Macamana nak buat bila kita nak pergi interview satu jawatan kerja tu tapi tak ada pengalaman? Fresh grad mana ada pengalaman kerja yang banyak, ada pun pengalaman intern.

Ni antara tips untuk lepas interview walaupun korang tak ada pengalaman kerja:

1. Kena ada strong skills

Walaupun tak ada pengalaman, korang boleh je tunjukkan apa kekuatan korang melalui skills. Korang ceritalah semua achievements yang korang pernah dapat semasa belajar dengan adanya skills tu. Tapi kena pastikan skills tu related dengan position kerja yang korang apply tau!

 

2. Kena ada knowledge

Pastikan juga korang dah betul-betul ready dan ada knowledge tentang position yang korang apply tu. Jangan lupa ambil tahu juga mengenai info-info penting syarikat tu. Jangan datang tapi 0 knowledge. Buat la sedikit resarch tentang kerja dan syarikat tu supaya senang sikit korang nak menjawab soalan-soalan semasa sesi interview dan dapat juga yakinkan lagi pihak penemuduga.

 

3. Tunjukkan attitude yang baik

Fresh grad korang kena pandai tackle interviewer tau. Tunjukkan attitide yang baik, contohnya senyum, beri salam, bercakap sopan dan berbudi bahasa. Benda simple macam ni pun boleh ambil hati interviewer tau.