tatabahasa

Typo memang merupakan kesalahan yang selalu dilakukan dalam penulisan. Pastikan anda membuat semakan, baca semula apa yang ditulis supaya tiada sebarang kesalahan dari segi ejaan dan sebagainya. Penting untuk anda menyemak semula apa yang ditulis kerana apabila anda salah menulis perkataan yang betul, ini akan membawa maksud yang lain kepada perkataan tersebut.

2. Terlalu panjang

Menulis cover letter yang terlalu panjang berjela juga bukan sesuatu yang boleh dijadikan contoh yang baik. Kenapa pula? Ini kerana, HR menerima ribuan permohonan kerja setiap hari, jadi mereka hanya ingin tahu tujuan anda memohon kerja itu dengan lebih teratur sahaja. Ringkaskan ayat anda supaya dapat memudahkan dan mempercepatkan proses dalam pemilihan calon.

3. Beri kepada orang yang salah

Bayangkan anda ingin menghantar surat kepada seseorang, tapi surat yang dihantar itu bukan diberikan kepada orang yang sepatutnya anda hantar. Ini merupakan kesalahan ralat yang tidak sepatutnya terjadi. Apa yang sepatutnya anda lakukan adalah pastikan nama penghantar dan juga alamat adalah betul.

4. Terlalu rendah diri

Anda perlu sentiasa ingat tujuan anda menulis cover letter ini adalah untuk ‘menambah perasa’ dalam permohonan kerja itu. Apabila anda menulis cover letter, anda perlu tahu kemahiran dan juga kebolehan anda untuk disumbangkan kepada syarikat itu. Contohnya, anda tulis seperti “Walaupun saya tidak mengetuai sesuatu projek itu selama 15 tahun, tetapi saya pernah ketuai kumpulan sebagai Supervisor untuk beberapa kali”. Jika anda tulis seperti ini, majikan tidak akan kagum kerana nampak seperti tidak yakin.

Sebaliknya, anda boleh cuba tukar ayat seperti,

“Saya telah menjadi ketua bagi satu team ini selama 15 tahun dengan bermacam fasa di syarikat saya bekerja sekarang. Saya percaya, dengan kemahiran kepimpinan yang saya miliki ini, saya telah memperoleh XX (ceritakan apa pencapaian anda sebagai seorang ketua itu).

5. Terlalu yakin

Terlalu rendah diri dan terlalu yakin juga tidak boleh kerana ini akan menunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya. Fokus kepada fakta pencapaian anda dan rangka ayat yang berstruktur dalam menulis cover letter supaya tidak mendatangkan maksud yang beza.

6. Tidak jujur

Anda mungkin merasakan berlaku tidak jujur itu adalah lebih baik kerana akan menutup apa perkara yang anda tidak boleh lakukan. Namun, ini bukanlah cara yang ‘bersih’ untuk dilakukan. Anda hanya akan mengundang lebih banyak masalah sahaja.

Nak tips kerjaya lebih lanjut?

Jom join Telegram Bina Kerjaya Berjaya

https://t.me/binakerjayaberjaya