Setiap orang yang baru memulakan perniagaan semestinya akan ada fasa yang mereka rasa susah dan ada masanya mudah. Biasalah, orang kata dalam bisnes ni ada naik ada turun. Maksudnya, ada kalanya kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah. Jika anda berada di atas, janganlah terlalu selesa dan sentiasa mencari cara dan strategi supaya bisnes anda sentiasa maju. Akan tetapi, jika anda berada di bawah anda perlulah bangkit dan teruskan langkah anda dengan strategi yang baru.

Dalam dunia bisnes ini, anda perlu menggunakan pelbagai strategi dan jangan berhenti untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Normal jika ada masa anda rasa gembira dan ada masanya anda rasa sedih. Namun begitu, janganlah anda biarkan perasaan itu melalaikan anda. Mengapa anda tidak boleh berputus asa dalam perniagaan?

 

JOM DAFTAR PERCUMA BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2

18 DISEMBER 2021

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk

 

1. Semua orang diuji dengan cara yang berbeza

Dalam hidup ini, tipulah kalau dikatakan kita tidak pernah diuji dengan pelbagai ujian dan musibah kerana itulah lumrah kehidupan. Semua orang diuji tetapi janganlah anda menjadikan itu sebagai penghalang
kepada niat anda dalam perniagaan. Bukan anda seorang yang merasakan seperti itu. Setiap cabaran yang dihadapi perlu dihadapi dengan tenang dan mencari jalan penyelesaiannya. Anda sendiri yang perlu kawal
emosi anda apabila berdepan dengan segala macam cabaran. Anda perlu ingat apabila anda sudah memulakan bisnes, pasti anda diuji dengan pelbagai ragam pelanggan dan perkara itu biasa. Apa yang anda harus lakukan
ialah sabar dan berikan servis yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan anda.

2. Semua orang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri

Sifat manusia ni memang suka lihat kejayaan orang tetapi bukan semua yang senang lihat kejayaan tersebut. Pasti ada sahaja kata-kata yang kurang menggembirakan dikeluarkan oleh sesetengah orang yang tak senang
dengan kejayaan tersebut. Orang seperti ini perlu dihindar secepat mungkin kerana mereka ada sifat hasad dengki. Sentiasa ingat bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Apabila anda lihat
seseorang itu berjaya dengan jayanya dalam bisnes, anda perlu jadikan orang tersebut sebagai contoh anda dan model kerana telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jika hendak seribu daya, tak nak
seribu dalih. Itulah mutiara kata yang sering dikatakan oleh nenek-moyang kita dalam mengingatkan kita tentang kejayaan. Kenali diri anda, apa yang anda minati dan terus lakukannya sehingga anda berjaya.

3. Ajar diri untuk lebih bersyukur dan besederhana

Man in Black Suit Sitting on Chair Beside Buildings

Walaupun anda melakukan perniagaan dan mendapat banyak untung, anda perlulah sentiasa bersikap rendah diri dan beserdehana dalam berbelanja. Ingatlah bahawa kekayaan yang anda dapat dalam perniagaan anda
juga merupakan ujian. Anda mungkin kaya sekarang, tapi jika anda tidak berbelanja secara sederhana maka akan mendatangkan kesan yang buruk pada diri anda dan perniagaan anda pada masa akan datang. Dalam
Islam juga mengajar kita untuk sentiasa bersikap sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Belajar bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang.

 

JOM DAFTAR PERCUMA BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2

18 DISEMBER 2021

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk