Semua orang perlu tahu, dalam memohon pekerjaan ini bukanlah hanya sekadar memohon pekerjaan secara suka-suka sahaja. Ini melibatkan masa depan dan perjalanan kerjaya anda. Mungkin sebelum ini anda tidak begitu mengambil berat tentang penulisan resume yang baik kerana beranggapan bahawa resume hanyalah sekeping kertas yang menunjukkan tentang diri anda semata-mata. Bukan, anggaplah ia sebagai ‘value’ yang akan anda kongsikan apabila mendapat pekerjaa nanti. Nampak macam mudah saja, kan? Tapi bukan semua orang ada teknik dan cara yang betul dalam resume mereka. Peka dengan 7 perkataan yang anda boleh letak dalam resume, bersesuaian dengan jawatan yang anda ingin memohon.

  1. Positif

Perkataan ini boleh diletakkan di bahagian career objective ataupun objektif kerjaya yang menerangkan secara ringkas mengapa anda ingin memohon kerja di sesebuah syarikat tersebut. Jika anda seorang pelajar dan memohon untuk latihan industri di syarikat tersebut, sila nyatakan dengan jelas dan selitkan juga sikap yang relevan dengan jawatan yang ingin dimohon itu. Andai kata anda sudahpun bekerja tetapi anda ingin menukar bidang, nyatakan juga objektif anda dengan jelas.

Contoh:

Walaupun kerja saya pada sekarang mencabar, saya sentiasa berfikiran positif dimana ada pengalaman berharga yang boleh saya dapat“.

2. Fokus

Perkataan ini juga boleh diletakkan di bahagian objektif kerjaya dimana ia bermaksud anda seorang yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara.

Contoh:

Saya adalah seorang yang sentiasa fokus dalam sesuatu kerja itu dan akan melupakan perkara yang tidak penting dan mengutamakan kerja yang lebih penting terlebih dahulu“.

3. Mengukuhkan

Mengukuhkan membawa maksud memperkemaskan atau memperhebatkan. Perkataan ini sesuai diletakkan di bahagian objektif pencapaian ataupun pengalaman yang anda miliki.

Contoh:

Saya telah berjaya mengukuhkan semangat setiakawan dengan rakan sejawatan yang lain dalam mencapai matlamat syarikat“.

4. Mengurus

Ini memunujukkan anda seorang yang bertanggungjawab dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuaitu perkara yang baik. Sesuai diletakkan di bahagian pencapaian ataupun pengalaman.

Contoh:

Saya berjaya menguruskan program sambutan pelanggan pada tahun lepas dengan baik dan mendapat pujian daripada pengurusan tertinggi dalam organisasi“.

5. Meningkatkan

Ini menunjukkan anda sedang membuat pembangunan diri anda, dimana ia bagus kerana majikan lebih tertarik kepada anda dengan penggunaan perkataan seperti ini.

Contoh:

“Saya adalah seorang yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan diri sendiri iaitu belajar ilmu yang baru di internet.

6. Kreativiti

Jika anda memohon untuk jawatan seperti graphic designer, anda perlu ada daya kreativiti yang tinggi. Jika ada, letakkan dalam resume, jika tiada jangan letakkan sesuatu yang tiada.

Contoh:

” Saya memiliki daya kreativiti yang baik dimana saya menghasilkan pelbagai jenis poster yang menarik dalam kerja terdahulu”.

7. Menyesuaikan

Ini merupakan salah satu sikap yang perlu ada dalam diri setiap pekerja supaya dapat menyesuaikan diri dengan situasi ataupun dengan orang yang anda bekerja itu. Jika anda letakkan perkataan ini dalam resume anda, majikan akan nampak yang anda ini seorang yang suka bergaul dan boleh masuk dengan semua orang.

Contoh:

“Saya adalah seorang yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai golongan masyarakat”.

Dengan ketujuh-ketujuh perkataan power ini harap dapat membantu pencari kerja semua. Semoga berjaya!

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya di https://t.me/binakerjayaberjaya

MASIH KELIRU NAK KERJA APA NANTI?

PRE-ORDER EBOOK CHECKLIST KERJAYA GRADUAN KINI DIBUKA! UNTUK TEMPAHAN, SILA DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

ttps://www.empirekerjaya.com/wlckg/

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA JAM 3.59 PM 13 OGOS 2021. BAKI KURANG DARI 2 JAM SAHAJA LAGI SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP!!