Tahu tak yang negara kita telah mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara yang memegang title Kewangan Islam Global nombor satu di dunia.

Menurut Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) Malaysia masih mengekalkan kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Menurut laporang yang dikeluarkan, Malaysia berada di tempat pertama dengan jumlah skor IFDA 2022 sebanyak 113 mta, mendahului Arab Saudi yang berada di kedudukan kedua dengan 74 mata dan diikuti oleh Indonesia (61 mata), manakala Bahrain dan Kuwait kedua-dua negara ini berkongsi 59 mata.

IFDI Global 2022 telah mengukur. 136 buah negara dalam lima kategori iaitu prestasi kewangan, tadbir urus, kemampanan, pengetahuan dan kesedaran.

Antara negara yang berada di kedudukan 10 keatas adalah Bahrain, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Pakistan, Qatar dan Bangladesh.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian yang telahpun dicapai oleh negara kita, terutamanya perkara yang melibatkan pembangunan dari sudut islamik yang dapat membuka mata masyarakat luar tentang pengurusan kewangan Islam sangat efisyen dan teratur.

 

Follow kesemua social media Empire Kerjaya untuk dapatkan lebih banyak info berkenaan dengan kerjaya dana jawatan kosong terkini yang URGENT untuk dipenuhi.

 

Ikuti kami di:

Facebook,
https://www.facebook.com/empirekerjaya

Youtube,
https://www.youtube.com/c/EmpireKerjaya

TikTok,
https://www.tiktok.com/@empire.kerjaya

Instagram,
https://www.instagram.com/empirekerja