Sekarang ini sangat mudah untuk kita mencari maklumat berkenaan sesuatu perkara kerana segalanya hanya dihujung jari dengan iklan-iklan yang bermacam jenis. Anda boleh membuat pencarian hanya dengan satu klik di internet sahaja. Sungguhpun begitu, adakah segala pencarian di internet itu boleh dipercayai?

Anda melayari internet untuk mencari idea dan ada juga yang menggunakan kelebihan internet dengan mencari iklan-iklan tawaran kerja kosong. Laman sesawang tawaran kerja kosong sangat banyak dan disenaraikan dalam pelbagai bidang dan aspek. Bergantung pada anda untuk mencari yang bagaimana kerana anda lebih tahu apa yang anda inginkan.

Amat penting bagi anda untuk membuat semakan terlebih dahulu dan kaji syarikat tersebut dengan teliti bagi mengelakkan ditipu kering oleh syarikat yang mungkin tidak wujud pon itu. Ada sesetengah orang yang dalam keadaan terdesak akan terus menerima tawaran tersebut tanpa membuat penyelidikan berkenaan syarikat tersebut.

  1. Iklan yang melampau tawaran atau ganjarannya

Dalam situasi ini, jika syarikat tersebut ada membuat iklan berkenaan gaji dan juga elaun yang diberikan terlalu tinggi adalah sangat tidak logik dan sukar untuk diperoleh tambahan pula dalam situasi pandemik yang melanda seluruh dunia ini. Misalnya, dalam iklan kerja kosong tersebut, gaji yang ditawarkan mencecah 5 angka atau lebih, itu sangat mustahil dan perlu diambil perhatian melainkan tawaran pekerjaan tersebut adalah melibatkan kerja yang ‘eksklusif’
seperti pramugara atau pramugari tetapi masih perlu berwaspada.

  1. Menghubungi anda dengan cara yang tidak profesional

Syarikat yang profesional akan menggunakan cara yang profesional dalam menghubungi anda. Sebagai contoh, menghantar email tawaran kerja kepada anda tetapi menggunakan nama email yang tidak tepat namanya iaitu nama yang direke-reka sahaja seperti jijimmsseekl@yahoo.com, bukan menggunakan nama sebenar sepertimana
dalam kad pengenalan. Email yang dihantar juga mungkin mempunyai unsur-unsur kesalahan tatabahasa, isi kandungannya yang tidak teratur, tidak meletakkan nama syarikat, info dan juga perincian syarikat. Selain itu, ada juga kes job scammer ini akan menghantarkan mesej kepada anda dan menawarkan kerja pada saat itu juga.

##JOM SEMAK RESUME https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/semakresume

  1. Meminta anda membayar wang sebelum bekerja

Bekerjalah di mana-mana syarikat pun, tidak ada syarikat yang memerlukan anda untuk membayar wang terlebih dahulu kerana syarikat tersebut akan menyediakan kemudahan bagi menampung khidmat anda sebagai seorang pekerja baru di syarikat mereka. Job scammer akan menggunakan taktik halus supaya anda membayar
kepada mereka tanpa sedar. Contohnya disini, syarikat memberikan anda sebuah laptop yang berjumlah RMXXXX dan meminta anda membayar secara deposit ke akaun Y. Secara logiknya, apabila anda sudah bekerja di syarikat tersebut setiap kemudahan atau servis yang diberikan oleh syarikat tersebut tidak perlu dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Jika anda sudah rasa ragu-ragu, terus bertindak dan laporkan pihak yang tidak beretika itu.

  1. Umpan dengan ayat manis

Pernahkah anda mendapat panggilan telefon dari nombor yang anda tidak kenali dan menyatakan bahawa mereka telah menerima resume yang anda emailkan kepada mereka dan memberikan hadiah kepada anda kerana anda merupakan orang yang bertuah kerana dipilih untuk bekerja di syarikat tersebut? Malah, hadiah yang ditawarkan pula sangat tidak masuk akal contoh seperti menawarkan wang tunai 5 angka atau lebih kepada anda. Belum pernah lagi dalam sejarah bekerja majikan memberikan duit dahulu kepada pekerja baru sebelum mereka memulakan pekerjaan mereka. Ini adalah salah satu umpan mereka supaya anda terjerat dalam umpan mereka yang tidak berkesudahan.

  1. Meminta maklumat peribadi

Maklumat peribadi sememangnya sesuatu yang sangat peribadi dan jika syarikat meminta anda memberikan maklumat anda tanpa ada kaitan dengan tawaran yang anda pohon dan sangat meragukan, jangan berikan! Ini taktik mereka sahaja untuk menggodam akaun bank anda.

##JOM SEMAK RESUME https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/semakresume

  1. Syarikat tersebut tiada dalam rekod

Boleh jadi syarikat tersebut hanyalah olok-olok dan tidak wujud pun. Sebab itulah pentingnya anda mengenali syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum menerima tawaran.
Apabila anda ingin membaca berkenaan syarikat, namun tiada hasil yang ditunjukkan.

  1. Tiada cover letter tawaran kerja

Inilah merupakan perkara yang paling penting sekali apabila bekerja. Anda perlukan surat untuk bekerja! Dapat kerja mestilah ada surat, berhenti kerja ada surat, memohon cuti perlu ada surat. Semua memerlukan surat sebagai hitam putih anda di syarikat tersebut. Nampak seperti remeh tapi ramai yang terlepas pandang soal ini, hati-hati jika anda ditawarkan pekerjaan baru tetapi tiada surat rasmi dari syarikat tersebut, tidak sah lagi anda sudah menjadi mangsa job scammer! Janganlah membuat keputusan terburu-buru dan berfikirlah dahulu sebelum bertindak!

Penipuan dalam tawaran pekerjaan memang berlaku dan makin menjadi-jadi ini sekarang memandangkan ramai yang terjejas dengan pandemik covid-19 ini. Ada yang hilang kerja dan terdesak untuk mencari sumber pendapatan. Semak dan selidik dengan teliti sebarang iklan dan juga tawaran yang diwartakan itu bagi mengelakkan diri dari terperangkap dalam taktik kotor scammer ini. Jangan sesekali pandang enteng perkara seperti ini.

##JOM SEMAK RESUME https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/semakresume