Walaupun sekarang ni semuanya semudah ABC tapi tak semestinya korang boleh hantar resume bila-bila masa tau. Nak tahu tak bila masa sesuai untuk korang send resume?

 

  1. Hantar resume antara pukul 7-9 pagi dan 1-2 petang

Waktu-waktu macam ni orang kata paling terbaik sebab waktu 7-9 pagi orang baru masuk kerja, dan  1-2 petang kebiasaannya orang baru habis lunch. Perut kenyang, mood pun mestilah okay. Korang boleh cuba hantar resume time ni. Manalah tahu dorang terus review resume yang korang hantar tu.

 

  1. Hantar resume pada hari Isnin (hari bekerja)

Besar kemungkinan waktu cuti dorang takkan buka email. So, please elakkan hantar resume pada hari cuti tau! Lebih baik hantar pada hari Isnin dimana hari bekerja kerana keberangkalian untuk dipanggil interview lagi tinggi.

 

  1. Mohon awal

Bila korang terjumpa iklan kerja kosong & berminat untuk apply, hantar resume pada hari pertama atau awal-awal korang nampak tawaran kerja tu diiklankan. Lagi cepat korang apply, lagi cepat dorang akan tengok resume korang. Mana tahu terus kena pilih untuk interview, sebab korang maybe akan jadi orang pertama hantar resume. Belum cuba belum tahu.